Rupa Rupanya Sultan Abdullah Tak Pernah Langsung Ambil Elaun Yang Dipertuan Agong


 
“Mesra dan cakna kesejahteraan rakyat” itulah keperibadian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berkongsi pengalaman sebagai antara individu yang begitu dekat dengan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata istilah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ jelas terserlah sepanjang tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah.

“Selama tempoh pemerintahan, itulah baginda (yang sebenar). Itu adalah sifat semula jadi baginda, sebagai Sultan Pahang, baginda yang akan turun untuk sama-sama membantu rakyat, khususnya ketika berlaku malapetaka seperti banjir, kebakaran bahkan kemalangan.

“Apabila berlaku banjir khususnya di Pahang, Tuanku akan turun untuk bersama-sama dengan rakyat bagi mengharunginya. Malah, Tuanku juga akan meminta bantuan dari luar untuk menggantikan rumah-rumah (rakyat) yang telah rosak,” katanya ketika ditemui Bernama.

Mengimbau kembali momen ketika Al-Sultan Abdullah sanggup menghentikan kenderaan untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya, Ahmad Fadil yang kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyifatkan Seri Paduka Baginda sangat prihatin akan kesejahteraan rakyat.

“Kadang-kadang Tuanku akan membawa kenderaan sendiri, dan apabila terlihat ada kemalangan jalan raya, Tuanku akan berhentikan kenderaan untuk pastikan mangsa kemalangan itu dibawa ke hospital dan Seri Paduka Baginda akan menanggung kos rawatan yang diperlukan.

“Untuk makluman, Tuanku juga tidak ambil elaun sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga sekarang dan elaun-elaun baginda termasuk Raja Permaisuri Agong dihalakan kepada (yang memerlukan).. ketika itu Tabung Covid-19, tetapi ia tidak diuar-uarkan, itu antara Seri Paduka Baginda, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Menceritakan pengalaman mencabar berdepan penularan wabak Covid-19, beliau berkata Al-Sultan Abdullah sangat bimbang akan keselamatan dan kesihatan rakyat pada ketika itu, memandangkan wabak berkenaan pertama kali berlaku dalam negara.

Katanya, Seri Paduka Baginda banyak mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan dan ahli-ahli profesional lain, setiap minggu tanpa gagal, bagi mencari solusi terbaik dalam memastikan kesejahteraan rakyat kekal terjamin.

“Malah, semasa Covid-19 merebak dan petugas Istana Negara ada yang mula menunjukkan simptom jangkitan virus itu, baginda begitu bimbang dan ambil berat akan kesihatan kami.

“Ternyata, bahawa apa yang ditunjukkan oleh Tuanku Agong perlu diteladan oleh rakyat iaitu dalam aspek mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tuanku Agong juga berulang kali mengingatkan rakyat untuk mematuhi SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan,” katanya.

Di sebalik karakter Al-Sultan Abdullah yang begitu dekat dengan rakyat, baginda juga seorang ketua negara berkaliber dalam memacu sektor ekonomi dan pentadbiran negara di persada antarabangsa.

Ahmad Fadil berkata baginda berperanan besar dalam mengeratkan hubungan Malaysia di pentas antarabangsa dan ini jelas dibuktikan, antaranya apabila Al-Sultan Abdullah berupaya mengeratkan hubungan antara Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

“Ini ternyata pada 5 hingga 6 Okt lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan (ke UAE), dan berupaya mendapatkan pelaburan ekonomi yang baik daripada di UAE, dan mereka (pelabur) bersetuju melabur kira-kira RM40 billion di Malaysia.

Sumber – Bernama.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/rupa-rupanya-sultan-abdullah-tak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Abdullah Moved To Tears At End Of His Term As Agong

Sultan Abdullah Moved To Tears At End Of His Term As Agong

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 170 hits
An emotional moment for the Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah at a state banquet tonight to mark the end of his term of office KUALA LUMPUR The Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah was moved to tears...
Al Sultan Abdullah Institution Of The Yang Di Pertuan Agong Must Be Preserved Protected

Al Sultan Abdullah Institution Of The Yang Di Pertuan Agong Must Be Preserved Protected

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 244 hits
Al Sultan Abdullah greets Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at the State Banquet in conjunction with the completion of his reign as the 16th Yang di Pertuan Agong here tonight 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al S
Kebijaksanaan Dan Kewibawaan Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Mempertaut Permuafakatan

Kebijaksanaan Dan Kewibawaan Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Mempertaut Permuafakatan

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 180 hits
PETALING JAYA Kewujudan Kerajaan Perpaduan adalah hasil kebijaksanaan dan kewibaan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan kemelut politik negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Al Sultan Abdullah Plays Key Role In Bolstering The Economy During Reign As Agong

Al Sultan Abdullah Plays Key Role In Bolstering The Economy During Reign As Agong

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 414 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah will be remembered fondly by both the public at large and the business community NSTP filepicKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al ...
Pm Hails Sultan Abdullah S Leadership In Overcoming Political Turmoil

Pm Hails Sultan Abdullah S Leadership In Overcoming Political Turmoil

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 208 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim extends the nation s thanks to Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah who is ending his term as the 16th Yang di Pertuan Agong KUALA LUMPUR Prime Minister Anwar Ibrahim tonight hailed the leadership of the Yang di Pe...
Al Sultan Abdullah Tunku Azizah Rasmi Taman Laman Tuanku Berhadapan Pintu 3 Istana Negara

Al Sultan Abdullah Tunku Azizah Rasmi Taman Laman Tuanku Berhadapan Pintu 3 Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Laman Tuanku di sini Terletak berhadapan Pintu 3 Istan...
Jangan Fitnah Chef Wan Dedah Punca Sebab Pecat Dan Potong Gaji Staf Rupa Rupanya

Jangan Fitnah Chef Wan Dedah Punca Sebab Pecat Dan Potong Gaji Staf Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 299 hits
Sejak beberapa hari yang lalu terdapat kontroversi mengenai potongan gaji pekerja restoran De Wan 1958 by Chef Wan dan pemecatan beberapa pekerja Untuk menjelaskan isu tersebut Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyatakan ...
Gentar Hasutan Hina Sultan Agong Reefornusi Takut Cari Alasan Untu

Gentar Hasutan Hina Sultan Agong Reefornusi Takut Cari Alasan Untu

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 233 hits
Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya bermula 18 Januari ini tela...
Ingatkan Sama Macam Botol Dalam Tangki Ini Rupanya Ini Rupa Sebenar Dalam Tangki Minyak

Ingatkan Sama Macam Botol Dalam Tangki Ini Rupanya Ini Rupa Sebenar Dalam Tangki Minyak

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 142 hits
Selain daripada lori treler lori tangki minyak adalah di antara kenderaan berat yang kerap dilihat di atas jalan Terutamanya apabila melibatkan penghantaran bahan api ke stesen stesen minyak di seluruh negara Banyak yang sering terfikir apa...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm