Rundingan Bentuk Kerajaan Negeri Sabah Sedang Rancak Berlangsung


Rundingan Bentuk Kerajaan Negeri Sabah Sedang Rancak Berlangsung
KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Rundingan bagi membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 sedang rancak berlangsung di beberapa lokasi di sini malam ini.
Setakat 11 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan keputusan rasmi bagi 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun difahamkan parti-parti sedang giat mengadakan rundingan di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya dan beberapa lokasi lain.
Mengikut keputusan tidak rasmi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului dengan 29 kerusi manakala pencabar terdekat, Parti Warisan (Warisan) memperoleh 23 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (3) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (2).
Sementara itu, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh satu kerusi manakala Bebas menang lima kerusi. Berikutan keputusan itu, UPKO, STAR, KDM dan lima calon Bebas yang menang dikatakan menjadi penentu bagi pembentukan kerajaan negeri baharu.
BACA: PRN Sabah: PH, GRS Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu Sabah mempunyai 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi. Menurut sumber parti, majlis angkat sumpah Ketua Menteri baharu dijangka diadakan awal pagi esok di Istana Seri Kinabalu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tan Sri Musa Aman jika rundingan di antara mereka dapat dimuktamadkan menjelang tengah malam ini.
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Hotel Avangio di sini, dan antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal.
Sementara itu, dua kenderaan dipercayai membawa Presiden Kehormat UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilihat memasuki laluan yang menempatkan kediaman rasmi Ketua Menteri serta Istana Seri Kinabalu.
Kenderaan yang dipercayai membawa Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong juga dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu malam ini.
Sementara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai sebuah parti yang sentiasa mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN sedia bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk kerajaan negeri baharu demi kestabilan politik Sabah.
“Perjalanan Negeri Sabah ke hadapan memerlukan iltizam semua pihak, dan BN akan terus memainkan peranan yang konstruktif bagi memastikan negeri ini terus melangkah ke arah kemajuan dan kemakmuran,” katanya.
BACA: Tidak Rasmi: GRS Dahului Di 29 Kerusi DUN Sumber: BERNAMA
The post Rundingan Bentuk Kerajaan Negeri Sabah Sedang Rancak Berlangsung appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/30/rundingan-bentuk-kerajaan-negeri-sabah-sedang-rancak-berlangsung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Ph Grs Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu

Prn Sabah Ph Grs Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 188 hits
PRN Sabah PH GRS Peroleh Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Negeri Baharu KOTA KINABALU 29 Nov Pakatan Harapan mendakwa ia dan Gabungan Rakyat Sabah telah memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan ...
Dap Sabah Putuskan Tidak Ambil Sebarang Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Loke

Dap Sabah Putuskan Tidak Ambil Sebarang Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Loke

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 134 hits
DAP Sabah Putuskan Tidak Ambil Sebarang Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Loke KUALA LUMPUR 2 Dis DAP Sabah memutuskan untuk tidak mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah termasuk sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri secara lantikan Setia...
Jumlah Sudah Cukup Ph Bincang Dengan Grs Bentuk Kerajaan Sabah Fuziah Salleh

Jumlah Sudah Cukup Ph Bincang Dengan Grs Bentuk Kerajaan Sabah Fuziah Salleh

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 304 hits
Penantian rakyat Sabah akhirnya terjawab apabila PKR mengesahkan parti itu kini bekerjasama dengan GRS untuk bentuk kerajaan negeri baharu selepas PRN Sabah ke 17 Bentuk Kerajaan Sabah GRS PH Menerusi sidang media yang dibuat Setiausaha Agu...
Pas Pahang Tuntut Penjelasan Rasmi Kerajaan Negeri Berhubung Kegusaran Caj Jalan Persendirian Genting Yang Dilaksanakan

Pas Pahang Tuntut Penjelasan Rasmi Kerajaan Negeri Berhubung Kegusaran Caj Jalan Persendirian Genting Yang Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 152 hits
KUANTAN PAS Pahang tuntut penjelasan rasmi daripada kerajaan negeri berhubung beberapa kegusaran berkaitan Caj Jalan Persendirian yang akan dilaksanakan di Genting Highlands Bentong Ketua Penerangan PAS Pahang Aireroshairi Roslan berkata pe...
Prn Sabah Mahathir Dakwa Ada Tokoh Miliki Bukti Pembantu Kerajaan Rasuah

Prn Sabah Mahathir Dakwa Ada Tokoh Miliki Bukti Pembantu Kerajaan Rasuah

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 173 hits
HarapandailyTun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil dengan menuduh kononnya wujud skandal yang berleluasa dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 Bekas Perdana Menteri dua kali itu malah mendakwa bahawa pegawai dan kerajaan mengamalkan rasuah...
Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri Johor

Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 167 hits
Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri JohorPagi penuh makna di Tremendous apabila calon SPM menerima kit bantuan alat tulis daripada Kerajaan Negeri Johor Lebih manis majlis ini turut disaksikan oleh YDP PIBG yang sentiasa m...
Pemuda Gagasan Tolak Bn Sertai Kerajaan Sabah Keputusan Pengundi Wajib Dihormati

Pemuda Gagasan Tolak Bn Sertai Kerajaan Sabah Keputusan Pengundi Wajib Dihormati

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 128 hits
Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah hari ini menegaskan pendirian mereka untuk menolak penyertaan Barisan Nasional dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan presiden mereka Hajiji Noor Pemuda Gagasan tekankan GRS amp rakan rakan
Walaun Pkr Melopong Tapi Kerajaan Perpaduan Kukuh Di Sabah

Walaun Pkr Melopong Tapi Kerajaan Perpaduan Kukuh Di Sabah

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 199 hits
Strategi Anwar dan Hajiji berkesan boleh bentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRN Sabah Warisan dan PN melopong tidak dapat bentuk Kerajaan Dilihat Kalah Tapi Berjaya Kekalkan Kerajaan Perpaduan di Sabah itulah Kemenangan 1 Anwar dan Saifuddin...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia