Rumah Ustaz Pula Jadi Sasaran Toyol



Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
KOTA BHARU – Kes kecurian wang penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian di sini dipercayai angkara perbuatan toyol seakan tidak berkesudahan apabila kejadian terbaharu dilaporkan di kawasan itu pada malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, lima buah rumah penduduk termasuk seorang guru agama dimasuki makhluk halus tersebut untuk mengambil wang di dalam dompet.
Penduduk, Piji Dollah, 36, berkata, dalam kejadian kelmarin, wangnya berjumlah RM150 di dalam beg galas didapati lesap.
Selain itu, wang RM200 milik ibunya turut lesap dipercayai ang­kara makhluk sama.
“Saya berasa terkejut apabila mendapat tahu rumah milik seorang ustaz turut dimasuki toyol dan kehilangan wang RM100 pada malam yang sama.
“Sebelum ini, saya ada memanggil pengamal perubatan Islam untuk memimpin solat hajat di rumah sebagai ikhtiar untuk menghalang perbuatan tersebut daripada terus berlaku.
“Selain bacaan ayat al-Quran, pengamal perubatan itu turut meletakkan tin biskut di penjuru rumah sebagai pendinding, namun duit di dalam dompet saya tetap hilang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut Piji, selain dia dan ustaz tersebut, seorang kakita­ngan kerajaan turut menjadi mangsa apabila wangnya berjumlah RM1,800 lesap.
Ia merupakan kerugian ter­tinggi yang dilaporkan dalam kejadian terbaharu tersebut.
“Saya lihat kejadian angkara toyol ini semakin menjadi-jadi. Duit kami hilang tanpa jejak, malah rumah juga tiada kesan dipecah masuk.
“Kami (penduduk) buntu de­ngan kejadian ini,” katanya lagi.
Piji turut mengakui dia sudah naik jelak dengan kejadian tersebut yang bagaikan tiada kesudahan sejak Februari lalu.
Ini kerana, penduduk kampung terpaksa hidup dalam ketakutan kerana bimbang wang mereka yang disimpan di dalam rumah lesap.
“Kami harap ada pihak yang tampil membantu penduduk kampung agar kejadian (toyol) ini tidak lagi berpanjangan,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan kira-kira 2,000 penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian tidak dapat tidur lena sejak akhir-akhir ini apabila semakin kerap berlaku kejadian wang yang mereka simpan di dalam rumah tiba-tiba lesap.
Penduduk di Kampung Tok Kenali, Kampung Pulai dan Kampung Polong mendakwa, kehilangan wang itu dipercayai angkara perbuatan toyol yang menyelusup masuk ke rumah mereka pada waktu malam.
Sejak Februari lalu hingga kini, kira-kira 20 buah keluarga di tiga kampung terbabit mendakwa sudah menjadi mangsa apabila duit mereka hilang dalam sekelip mata dengan nilai tertinggi yang hilang mencecah sehingga RM10,000. K Online
Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
Baca Artikel Menarik :
Mahfuz, mai sini kejap – Najib Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia Pedang berusia 900 tahun ditemukan Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur Layari Laman Facebook MYKMU
Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

The post Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/21/rumah-ustaz-pula-jadi-sasaran-toyol/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Don Pula Jadi Mangsa Scammer

Ustaz Don Pula Jadi Mangsa Scammer

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 227 hits
Ustaz Don pula jadi mangsa scammer Pendakwah bebas terkenal Ustaz Don Daniyal meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya untuk memperdaya kenalannya di aplikasi WhatsApp Menerusi entr...
Nampak Orang Baru Niaga Terus Cakap 2 Hari Lagi Tutup La Tu Jahat Punya Hati Ustaz Kazim Elias

Nampak Orang Baru Niaga Terus Cakap 2 Hari Lagi Tutup La Tu Jahat Punya Hati Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 436 hits
Nampak Orang Baru Niaga Terus Cakap 2 Hari Lagi Tutup Laa Tuu Jahat Punya Hati Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Teguran Dan Nasihat Kasih Sayang Ustaz Kazim Elias Kepada Masyarakat Melayu Islam Kita

Teguran Dan Nasihat Kasih Sayang Ustaz Kazim Elias Kepada Masyarakat Melayu Islam Kita

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 266 hits
Teguran Dan Nasihat Kasih Sayang Ustaz Kazim Elias Kepada Masyarakat Melayu Islam Kita Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Perasaan Ini Tak Pernah Ada Sebelum Ni Alyah Teruja Berjumpa Ustaz Wadi Anuar

Perasaan Ini Tak Pernah Ada Sebelum Ni Alyah Teruja Berjumpa Ustaz Wadi Anuar

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 521 hits
Penyanyi Datin Alyah akui berbesar hati dapat berjumpa dengan para ilmuan agama ketika mengendali sebuah program keagaamaan bagi sebuah stesen televisyen baru baru ini Paling teruja Alyah memberitahu dia gembira kerana dapat berkesempatan b...
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 341 hits
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ustaz Helmet Yang Menyesatkan

Ustaz Helmet Yang Menyesatkan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 189 hits
NORMAN RADZUANAstagfirullahalazim Sebab itu ramai Melayu tersesat disesatkan oleh penyesat Agenda penyesatan utk menutup kejahatan diri sendiri Mantik mana BF Leena ini dpt buat hukum begini
Orang Yang Tamak Dan Lapar Pahala Ustaz Kazim Elias

Orang Yang Tamak Dan Lapar Pahala Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 425 hits
Orang Yang Tamak Dan Lapar Pahala Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kisah Bilal Bin Rabah Tersenyum Ketika Hendak Meninggal Dunia Kerana Ustaz Kazim Elias

Kisah Bilal Bin Rabah Tersenyum Ketika Hendak Meninggal Dunia Kerana Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 629 hits
Kisah Bilal Bin Rabah Tersenyum Ketika Hendak Meninggal Dunia Kerana Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ustaz Lawan Hantu Air Tular

Ustaz Lawan Hantu Air Tular

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 352 hits
Ustaz lawan hantu air tular Seperti yang diketahui ramai bukan semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan makhluk halus lagi lagi di dalam alam sebalik mata Semalam tular sebuah video di Facebook mengenai seora...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls