Rumah Melayu Melayu Juga Pendatang Kamu Datang Dari Indonesia


“Melayu juga pendatang, kamu datang dari Indonesia!”2. Ini adalah ungkapan yang biasa kita dengar, satu justifikasi dangkal tentang keberadaan orang Melayu di Nusantara atau apa yang seringkali pengkaji dan pakar antropologi gelarkan sebagai Alam Melayu.
3. Hujah dangkal ini boleh sahaja dibidas terus dengan menyatakan bahawa sempadan antarabangsa dan garis had politik Indonesia dan Malaysia hanya wujud sekitar 1945, iaitu tahun Indonesia merdeka, ataupun selepas Persekutuan Tanah Melayu wujud pada 1948, Kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 dan selepas kewujudan Malaysia pada 1963.
4. Jadi hujah simplistik itu hanya terpakai sejak tempoh ini sahaja, sedangkan orang Melayu telah wujud beribu tahun lampau di tanahnya ini. Tamadun purba Melayu misalnya yang direkodkan setakat ini mendapati kewujudan kerajaan Melayu sejak awal abad pertama lagi.
5. Sebelum semua peristiwa berlaku, sempadan antarabangsa sangat kabur dan kelabu, dipisahkan cuma secara lokaliti pentadbir tempatan atau empayar kuasa-kuasa besar dunia. Namun apa yang perlu diketahui, Indonesia moden hari ini, sejak dahulu juga masih masih berada di dalam lingkungan Alam Melayu atau Nusantara, bahkan lama wujud sebgai sebahagian dari Alam Melayu sebelum nama negaranya wujud seperti yang kita ketahui hari ini.
6. Sebagai bangsa pelayar, Melayu adalah antara bangsa paling awal membelah lautan dan meneroka kepulauan di sekitar Nusantara, bahkan menganjur sehingga luar sempadan Alam Melayu itu sendiri.
7. Ini adalah hasil binaan kapal-kapal yang memiliki keupayaan tinggi membelah lautan dengan draft yang kecil, namun cukup luas menampung ramai anak kapal malah tahan lasak pula mengharungi lautan luas dan ganas.
8. Dengan menyatakan bahawa Melayu adalah pendatang dari Indonesia ke Tanah Melayu atau Malaysia hari ini, samalah seperti mempersoalkan tuan rumah yang bergerak di dalam rumahnya sendiri. Ia bagai pemilik rumah tersebut keluar dari satu bilik lain untuk duduk pula di bilik sebelah dalam rumah yang sama.
9. Baik itu selesai. Malah selesai sejak lama apanama dahulu lagi.
10. Namun, apakah yang dikatakan sebenarnya maksud Alam Melayu? Apakah sempadan Nusantara? Bagaimana para sejarahwan, ahli arkeologi atau pakar antropologi menentukan apa yang mereka gelar sebagai Wilayah Malayo-Polynesia atau mutakhir ini namanya Austronesia?

Peta 1: Teori Wallace Line. Sebelah kiri ialah Alam Melayu, dan di sebelah kanan garisan Wallace lebih cenderung kepada benua Australia.

Peta 2: Wilayah Alam Melayu berdasarkan Teori Pentas Sunda.
11. Ada tiga teori popular yang diaplikasikan oleh pengkaji untuk dihujahkan sebagai penentu wilayah Alam Melayu.

12. Pertama, teori berdasarkan kepelbagaian bio. Teori ini dinamakan Teori Wallace Line telah menggunakan hasil kajian Alfred Russel Wallace terhadap kepelbagaian spesis flora dan fauna di Nusantara.
13. Beliau merupakan seorang pengkaji British yang pernah menetap di Asia Tenggara sekitar kurun ke-19. Kajiannya mendapati terdapat perbezaan spesis flora dan fauna yang jelas yang dipisahkan pada satu garisan halimunan yang digelar sebagai dinamakan sebagai Wallace Line. Garisan ini digariskan pada 1859, yang memisahkan kawasan seperti di dalam peta (peta 1) di bawah.
14. Garisan ini menunjukkan bahawa spesis flora dan fauna antara Jawa dan Bali (Alam Melayu) tidak sama dengan flora dan fauna di Lombok dan Sumbawa. Perbezaan ketara antara spesis juga terdapat di habitat Borneo (Alam Melayu) tidak sama dengan Sulawesi malah haiwan dan tumbuhan di kepulauan Filipina (Alam Melayu) juga amat berbeza dengan haiwan dan tumbuhan yang hidup di habitat di Irian Jaya.
15. Teori kedua yang digunakan para pengkaji untuk menentukan kawasan Alam Melayu ialah teori berasaskan geografi atau Teori Pentas Sunda (peta 2), digunakan oleh Anthony Reid untuk menentukan kawasan geografi Alam Melayu.
16. Teori ini menggunakan rujukan plat tektonik atau struktur geografi yang berada di dalam Pentas Sunda sebagai Alam Melayu. Selain Reid, kajian Prof. Oppenheimer sendiri pernah mengesahkan perkara ini semasa syarahannya di USM suatu ketika dahulu.
17. Hujah menggunakan Teori Linguistik (peta 3) pula menyatakan bahawa liputan Alam Melayu yang lebih meluas. Teori ketiga ini menentukan keberadaan dan liputan kawasan Alam Melayu adalah menggunakan indikator bahasa yang digunakan.
18. Di segenap Alam Melayu, teori ini yang digemari oleh pakar dan pengkaji linguistik mendapati bahawa sebanyak 1200 varian bahasa Malayo-Polynesia digunakan di segenap kawasan Malayo-Polynesia atau Austronesia ini.

Peta 3: Teori Linguistik menentukan bahawa Alam Melayu atau Nusantara menganjur dari Kepulauan Easter hingga ke Madagascar.
19. Berdasarkan teori ini, ia menunjukkan bahawa Alam Melayu menganjur sejauh Kepulauan Easter di sebelah Timur. Orang Melayu kemudiannya berlayar menggunakan kapal-kapal mereka yang mampu mengawal amarah Lautan Hindi yang terkenal dengan bahayanya untuk mengembangkan Alam Melayu sejauh hingga ke Madagascar di sebelah Barat.
20. Jika ada yang menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari Indonesia, atau ada yang menyatakan bahawa orang Melayu tidak ada tanahnya sendiri maka terangkanlah.
21. Bantulah sahabat itu untuk faham akan wujudnya teori dan kajian sebegini yang menentukan wilayah Nusantara atau Alam Melayu, keberadaan, pergerakan dan kewujudan orang Melayu di tanahnya sendiri.
22. Melayu, rumahnya di sini. Walau jauh kami berkelana, membina hidup, atau menjadi kaya satu dunia, di dalam rumah asal kami inilah kami lahir dan belajar untuk hidup.
23. Kami kongsikan rumah kami ini bersama kamu dengan syarat kamu juga mahu bersetia kami dibawah bumbung SPBYDPA dan dilindungi juga dengan pagar Perlembagaan Persekutuan.
23. Ketahuilah juga oleh kau, bahawa demi rumah ini juga, ramai juga yang mati mempertahankannya. Malah ramai lagi sanggup berkorban untuknya.
RUJUKAN:
1. Catatan pembentangan oleh Prof Dr. Supyan Hussin ketika mukadimah Wacana Cendekiawan ATMA: Kependudukan & Pergerakan Etnik di kepulauan Melayu dari Segi Perspektif Arkeologi, Budaya & Sejarah, 14 November 2018
2. Evolution, Biogeography, and Maps: An Early History of Wallace’s Line, Jane R. Camerini, 1993

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/rumah-melayu-melayu-juga-pendatang-kamu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Pendatang Cina India Di Tanah Melayu

Sejarah Pendatang Cina India Di Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 1160 hits
Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik hak keistimewaan Melayu yang dijamin perlembagaan mahu dihapuskan hukum hudud dipermainkan kedaulatan Islam dipertikai kini asal usul orang Melay...
Semua Pendatang Dari China India Dan Lain Lain Wajib Dikuarantin Sebelum Masuk Ke Tanah Melayu

Semua Pendatang Dari China India Dan Lain Lain Wajib Dikuarantin Sebelum Masuk Ke Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 1542 hits
Sebelum tahun 1906 semua imigran dari India dan negara negara lain yang ingin ke utara Malaya wajib diproses di Q camps di Pulau Jerejak Pulau Pinang manakala mereka yang ingin ke Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor dan Pahang diproses di...
Menhub Budi Bangga Indonesia Jadi Tuan Rumah Konferensi Vokasi Maritim Tingkat Dunia

Menhub Budi Bangga Indonesia Jadi Tuan Rumah Konferensi Vokasi Maritim Tingkat Dunia

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 239 hits
Dalam kesempatan tersebut Menhub Budi menegaskan Indonesia yang diwakili oleh Sekolah Tinggi Ilmu Pelayaran Jakarta merasa bangga bisa mendapat kehormatan jadi tuan rumah acara konferensi pendidikan dan pelatihan maritim tingkat dunia ini
Pdip Indonesia Dibangun Tanpa Pencitraan Bukan Datang Ke Makam Seolah Paham Ziarah

Pdip Indonesia Dibangun Tanpa Pencitraan Bukan Datang Ke Makam Seolah Paham Ziarah

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 228 hits
Dia menegaskan masyarakat itu memerlukan hal hal yang positif Sehingga menurutnya Pilpres 2029 tidak boleh diisi dengan isu isu hoaks dan kampanye hitam
Nias Terpilih Jadi Tuan Rumah Sail Indonesia 2019

Nias Terpilih Jadi Tuan Rumah Sail Indonesia 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 264 hits
Karena kalau kita lihat dari potensinya Nias Selatan tidak kalah menarik dengan daerah daerah lain bahkan cenderungnya ini unik Bisa kita lihat sendiri bagaimana atraktifnya performance dari kelompok masyarakat adat yang ada di desa Bawomat...
Pengorbanan Besar Kesultanan Melayu Membantu Kemerdekaan Indonesia

Pengorbanan Besar Kesultanan Melayu Membantu Kemerdekaan Indonesia

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 851 hits
Pengorbanan Riau kepada Negara Kesatuan Republik Indonesia tidak dapat dibandingkan dengan wilayah lain di Nusantara Sejak permulaan pengisytiharaan diucapkan oleh Dwi Tunggal Soekarno Hatta 17 Ogos 1945 Sultan Siak terakhir Sultan Syarif K...
Tragedi Runtuhnya Kesultanan Melayu Di Indonesia

Tragedi Runtuhnya Kesultanan Melayu Di Indonesia

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 304 hits
Melayu yang tidak lupakan sejarahnya 3 Mac Tragedi Runtuhnya Kesultanan Melayu Di IndonesiaSaya pasti anda semua sudah maklum akan pembunuhan terhadap raja raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh...
Melayu Pendatang Akhirnya Dap Rasis Ini Mohon Maaf

Melayu Pendatang Akhirnya Dap Rasis Ini Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 302 hits
Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya disalah tafsir yang mencadangkan beliau menggunakan perkat...
Pertamina Pos Indonesia Dan Kai Bersinergi Dalam Pemanfaatan Lahan

Pertamina Pos Indonesia Dan Kai Bersinergi Dalam Pemanfaatan Lahan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 232 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno mengatakan sebagai sesamaa perusahaan BUMN dapat terus memperkuat sinergi dalam meningkatkan efisiensi dan optimalisasi kinerja serta pelayanan kepada masyarakat
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik