Rumah Hanyut Ebby Yus Minta Orang Ramai Doakannya Kuat Semangat
Rumah hanyut, Ebby Yus minta orang ramai doakannya kuat semangat
Pelawak, Ebby Yus yang ditimpa musibah apabila mahligai dibina di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, dihanyutkan arus deras, Sabtu lalu, tidak patah semangat untuk memiliki kediaman baharu.
Walaupun terpaksa mengambil masa lama dan tidak tidak tahu bila hasrat itu menjadi realiti, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, yakin rezeki pasti memihak.
“Keinginan untuk membina semula rumah yang musnah masih ada. Cuma, buat masa ini, impian itu saya letak di tepi. Maklum sajalah, buat rumah memerlukan modal banyak.
Ebby meminta semua pihak mendoakan dirinya kuat semangat dan sihat dalam menempuhi kehidupan. Foto IG Ebby Yus
Ebby meminta semua pihak mendoakan dirinya kuat semangat dan sihat dalam menempuhi kehidupan. Foto IG Ebby Yus
“Sebelum ini saya ambil masa empat tahun dan berdikit keluar modal. Harap dapat doakan saya semoga dimurahkan rezeki dan hasrat menetap kediaman sendiri tercapai,” katanya kepada BH Online.
Ditanya apakah dihubungi mana-mana persatuan seni yang bertanya khabar atau menyalurkan bantuan, pelakon sitkom J.K.K ini berkata, belum ada mana-mana pihak menelefon.
“Sudah cara saya dari dahulu lagi. Ketika jatuh sakit, saya tidak selesa menghebahkannya. Insiden rumah dihanyutkan banjir ini pun saya tidak tahu bagaimana boleh tersebar.
“Setakat ini, belum ada persatuan hubungi. Saya pun tidak mengadu kepada sesiapa. Soalnya, bukanlah saya malu menerima bantuan.
“Malah, kalau mereka ingin membantu, saya terima sahaja. Cuma saya tidak mahu dilihat meminta-minta.
“Lagipun, saya bukan ahli yang aktif dalam persatuan. Jadi, tidak manislah kalau hendak mengharapkan bantuan. Asalkan saya cukup makan, saya okay .
“Pinta saya agar semua orang doakan saya kuat semangat dan sihat. Terselamat dari kejadian banjir itu sudah cukup untuk membuat saya bersyukur,” katanya berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan ini.
Mengulas perasaannya ditimpa musibah, Ebby mengaku sudah menerima hakikat itu sejak hari pertama kejadian.
“Saya tidak ada rasa sedih, ralat atau trauma. Saya terima apa yang berlaku sebagai ketentuan Ilahi. Semalam (kelmarin), saya tinjau kawasan kediaman yang musnah itu.
“Aliran sungai masih deras. Saya hanya dapat tinjau tapak rumah dari seberang jalan. Apa yang tinggal hanyalah tiang kayu yang hampir menyembah bumi,” katanya yang sepatutnya berpindah ke kediaman itu, bulan depan.
Ahad lalu, BH Online melaporkan, mahligai impian dibina Ebby hasil titik peluh lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Hulu Langat.
Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000. BH
Rumah hanyut, Ebby Yus minta orang ramai doakannya kuat semangat
Baca Artikel Menarik :
Sebahagian kawasan Hulu Langat umpama dilanda tsunami
Peja dibalun bertubi-tubi
Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen
Demi Allah, saya tak guna helikopter kerajaan – Jovian
Billie Eilish tonton filem lucah sejak usia 11 tahun
Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah
Ramai sayang Mimi Fly
Saya dah tak ada rumah sekarang – Afieq Shazwan
Rumah baharu dihanyut banjir, bukan rezeki saya – Ebby Yus
BN akan bantu sedaya mungkin – Najib
Bukan desak PRU awal tapi fikirlah secara bijaksana masa terbaik – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis
Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena
The post Rumah hanyut, Ebby Yus minta orang ramai doakannya kuat semangat appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/21/rumah-hanyut-ebby-yus-minta-orang-ramai-doakannya-kuat-semangat/