Rukun Nikah Dan Syarat Poligami Dalam Undang Undang Keluarga Islam


Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 15 Adakah anda merancang pernikahan dalam masa terdekat ini? Ramai yang merancang pernikahan di bulan Syawal kerana ia adalah sunat jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi SAW dan Aisyah RA. Artikel kali ini menerangkan rukun nikah, syarat-syarat nikah dan syarat poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam.
Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 16 Apakah itu Rukun Nikah? Rukun nikah adalah sesuatu yang harus ada untuk menentukan sah atau tidaknya suatu perkahwinan tersebut.
Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 17 Lima Rukun Nikah Rukun nikah utama dalam Islam adalah seperti berikut:
Pengantin lelaki Pengantin perempuan Wali Saksi Ijab dan qabul. Syarat-syarat dalam Rukun Nikah Dalam rukun nikah, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi supaya pernikahan itu menjadi sah. Berikut adalah syarat-syarat sah dalam rukun nikah.
1. Syarat-syarat bagi calon suami:
– Beragama Islam.
– Bukan mahram kepada calon isteri.
– Sah kelelakiannya.
– Tidak mempunyai empat orang isteri (termasuk isteri masih dalam idah) pada masa itu
– Tiada halangan untuk berkahwin dengan perempuan yang hendak dinikahi menurut hukum syarak.
– Tidak dalam ihram haji atau umrah.
– Kahwin secara sukarela tanpa paksaan menurut hukum syarak. 2. Syarat-syarat bagi calon isteri:
– Beragama Islam.
– Bukan mahram kepada calon suami
– Sah kewanitaannya.
– Bukan isteri orang atau dalam idah suami terdahulu.
– Tidak dalam ihram haji atau umrah. 3. Syarat-syarat bagi Wali:
– Beragama Islam.
– Lelaki.
– Baligh.
– Sempurna akal.
– Adil.
– Sukarela tanpa paksaan.
– Tiada dalam ihram haji atau umrah.
– Tidak ditahan daripada menguruskan hartanya kerana safih. 4. Syarat-syarat bagi Saksi:
– Beragama Islam.
– Sempurna akal.
– Lelaki boleh mendengar.
– Boleh melihat.
– Boleh bertutur.
– Faham bahasa ijab kabul.
– Tidak ditentukan menjadi wali.
– Adil. 5. Syarat-syarat bagi ijab dan kabul:
– Lafaz akad tidak mengandungi taklik
– Lafaz akad tidak mengandungi batas waktu
– Lafaz kabul hendaklah mengandungi lafaz terima nikah
– Lafaz kabul hendaklah disebut nama perempuan atau ganti nama
– Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturut-turut (tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama antara ijab dan kabul).
– Hendaklah berkekalan kelayakan orang yang melafazkan ijab dan kabul serta saksi-saksi itu sehingga selesai akad.
– Lafaz ijab dan kabul didengar dan difahami oleh kedua-dua saksi. Rukun Nikah dan Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam 18 Poligami dalam Islam Poligami dalam Islam bermaksud seorang lelaki berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi dari empat pada suatu masa. Perkahwinan poligami diharuskan ini telah disebut di dalam Al-Quran dalam Surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud:
'Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ' Al-Quran nampaknya membenarkan perkahwinan poligami dengan alasan untuk memenuhi keperluan, mengatasi masalah dan menjaga kepentingan individu lain dan bukannya atas dasar memenuhi kepentingan sendiri. Rasulullah s.a.w mula berpoligami setelah kematian isteri pertamanya Khadijah binti Khuwailid. Kalau dilihat pada perkahwinan Rasulullah saw dengan isteri-isterinya kesemuanya adalah untuk menjaga kepentingan orang lain dari kepentingan sendiri
Syarat Poligami dalam Undang-undang Keluarga Islam Bagaimanapun Undang-undang Keluarga Islam mengamalkan syarat yang agak ketat sebelum poligami dibenarkan.
Peruntukkan mengenai poligami adalah tidak seragam antara negeri-negeri. Ini dapat dilihat umpamanya Negeri-negeri seperti Negeri Sembilan (7/83), Melaka (8/83), Wilayah Persekutuan (A 303), Selangor (4/84), Kedah (1/84), Pulau Pi nang (2/85), Pahang (3/87), Johor (5/90), Sarawak (5/91), Perlis (4/92) dan Sabah (15/92), telah memperuntukkan beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh Mahkamah Syariah sebelum sesuatu permohonan poligami diluluskan.
Jika anda merancang untuk poligami, anda perlu melepasi syarat-syarat poligami di negeri anda sebelum permohonan poligami anda diluluskan. Sebagai contoh:
Borang permohonan poligami di Wilayah Persekutuan seseorang pemohon dikehendaki memberi maklumat antara lainnya:
1. Maklumat peribadi pemohon dan bakal isteri yang akan dikahwininya
2. Alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami itu perlu
3. Latar belakang kewangan suami
4. Tanggungan kewangan yang diberikan kepada isteri dan anak-anak yang sedia ada dan juga bakal isteri
5. Sama ada cadangan pernikahan poligami itu telah mendapat persetujuan daripada isteri yang sedia ada Para lelaki perlu jujur dan mengambil tanggungjawab berat dalam soal poligami. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri dan cenderung kepada seorang daripadanya, pada hari Kiamat, dia datang dalam keadaan yang senget.” (Riwayat Abu Daud (2133) dan al-Tirmizi: 1141) Justeru itu, para lelaki perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan poligami kerana ia boleh menjadi gedung pahala mahupun gedung dosa buat anda.
Sumber: Jurnal Poligami di Malaysia
Soalan FAQs Berkenaan Rukun Nikah Apakah Rukun Nikah? Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Wali
Saksi
Ijab dan qabul.
Apakah syarat-syarat bagi saksi? Beragama Islam.
Sempurna akal.
Lelaki boleh mendengar.
Boleh melihat.
Boleh bertutur.
Faham bahasa ijab kabul.
Tidak ditentukan menjadi wali.
Adil.
Berapakah bilangan isteri seorang lelaki boleh nikahi? Empat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/rukun-nikah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Rukun Nikah Syarat Syaratnya

5 Rukun Nikah Syarat Syaratnya

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 194 hits
Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka perlulah mengetahui rukun Ini penting bagi memastikan nikah mereka tersebut adalah sah Oleh itu dijelaskan di bawah rukun nikah serta syarat sah nikah tersebut Maksud Nikah Nikah atau ...
Kalendar Islam 2025 Serta Tarikh Penting Islam Tahun 2025

Kalendar Islam 2025 Serta Tarikh Penting Islam Tahun 2025

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 279 hits
Memasuki tahun 2025 pihak JAKIM telah mengeluarkan secara rasminya kalendar Islam 2025 yang diterbitkan khas untuk dijadikan sebagai rujukan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama islam dengan bidang kuasannya yang ada ...
Tips Mencari Sekolah Rendah Islam Al Akhlak Al Islamiah Guar Chempedak Pada Hari Jumaat

Tips Mencari Sekolah Rendah Islam Al Akhlak Al Islamiah Guar Chempedak Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 181 hits
JUMAAT Dapat maklumat Sek Ren Islam Al Akhlak Al Islamiah Guar Chempedak mencari 600 dermawan yg boleh sedekah RM10 untuk pembinaan bangunan baru sekolah mereka Jom sama2 kita bantu The post appeared first on
Video Romo Magnis Ahli Kubu Ganjar Pedas Ke Jokowi Presiden Untungkan Keluarga Memalukan

Video Romo Magnis Ahli Kubu Ganjar Pedas Ke Jokowi Presiden Untungkan Keluarga Memalukan

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 100 hits
Franz Magnis Suseno dihadirkan sebagai ahli oleh pasangan Capres dan Cawapres Ganjar Pranowo Mahfud Md di Mahkamah Konstitusi Selasa 2 April 2024
Top News Kubu Prabowo Cecar Saksi Ahli Amin Serda Adan Bunuh Casis Tni Al Kuras Harta Keluarga

Top News Kubu Prabowo Cecar Saksi Ahli Amin Serda Adan Bunuh Casis Tni Al Kuras Harta Keluarga

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 108 hits
Dalam sidang saksi ahli dari dihadirkan tim hukum Timnas Anies Muhaimin dicecar pertanyaan tim hukum Prabowo Gibran
Islam Agama Rantau Tanah Melayu 40 Tahun Selepas Nabi

Islam Agama Rantau Tanah Melayu 40 Tahun Selepas Nabi

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 268 hits
Islam agama Rantau Tanah Melayu 40 tahun selepas Nabi ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be qBtBDJGdH7s src in org https www youtube com embed qBtBDJGdH7s wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www you...
Civil Court Quashes Catholic Woman S Conversion To Islam

Civil Court Quashes Catholic Woman S Conversion To Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 107 hits
A Sabahan Catholic succeeded in her legal bid to nullify her conversion to Islam two years ago following a breakdown in her relationship with a Muslim man who initially promised to marry her The 21 year old s lawyer Shamsher Singh Thind con...
Propaganda Islam Terancam Permainan Politik Khawarij

Propaganda Islam Terancam Permainan Politik Khawarij

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 110 hits
HarapandailyAHMAD MURSIPemuda Pas Hezry Yasin menghasut agar membenci raja raja dengan menurunkan tangan semasa berdoa buat Sultan ketika khutbah raya Tadah tangan tidaklah wajib tetapi meuar uarkan tidakan itu adalah tindakan menghasut Ala...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur