Rugi Henti Laung Ketuanan Bangsa Kata Rafidah



KUALA LUMPUR, 23 Okt — Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan “ketuanan bangsa”, yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini.

Ketuanan, katanya, mestilah selalu menjadi milik Malaysia sendiri dan bukan mana-mana kumpulan, kaum atau agama di kalangan rakyat.
Menulis di ruangan pertama beliau hari ini dalam akhbar The Sun, Rafidah, yang dikenali sebagai Wanita Besi Malaysia kerana pendirian kuatnya mengenai isu-isu yang mempengaruhi negara, berkata rakyat Malaysia hanya akan dihormati di peringkat global apabila dari kalangan mereka, bangkit warga Malaysia yang berkemampuan dan berkemahiran, dan prestasi dan pencapaiannya dianggap sangat baik ketika diukur oleh tanda aras dan standard global.


Loading... “Apabila ini berlaku mereka boleh berbangga membawa bendera Malaysia dan diiktiraf oleh dunia sebagai rakyat Malaysia yang berjaya,” katanya.
Rafidah, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun hingga 2008, berkata Malaysia baharu yang muncul selepas kerajaan Pakatan Harapan berkuasa pada Mei yang menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun, mestilah tidak berpihak dari segi jantina, warna kulit dan warisan kerana satu-satunya keutamaan adalah kebaikan untuk rakyat dan negara.

Warga Malaysia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan warisan. Itulah fakta yang tidak dapat dinafikan. Saya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Saya yakin sesetengah rakyat Malaysia mesti merasa yang sama.

“Fajar Malaysia baharu membawa harapan dan aspirasi baharu, permulaan yang baharu. Negara kita sangat diberkati,” menurut Rafidah dalam tulisannya.

Mengenai kerajaan baharu, beliau berkata: “Apa yang diperlukan ialah tadbir urus yang baik dan tadbir urus ekonomi oleh orang-orang yang rakyat Malaysia, telah meletakkan kepercayaan untuk memacu negara kita dengan jayanya melalui cabaran dan gelora dalam persekitaran yang sentiasa berubah dalam menuju abad yang akan datang dan masa depan yang masih jauh

Rafidah juga menyifatkan pilihan raya umum pada 9 Mei sebagai hari apabila rakyat Malaysia telah menekan butang ‘reset’, yang menetapkan gerakan pelbagai proses dan langkah yang perlu diambil untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul.

“Harapan adalah tinggi, tetapi rakyat Malaysia mestilah bersikap realistik, pembangunan tidak berlaku dalam ruang kosong. Polisi harus disesuaikan dan mampu memenuhi tuntutan dan situasi baharu.

“Kerajaan mesti mentadbir dan tidak membenarkan dirinya diganggu oleh tuntutan yang tidak realistik, mementingkan diri sendiri dan pihak tertentu,” katanya.

Mengenai pendidikan, beliau menulis tentang perlunya pendidikan untuk semua dan penekanan harus terhadap keperluan dan pengiktirafan mestilah berasaskan kepada kecemerlangan dan meritokrasi terutama apabila mewajarkan sokongan dan pertimbangan khusus sementara anak muda Malaysia mesti menilai prestasi terhadap yang terbaik di peringkat global.

Beliau seterusnya merayu kepada rakyat Malaysia untuk menjalin hubungan yang membina dan mengukuhkan ketahanan negara dan mengelakkan perpecahan dan berpuak-puak kerana perkara ini boleh membawa kepada hakisan perpaduan.

Mereka sebaliknya harus berpegang kepada politik perpaduan dan pembangunan negara dan mengelakkan politik kemunafikan, katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/10/rugi-henti-laung-ketuanan-bangsa-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketuanan Bangsa Merugikan Negara Serta Tidak Produktif Rafidah Aziz

Ketuanan Bangsa Merugikan Negara Serta Tidak Produktif Rafidah Aziz

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 259 hits
Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan ketuanan bangsa yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini Ketuanan katanya mestilah selalu menjadi mil...
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 670 hits
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu 1 Setelah meninggalnya Rasulullah para sahabat berkumpul di Saqifah Bani Sa adah bagi melantik Khalifah baru sebagai pengganti Rasulullah Saat inilah berlaku perselisihan apabila kaum Ansar berkehendak...
Siapa Kata Kerajaan Tak Bantu Peniaga Tengkuadnanreal Najibrazak Ismailsabri60

Siapa Kata Kerajaan Tak Bantu Peniaga Tengkuadnanreal Najibrazak Ismailsabri60

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 261 hits
Selama beberapa hari Perhimpunan Agung UMNO 2017 berlangsung kemeriahan ini juga turut dirasai oleh peniaga peniaga makanan yang telah menyediakan makanan secara percuma yang baru diperkenalkan oleh kerajaan melalui sistem FoodTruck dan dis...
Rmk11 Malaysia Perlukan Reformasi Berani Kata Tun Mahathir

Rmk11 Malaysia Perlukan Reformasi Berani Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR 18 Okt Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa reformasi berani yang menyahut kehendak rakyat adalah penting untuk mencapai visi Malaysia menjadi negara maju dan inklusif Perdana menteri menarik perhatian bahawa pada dasarnya...
Jaga Jaga Gambar Di Facebook Boleh Kena Ilmu Hitam Kata Agensi Putrajaya

Jaga Jaga Gambar Di Facebook Boleh Kena Ilmu Hitam Kata Agensi Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 296 hits
Anda gemar memuatnaik gambar sendiri dan keluarga juga pelbagai selfie ke laman media sosial seperti Facebook Jika ya agensi keselamatan Internet CyberSecurity Malaysia kini menasihatkan anda agar mengelak daripada berbuat demikian kononnya...
Musuh Diikat Kaki Dan Tangan Serta Mata Ditutup Lepastu Itu Kata Musuh Itu Pengecut

Musuh Diikat Kaki Dan Tangan Serta Mata Ditutup Lepastu Itu Kata Musuh Itu Pengecut

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 428 hits
Kalau dahulu mereka gunakan cara memenjarakan musuh politik dengan ISA sekarang diera baru Malaysiaku haru Mereka menggunakan SPRM dan AMLA untuk mengenakan musuh Najib Razak sudah beberapa pertuduhan dikenakan malah isterinya juga sudah ke...
Kisah Benar Gadis Menggantung Diri Kerana Kata Kata Ayahnya Ini Dapat 29 000 Perkongsian

Kisah Benar Gadis Menggantung Diri Kerana Kata Kata Ayahnya Ini Dapat 29 000 Perkongsian

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 450 hits
Satu kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Khairul Hakimin Muhammad menjadi viral di media sosial dengan perkongsian sebanyak 29 000 dalam masa sehari sahaja Secara ringkasnya perkongsian itu menceritak...
Dakwaan Deepak Rekaan Semata Mata Kata Najib

Dakwaan Deepak Rekaan Semata Mata Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 342 hits
Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan peguam mereka mencabar 2 saman sivil difailkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang mendakwa pasangan itu menyebabkan beliau kehilangan tanah bernilai jutaan ringgit...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching