Rph Bahasa Melayu Tahun 5 2019
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
RPH Bahasa Melayu Tahun 5 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkongsian diteruskan lagi. Kali ini, admin mengongsikan himpunan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk kegunaan kita bersama khususnya pada tahun hadapan (2019).
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau subtopik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan.
Selan itu, guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan.
Seterusnya, objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.
Di samping itu, pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.
Kepentingannya juga merujuk kepada aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan mudah. Penyusunan subtopik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.
Akhir sekali, penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaatkan dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH.
Dapatkan “RPH Bahasa Melayu Tahun 5 2019” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘xlsx’
Download : RPH BM TAHUN 5 2019
JUTAAN TERIMA KASIH DAN KREDIT KEPADA: Cikgu Jamaludin Musa
Penutup
Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu RPH Bahasa Melayu Tahun 5 2019 sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
RPH Bahasa Melayu Tahun 5 2019
Mohd Suhaimin Isnen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2018/12/rph-bahasa-melayu-tahun-5-2019.html