Rozman Isli Fail Semula Permohonan Batal Pertuduhan Salah Guna Kuasa




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan, bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd yang dihadapinya.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman dalam kenyataan media berkata, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 11 Mei lalu, atas alasan pertuduhan terhadap anak guamnya tiada merit atau asas dari segi fakta mahupun perundangan.
Rafique berkata, pada tarikh sama, pihaknya juga memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, untuk dibicarakan.
“Pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurshafini Mustafha hari ini, mahkamah menetapkan 26 Mei untuk pengurusan kes bagi permohonan untuk membatalkan pertuduhan, sementara pengurusan kes bagi permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 23 Jun ini,” katanya.
Pada 4 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan Rozman untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 27, 28 dan 29 Jun, 7 Julai, serta 11 dan 12 Ogos, sebagai tarikh perbicaraan.
Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu timbalan pengerusi lembaga pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/05/rozman-isli-fail-semula-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Myanmar Buka Semula Permohonan E Visa Pelancong Mulai 15 Mei

Myanmar Buka Semula Permohonan E Visa Pelancong Mulai 15 Mei

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 193 hits
Myanmar buka semula permohonan e Visa pelancong mulai 15 Mei Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 May 2022 11 45P
Saintis Berjaya Tanam Tumbuhan Bumi Guna Tanah Bulan

Saintis Berjaya Tanam Tumbuhan Bumi Guna Tanah Bulan

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 174 hits
Tumbuhan yang ditanam semasa eksperimen dipindahkan ke botol untuk dianalisis UF IFAS Tyler Jones WASHINGTON Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan berjaya menggunakan sampel bahan dari permukaan Bulan yang dipanggil regolith...
Ravichandran Tawan Everest Kali Ke 3 Rancang Guna Tanpa Bantuan Oksigen Tahun Depan

Ravichandran Tawan Everest Kali Ke 3 Rancang Guna Tanpa Bantuan Oksigen Tahun Depan

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 171 hits
Misi pendakian T Ravichandran kali ini lebih manis apabila berjaya merealisasikan impiannya bersama seorang lagi pendaki negara N Elanghovan di puncak tertinggi dunia itu PETALING JAYA Pendaki negara T Ravichandran sekali lagi berjaya menaw...
Resipi Apam Jagung Yang Senang Nak Buat Guna Jagung Dalam Tin Je

Resipi Apam Jagung Yang Senang Nak Buat Guna Jagung Dalam Tin Je

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 189 hits
Tekak teringin nak makan apam jagung tapi jagung pula tiada Apa susahnya boleh sahaja kita gunakan jagung dalam tin Nak buatnya pun senang sahaja dan tidak mengambil masa yang lama pun Kalau tiba tiba ada tetamu hendak datang ke rumah kita ...
Resepi Sweet Keria Cheese Sweet Keria Ball Guna 1 Adunan Kudapan Untuk Bayi

Resepi Sweet Keria Cheese Sweet Keria Ball Guna 1 Adunan Kudapan Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 180 hits
Keledek mempunyai karbohidrat yang tinggi namun rendah lemak dan kolestral Jadi bagi bayi yang kurang berat badan amat sesuai makan ubi keledek ini kerana ia membantu meningkatkan berat badan bayi secara sihat Ada pelbagai jenis resepi bera...
Beam Anjurkan Program Didik Peserta Guna E Skuter Dengan Berhemah

Beam Anjurkan Program Didik Peserta Guna E Skuter Dengan Berhemah

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 229 hits
Jika anda tinggal di kawasan bandar seperti Cyberjaya atau Kuala Lumpur pastinya skuter Beam tidak asing di pandangan Beam telah menjayakan program dinamakan Beam Safety Academy pada 15 Mei lalu di pusat beli belah 1 Utama buat pertama kali...
Dihalang Masuk Rumah Sendiri Sebab Tunggakan Yuran Maintenance Awal Ashaari Mengaku Alih Palang Pagar Guna Tangan

Dihalang Masuk Rumah Sendiri Sebab Tunggakan Yuran Maintenance Awal Ashaari Mengaku Alih Palang Pagar Guna Tangan

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 442 hits
Pengacara popular Awal Ashaari tampil memberi penjelasan terperinci selepas didakwa melakukan perbuatan khi4nat dengan meros4kkan palang pagar milik pengurusan perumahan Dihalang masuk rumah sendiriMenurut Awal timbul salah faham antara dir...
Guna Nama Ahli Bts Dalam Senarai Si Mati Pihak Tomorrow Jawab Kecaman Peminat

Guna Nama Ahli Bts Dalam Senarai Si Mati Pihak Tomorrow Jawab Kecaman Peminat

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 297 hits
Meskipun plot menerima pujian ramai namun drama Tomorrow terpalit dengan kontroversi baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Goo Ryun yang dilakonkan oleh Kim Hee sun ada memegang senarai Kemasukan Si Mati yang mengandungi nama...
Polis Guna Handphone Semasa Memandu Disaman

Polis Guna Handphone Semasa Memandu Disaman

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 188 hits
Petaling Jaya Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan di sini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata siasatan mendapati keja...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash