Rozaimi Umum Tinggalkan Jdt Ii Bakal Sertai Sabah Fc
Apakah dia bakal menyarung jersi Sabah Kembali? Rozaimi umum tinggalkan JDT II, bakal sertai Sabah FC?
Selepas lima tahun bersama, Rozaimi Abd Rahman sah meninggalkan pasukan JDT sekaligus tidak lagi bersama skuad Harimau Selatan untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. M ungkin tiba masanya Rozaimi Abdul Rahman berpijak ke Saingan Liga Super.
Bekas pemain kebangsaan B-23, Rozaimi Abdul Rahman yang pernah digelar "Neymar Malaysia" mungkin perlu keluar dari zon selesanya bersama JDT II.
Beliau yang kini berusia 28 tahun dan akan berinjak 29 tahun pada musim hadapan tiba masanya perlu mencari pasukan yang bermain di saingan tertinggi Malaysia iaitu Liga Super.
Memandangkan Rozaimi belum pernah bermain di pentas Liga Super dalam kariernya sejak 2012, selepas kali terakhir adalah 2011, Sabah mungkin adalah destinasi terbaiknya setakat ini yang juga negeri kelahiran beliau.
Penyokong pasukan Sabah juga sangat mengharapkan Rozaimi mampu kembali bermain untuk Sabah di saingan Liga Super Malaysia 2021.
Menerusi Laman rasmi IG Rozaimi, Beliau telah memberi ucapan panjang ini dan jika kita baca mungkin ini adalah tahun terakhir beliau bersama JDT setelah 5 tahun bersama.
Rozaimi Abdul Rahman telah memuat naik status terbarunya di laman rasmi Instagram miliknya yang dia akan meninggalkan pasukan JDT II untuk berhijrah ke kelab lain untuk musim akan datang
Untuk pengetahuan semua, Rozaimi mula berkhidmat untuk skuad harimau selatan bermula musim 2016 .
Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Instagram beliau:
Adalah satu kebanggaan dalam karier bolasepak saya apabila dapat bersama dengan kelab terbaik negara iaitu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sepanjang 5 tahun ini. Ia bukan setakat hanya sebuah kelab tetapi ia adalah satu keluarga besar iaitu keluarga JDT
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘Boss’ saya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, @hrhcrownprinceofjohor Tunku Mahkota Johor yang meletakkan kepercayaan kepada saya dari dulu lagi. Alhamdulillah dengan fasiliti terbaik yang TMJ sediakan di JDT, saya mampu untuk meneruskan karier saya semula. Terima kasih sekali lagi Boss atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan.
Lima tahun perjalanan karier saya telah dijaga dengan baik oleh JDT umumnya dan TMJ khususnya. Kini tiba masanya untuk saya mengorak langkah ke satu lagi tahap untuk meneruskan karier bola sepak saya. Terima kasih kepada semua penyokong. Tanpa anda semua, saya tidak mampu berdiri seperti ini. Jumpa lagi di masa akan datang. TERIMA KASIH JDT ❤️💙
Walau apa pun masa depan Rozaimi kami ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya Nyemar!.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2020/11/rozaimi-umum-tinggalkan-jdt-ii-bakal.html