Royale Kukur Ready To Eat
ROYALE KUKUR READY TO EAT | Assalammualaikum semua! Ruby ada berita gembira untuk dikongsikan bersama anda. Baru-baru ini Ruby berkesempatan hadir majlis Royale Kukur dan berkesempatan mengenali lebih mendalam tentang jenama ini. Royale Kukur adalah jenama berasaskan cendawan kukur dan telah mengeluarkan produk "ready to eat" dari cendawan kukur. Buat masa ini ada 5 perisa.
Produk Royale Kukur juga telah menerima anugerah Excellence in Kukur Mushroom Production 2022 dari Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia. Tahniah Royale Kukur.
ROYALE KUKUR
Cendawan kukur atau dikenali sebagai kulat sisir merupakan sejenis cendawan yang boleh dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Ia ditemui di hutan liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semulajadi. Cendawan kukur dikenali dengan nilai perubatan tinggi dan rasa aromatik. Kaya dengan protein, fiber dan antioxidant
Anda boleh mulakan dengan cendawan kukur sebagai pengganti sayuran lain. Jika anda pengamal vegetarian, cendawan kukur adalah yang terbaik. Amalkan 3-4 kali seminggu cendawan kukur untuk kesihatan kulit. Ia baik untuk anda yang kurang terdedah kepada cahaya matahari atau kekurangan Vitamin D.
Kelainan aromatiknya turut menjadikan cendawan kukur bahan yang unik untuk dijadikan produk makanan. Semua resepi lebih tertumpu kepada masakan Melayu seperti Dendeng, Masak Lemak dan Sambal Hijau mengikut selera rakyat Malaysia. Produk lain seperti Sup Berkrim dan Kari yang menepati selera sesuai untuk semua peringkat umur.
Perancangan syarikat untuk meluaskan lagi pasaran Royale Kukur ke seluruh dunia bagi memperkenalkan cendawan kukur sebagai cendawan Malaysia kerana ramai yang masih tidak mengenali keenakan dan kebaikannya. Pada masa yang sama, syarikat merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan, minuman serta kesihatan dan kecantikan berasaskan cendawan kukur
LIMA PRODUK ROYALE KUKUR
Royale Kukur Dendeng Kukur
Royale Kukur Masak Lemak Kukur
Royale Kukur Kari Kukur
Royale Kukur Sambal Hijau Kukur
Royale Kukur Creamy Soup Kukur
KHASIAT CENDAWAN KUKUR
Royale kukur berhasrat dapat mendidik masyarakat tentang pelbagai kelebihan dan kebaikan cendawan kukur yang bukan sahaja sedap dijadikan hidangan makanan, tetapi juga banyak khasiat untuk kesihatan. Cendawan kukur merupakan salah satu sumber keperluan tambahan untuk protein, tinggi anti-oksidan, kaya dengan vitamin B dan D serta dapat menguatkan sistem imun
TEKNOLOGI BONGKAH CENDAWAN KUKUR
Perancangan Royale Kukur pada pertengahan tahun 2022 adalah menyediakan Pusat Pengewapan Cendawan Kukur di Perlis dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM)
Royale Kukur melalui proses Retort iaitu proses dalam pembungkusan makanan diisi ke dalam pouch, ditutup, dan kemudian dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi, menjadikan produk steril secara komersialtanpa bahan tambahan dan pengawet. Produk Royale Kukur boleh bertahan sehingga 2 tahun.
Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd menerusi rangkaian jenama Royale Kukur dengan penghasilan produk berasaskan Cendawan Kukur atau lebih dikenali dengan nama Kulat Sisir merupakan syarikat pengeluar terulung dalam pasaran di Malaysia
SET ISTIMEWA RAMADAN X PUTRI NAJUWA
Dapatkan kesemua set Royale Kukur pada harga RM 150 sahaja. 5 perisa terdiri
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Royale Kukur bekerjasama dengan selebriti YM Tengku Putri Najuwa bagi mempromosikan produk royale kukur. Usahasama ini adalah atas dasar sokongan kekeluargaan selain menarik minat anak-anak muda untuk lebih mengenali kelebihan cendawan kukur.
Kerjasama ini sejajar dengan penghijrahan beliau dalam pemakaian hijab. Dengan populariti dan statusnya kini sebagai suri rumah, beliau lebih gemar memasak dan mengambil makanan berkhasiat serta menitikberatkan kecantikan luaran dan dalaman.
Ingat Cendawan Kukur, Ingat ROYALE KUKUR
ROYALE KUKUR | FACEBOOK | INSTAGRAM | SHOPEE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/04/royale-kukur-ready-to-eat.html