Royal Langkawi Yacht ClubSebelum kami check in tu Zumal berehat kat lobinya. Best sangat dekat sini sebab Royal Langkawi Yacht Club ini ada marinanya sendiri. Kita boleh tengok kapal-kapal layar keluar masuk dari marina dan ada yang berlabuh di Royal Langkawi Yacht Club ini
Kaunter Royal Langkawi Yacht Club
Di sinilah kapal-kapal layar berlabuhBila tengok kapal-kapal layar di depan mata ni mula la teringin nak ada sebuah. Berangan je lebih bukannya mampu pun. Lain la ada sponsor. Hikhik. Jom ikut Zumal masuk bilik. Korang boleh pilih nak bilik mengadap laut atau tak. Biasa la mengadap laut tu harganya lebih sikit tapi berbaloi





Ruang Sangat Selesa Untuk Menjamu Selera
Menu Sarapan Secara Buffet
Pelbagai Menu Disediakan
Dinner di Charlie's Bar & Grill
Dah jadi fevret
Coffee kat sini memang sedap
Crocodile Pizza pun adaKepada non-muslim tu, korang boleh la try Crocodile Pizza tu. Sahabat kita yang rasa tu katanya macam rasa ayam. Malam tu CEO Royal Langkawi Yacht Club belanja kami makan. Ada lagi menunya tak sempat ambil gambar dah masuk dalam perut
Ini pemandangan Royal Langkawi Yacht Club sebelah malam dari marinaDisebabkan Royal Langkawi Yacht Club ini terletak berhampiran Jeti Kuah, jadi banyak la lokasi boleh shopping.
Best sangat tidur sorang-sorang di atas tilam empukUntuk pengetahuan korang Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) ini mempunyai 44 buah bilik. Selain itu RLYC ini pernah memenangi Archipelago Awards. Ini bermakna RLYC ni bukan hotel sembarangan yer. Di sini juga terdapat kolam renang dan jacuzzi untuk kegunaan tetamu hotel|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |