Roti Jala Dan Kuah Durian Yang Sedap



Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog saya yang telah singgah di blog dan sudi klik iklan yang keluar di blog. Maklum tidak semua yang faham akan kepentingannya kepada tuan punya blog. Ada yang komplen katanya blog saya banyak iklan. 
Income dari iklan yang keluar di blog ini tidak sedikit sebanyak memberi motivasi untuk blogger seperti saya untuk terus menulis dan berkongsi resipi. OK setakat ini dahulu, semoga anda terus menyokong blog saya.
Kali ini saya nak bercerita bab durian kerana saya ingin kongsi resipi berkaitan dengan durian. Tahun ini langsung belum berpeluang makan durian musang King. Tapi yang bestnya, tahun ini saya dapat makan bermacam durian kampung yang sedap sedap semuanya. Semua durian kampung yang sedap di kebun sahabat kami di Segamat, di Bukit Gantang dan di Sg Petani. 
Ramai yang menulis durian di Batu Kurau yang sedap dan banyak buahnya musim ini. Seperti pucuk dicita ulam mendatang, bila ada sahabat yang menghantar. mesej menanya. kalau berminat untuk beli durian kampung dari Batu Kurau. 
Saya order dalam 4 bekas dengan harga RM150 lebih kurang. Sedap sangat sehingga hari hari makan. Rasa bersalah pulak maklumlah durian ni kandungan gula sangat tinggi. Jadi tidak boleh dimakan terlebih dalam satu masa. Cuma durian kampung isinya tidak tebal dan tidak terlalu bergas seperti durian musang king. 
Bila dah banyak stok durian di rumah, saya teringat untuk menyediakan kuah durian. Ya lah masakan ini hanya. dibuat di musim durian sahaja. Biasanya kuah durian sedap dimakan cicah roti sahaja. 
Tapi kali ini teringin nak makan dengan roti jala. Kebetulan pula, Juita WFH, jadi sebaik dia habis bekerja, saya minta dia tolong jalakan roti. Ngam ngam semuanya siap untuk dimakan berbuka puasa. Alhamdulilah. 

Hahaha puas hati bila dapat makan apa yang dihajati. Saya makan waktu berbuka dan keesokan paginya, tengok masih ada roti jala yang disimpan di bawah saji sahaja. 
Tapi masih kekal lembut walaupun di bahagian atas sedikit kering kerana tidak ditutup. Wallaa sedap sangat dapat makan pagi. Maklumlah bila berbuka, dah minum air segelas, terus dah rasa kenyang kan.  
Jom layan resipi dan cara saya menyediakan roti jala dan kuah durian. Selamat mencuba...

Roti JalaOleh: Azie Kitchen
Bahan kisar:3 cawan tepung gandum3 cawan air1 biji telur3 sudu besar minyak masak½ sudu kecil garamSedikit pewarna
Cara cara:Kisar semua bahan di atas. Tuang bahan kisar ke dalam bekas acuan roti jala lubang 5. Panaskan kuali dan dilenser sedikit minyak. 
Jalakan adunan tadi sehingga masak atas api kecil dan setelah tidak lagi nampak tepung, boleh terus angkat. 
Setelah selesai semuanya, boleh dilipat kiri dan kanan ke tengah. Kemudian dari bawah dilipat separuh ke tengah. Akhir sekali digulung padat dan kemas. 

Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau kuah durian mengikut mana mana yang disukai.

Kuah Durian12 ulas isi durian1 ketul gula melaka - 70 gram
½ cawan gula 
 2 helai daun pandan
 200 ml santan kotak
 2 kotak air atau secukupnya
 ½ sudu kecil garam
Cara cara:Masukkan isi durian, santan, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.

Selepas itu, masukkan gula pasir, gula melaka dan garam. Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati.
Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidang.

Nota:Ada orang yang akan mengambil hanya isi durian tapi saya masukkan sekali dengan biji. Ikutlah cara mana yang disukai. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/07/roti-jala-dan-kuah-durian-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Cucur Durian Yang Sangat Sedap Untuk Minum Petang Confirm Anak Anak Suka

Resepi Cucur Durian Yang Sangat Sedap Untuk Minum Petang Confirm Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 281 hits
Sempena musim doyan ni macam macam lah menu boleh kita buat sambil beraksi di dapur tau Contohnya buah durian yang mengkal sedikit usahlah dibuang Masih boleh dijadikan bahan asas masak cucur durian tau Bahan bahan 10 ulas isi Durian 2 cawa...
Roti Telur Berlada Simple Tapi Sedap

Roti Telur Berlada Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 450 hits
Roti telur berlada nak lagi pedas tabur lagi lebih cili padi dalam bancuhan telur Kalau korang nak tambah daun sup dengan bawang merah pun boleh Ikut kreativiti masing masing Penafian Gambar artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ...
Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap Juicy Memang Puas Makan

Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap Juicy Memang Puas Makan

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 257 hits
Sate Ayam ni merupakan salah satu hidangan yang jadi kegemaran ramai Jika keluarga besar dan ramai sangat berbaloi andai dihasilkan sendiri Risau hasilnya tak sedap Jangan khuatir boleh cuba resipi perkongsian Kiran Kiran ni Sangat mudah da...
Coklat Bubble Rice Ni Rangup Sedap Gerenti Jadi Rebutan

Coklat Bubble Rice Ni Rangup Sedap Gerenti Jadi Rebutan

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 200 hits
Apa kudapan yang mudah dan sedap nak buat ni Puas fikir akhirnya kita buat coklat bubble rice Gerenti bukan hanya kita yang suka gerenti jadi rebutan semua Sambil berborak sambil makan tanpa sedar habis jua sebalang Ikut resipi yang dikongs...
Sedap Tapi Nyeri

Sedap Tapi Nyeri

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 306 hits
LEDAKAN DARI DASAR LAUT GEGER TIBA TBA
Gulai Udang Stail Original Kelantan Yang Sedap

Gulai Udang Stail Original Kelantan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum semua Apa khabar Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam Setiap hari kita belajar hatta proses pembelajaran berterusan sehingga kita meninggal dunia Begitulah juga dengan ilmu agama dan dunia Sekarang kit aboleh melih...
Koleksi Dessert Bayi Sedap Simple Confirm Licin Anak Makan

Koleksi Dessert Bayi Sedap Simple Confirm Licin Anak Makan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 267 hits
Apabila bayi dah berusia 7 bulan ke atas ibu boleh pelbagaikan makanan untuk bayi Bubur nasi pasta makanan jejari pencuci mulut dah boleh diberikan mengikut usia anak Sekurang kurangnya anak tak jemu makan makanan yang sama Dengan cara memp...
Kek Raya Lagi Sedap Tambah Santan Kek Marble Bersantan Air Tangan Azlina Ina Ni Paling Senang

Kek Raya Lagi Sedap Tambah Santan Kek Marble Bersantan Air Tangan Azlina Ina Ni Paling Senang

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 254 hits
Kek raya dengan santan Macam mana tu Bosan dengan kek marble biasa apa kata kali ini ada ubah pula dengan kek marble bersantan air tangan cikgu yang cukup popular di media sosial Bukan sahaja sedap dan berlemak bahkan paling mudah hendak di...
15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba

15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 545 hits
15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba Salam semua bukan selalu sangat nak masak daging Daging pun mahal sekilo kalau yang daging tempatan Sis kalau masak daging kadang kadang asyik ulang menu sama Biasa kat rumah nak buat pel...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Tahniah Dan Terima Kasih

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Harimau Merah Intrik Dalaman

Elderly Support Building A Caring Future Today

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna

Agar Agar Marble

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Remaja 13 Tahun Seronok Jadi Superman Dikejar Polis

1 Bilion Dah Guna Meta Ai Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna