Rosmah Arah Peguam Kemuka Soalan Peribadi Kepada Saksi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor agar tidak mengemukakan soalan bersifat peribadi secara mendalam kepada saksi keenam pendakwaan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendengar beberapa soalan daripada peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang dikemukakan kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, 63.

Loading… Terdahulu, Akberdin menyoal Madinah mengenai keakraban dan perbualan beliau dengan isteri bekas perdana menteri itu semasa satu lawatan rasmi ke Los Angeles beberapa tahun lepas.
“Saya mendapat arahan daripada anak guam saya untuk bertanyakan soalan ini kepada Tan Sri,” katanya.
Mohamed Zaini kemudian mencelah dan bertanyakan kerelevanan soalan yang dikemukakan kepada Madinah tetapi Akberdin memaklumkan bahawa beliau akan menjelaskan perkara itu kemudian.
Peguam itu kemudian terus menyoal saksi secara terperinci mengenai perbualannya dengan Rosmah dan berkata bahawa beliau tidak berniat untuk memalukan Madinah tetapi terpaksa mengemukakan soalan tersebut berdasarkan arahan anak guamnya.
Pada peringkat ini, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah dengan menyatakan bahawa Akberdin sedang memalukan Madinah dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib turut mengemukakan bantahan berhubung perkara itu.
Merujuk beberapa seksyen dalam Akta Keterangan, Ahmad Akram meminta hakim melarang sebarang soalan yang berniat untuk memalukan dan tidak relevan dengan pertuduhan terhadap Rosmah.
Bagaimanapun, Akberdin mempertahankan soalan-soalan itu atas alasan bahawa beliau hanya ingin menunjukkan bahawa hubungan Madinah dan Rosmah adalah rapat.
Mohamed Zaini menyarankan agar Akberdin mengubah soalan dan mengingatkan beliau untuk tidak menyoal saksi terlalu mendalam.
Hakim itu juga memerintahkan agar soalan bersifat peribadi yang dikemukakan Akberdin sebelum ini dipadam dan mengarahkan petugas media untuk tidak melaporkannya.
Akberdin mengubah soalan dan bertanya sama ada Madinah pernah membincangkan masalah peribadinya dengan Rosmah dan saksi itu menjawab ya.
Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor, sebagai pertukaran bagi membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tiga lokasi iaitu Lygon Cafe di Sunway Putra Mall, Jalan Putra di Kuala Lumpur; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di Kuala Lumpur dan Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Precinct 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Terdahulu, ketika disoal Akberdin mengapa beliau tidak mengambil inisiatif membuat temu janji untuk berjumpa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjelaskan sebab projek solar hibrid tidak patut dilaksanakan, Madinah yang bersara pada 2 Sept 2016, berkata beliau tidak dapat berbuat demikian ketika itu.
Akberdin: Lepas itu kamu ada cuba lagi berjumpa (bekas) perdana menteri dan kamu kena jumpa sampai kamu dapat jumpa beliau.
Madinah: Sebagai penjawat awam, KSU (Ketua Setiausaha Negara) dan pegawai pengawal kita ada hierarki. Saya telah maklumkan menteri (bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid) perkara-perkara yang menyukarkan pelaksanaan projek solar itu dan menteri maklumkan akan sampaikan isu-isu berkenaan kepada perdana menteri, jadi bukanlah tempat saya untuk melangkau menteri dengan berjumpa perdana menteri.
Akberdin: Saya cadangkan walaupun (bekas) perdana menteri keluarkan dua minit mengarahkan pelaksanaan projek solar itu, tetapi sebagai pegawai pengawal anda tidak perlu mematuhinya sebab arahan itu tidak betul.
Madinah: Dalam keadaan ini, tidak betul.
Perbicaraan bersambung esok.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/rosmah-arah-peguam-kemuka-soalan-peribadi-kepada-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menuju Ke Arah Negara Pengganas Peguam Negara Perlu Bertangungjawab

Menuju Ke Arah Negara Pengganas Peguam Negara Perlu Bertangungjawab

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 557 hits
Satu kumpulan yang mewakili individu yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam mendesak Peguam Negara Tommy Thomas supaya menarik balik kes mereka Pemimpin D...
Peguam Rosmah Su Umno Pekan Dapat Komisen Rm1 5 Juta

Peguam Rosmah Su Umno Pekan Dapat Komisen Rm1 5 Juta

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 382 hits
Perbicaraan kes rasuah terhadap Rosmah Mansor bekas isteri perdana menteri Najib Razak pagi ini menyaksikan tuduhan rasuah membabitkan ahli politik berkaitan dengan projek bernilai RM1 25 bilion untuk membekalkan sistem hibrid solar ke seko...
Rosmah Arah Bawa Duit Dalam 2 Bag Sekolah

Rosmah Arah Bawa Duit Dalam 2 Bag Sekolah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 338 hits
Hamsina HamzahROSMAH arah menteri percepatkan proses kelulusan projek solar hibrid bernilai RM1 25 bilion kepada Jepak Holdings SIAPA ROSMAH sebenarnya spt ada kuasa utk menentukan perjalanan atau keputusan projek kerajaan SIAPA PERDANA MEN...
Pkr Kemuka Anwar Sebagai Pm Ke 8

Pkr Kemuka Anwar Sebagai Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 240 hits
Suraya Roslan dan Mohd Nasaruddin Parzidan Muhammad Yusri Muzamiram hmetro com myANWAR bersama Wan Azizah keluar selepas menghadap Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara Kuala Lumpur FOTO AIZUDDIN SAADSPEKULASI siapa Perdana Menteri terus m...
Pemecatan Tidak Sah Lokman Rujuk Peguam

Pemecatan Tidak Sah Lokman Rujuk Peguam

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 328 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendakwa pemecatannya dari parti itu sebagai tidak sah Memetik laporan Awani Lokman berkata beliau hanya dimaklumkan berita pemecatan itu oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang menghadiri me...
Didakwa Galakkan Bunuh Diri Peguam Ini Pertahan Persembahan Aina Abdul Di Pentas Ajl

Didakwa Galakkan Bunuh Diri Peguam Ini Pertahan Persembahan Aina Abdul Di Pentas Ajl

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 465 hits
Siapa yang menonton persembahan penyanyi Aina Abdul yang mendendang lagu bertajuk Sumpah pasti ramai yang sudah mengikuti kisah yang berlaku Bahkan ada sesetengah individu mendakwa ianya menarik perhatian pesakit mental untuk bertindak di l...
Parang Atas Kereta Peguam

Parang Atas Kereta Peguam

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 387 hits
Kereta milik seorang peguam dibaling dengan sebilah parang panjang oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di kawasan parkir kereta pekarangan Mahkamah Jalan Duta di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmuga...
Pegawai Kesihatan Daerah Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu

Pegawai Kesihatan Daerah Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 906 hits
SEORANG pegawai kesihatan daerah dan penolong akauntan didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini masing masing atas 49 pertuduhan kerana mengemukakan baucar bayaran mengandungi butiran palsu berjumlah RM807 816 27 serta bersubahat ...
Protected Soalan Cuti Sekolah Tahun 4

Protected Soalan Cuti Sekolah Tahun 4

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 301 hits
There is no excerpt because this is a protected post
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur