Ron 95 Atau Ron 97 Mana Satu Lebih Bagus
Persoalan yang biasa kita fikir, nak isi minyak apa? Ada orang kata:"minyak RON97 lagi power, lagi jimat minyak, kalau isi RON95 nanti enjin rosak"Betul ke
Jawapannya, Ya...dan tidak
Jangan terlalu percaya pada kata-kata mereka yang suruh isi RON97 tanpa mengkaji apa kesannya
Jadi, minyak jenis apa yang saya perlu isi
Pertama sekali kita perlu tahu dan faham macam mana enjin berfungsi:
Ini adalah contoh enjin jenis 4 stroke, enjin yang biasa ada dalam kereta, lori, bas. 4 stroke ini bermaksud enjin akan melakukan 4 perkara iaitu:1. Intake - udara yang bercampur dengan bahan api dimasukkan kedalam silinder2. Compression - campuran udara dimampatkan3. Combustion - spark plug akan hasilkan percikan api dan membakar campuran udara tersebut, letupan yang terhasil menolak piston ke bawah4. Exhaust - hasil pembakaran dibawa keluar dan proses ini diulang semulaSeterusnya, kita perlu tahu apa itu RONRON adalah singkatan untuk Research Octane Number
Struktur Oktana
Octane atau Oktana adalah satu kompaun hidrokarbon yang mengandungi 8 atom Karbon (octa = 8) dan kompaun ini menjadi penanda aras atau benchmark untuk mengukur sejauh mana minyak boleh dimampatkan sebelum terbakar
Sebagai contoh, minyak RON 95 mempunyai ciri-ciri kemampatan 95% sepertimana oktana dimampat
Kalau kamu semua macam pening je baca, senang kata semakin tinggi nombor RON tu, semakin tahan minyak itu kepada mampatan sebelum ia terbakar. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang RON, nantikan post seterusnya
Jadi, saya nak kena isi RON95 ke RON97? ke RON100?Sebelum mengisi minyak, kita kena rujuk buku manual kenderaan masing-masing, kita perlu cari apa nisbah mampatan (compression ratio) enjin tu, sebagai contoh Perodua Myvi punya compression ratio adalah 10:1, jadi sesuailah kalau guna RON95. Misalkata kalau kamu ada Mercedes-Benz S350 BlueEfficiency, compression ratio untuk enjinnya pula 12:1, jadi eloklah guna RON97
Apa jadi kalau kereta yang sepatutnya guna RON97 tapi saya isi RON95 dan ke bawah?
Sampai sini, ceritanya agak rumit sedikit
Enjin yang memerlukan minyak gred lebih daripada RON95 adalah enjin yang mempunyai daya mampatan yang tinggi,kita rujuk balik animasi yang atas sekali, kita tengok proses pembakaran atau combustion berlaku bila piston berada di atas sekali
Tapi, bila misalnya kita isi minyak RON95 pada kereta yang sepatutnya menggunakan RON97, belum sempat piston tu sampai ke atas, pembakaran dah berlaku, ini adalah keadaan dinamakan knocking.
Benda ni akan jejaskan prestasi enjin, dan berpotensi merosakkan enjin, jadi ada betulnya ayat di atas tu, kalau silap isi memang lama-lama akan rosak enjin
Kesimpulan?Sebelum kita isi minyak, kita perlu tahu compression ratio kereta kita berapa atau fuel recommendation. Maklumat-maklumat ini boleh didapati dalam manual pengguna, atau Google je
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/ron-95-atau-ron-97-mana-satu-lebih-bagus.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29