Rombak Segera Kabinet Untuk Selamatkan Ekonomi Negara


Manzaidi Mohd Amin Mazli Noor
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa mengambil tindakan tegas dan segera bagi meleraikan ketidaktentuan yang melanda pasaran Malaysia sekarang.

Tegas Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan Pas Pusat, Mazli Noor, ketidaktentuan itu semakin meningkat susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Tanjung Piai Sabtu lalu, yang menjejaskan keyakinan pelabur kepada pasaran negara.

Justeru, kata beliau, pihaknya mencadangkan Dr. Mahathir mempertimbangkan beberapa langkah bagi menyelamatkan pasaran Malaysia, seperti menyegerakan rombakan kabinet bagi membolehkan pasukan yang lebih berkeupayaan untuk menguruskan ekonomi dan pasaran negara menjalankan tugas.

“Ini penting kerana hanya pasukan jemaah menteri yang mampu sahaja perlu diamanahkan bagi membetulkan semula pasaran, seterusnya menyelesaikan ketidaktentuan dan ketidakyakinan yang melanda Malaysia.

“Ini hanya boleh dilakukan oleh jemaah menteri yang berkaliber, berpengetahuan dan profesional, faham selok belok ekonomi makro dan pasaran untuk membetulkan senario semasa ini.

“Untuk tujuan ini, pakar teknokrat juga perlu dipertimbangkan dan dilantik sebagai menteri sekiranya layak dan tidak terhad di kalangan Ahli-ahli Parlimen sedia ada sahaja,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau juga mencadangkan Dr. Mahathir mengambil keputusan tegas, sama ada akan terus kekal sebagai perdana menteri atau tidak.

Kata Mazli, bagi pihak pasaran, persoalan siapa yang menjadi perdana menteri adalah pertikaian politik yang di luar bidang mereka.

Namun mereka perlukan ketentuan dan kepastian siapakah calon yang akan menerajui Malaysia untuk bergerak ke hadapan.

“Sekiranya Dr. Mahathir merasakan beliau masih perlu untuk menerajui kerajaan, nyatakan sekarang supaya semua ketidaktentuan yang menghantui pasaran ketika ini dapat dilenyapkan.

“Sebaliknya juga sekiranya ada calon lain yang beliau rasakan layak sebagai pengganti, harus dilakukan peralihan segera,” katanya.

Beliau memberitahu, langkah seterusnya yang perlu dipertimbang oleh Dr. Mahathir ialah menggerakkan segera inisiatif bagi merangka strategi jangka pendek dan panjang untuk merencanakan semula ekonomi Malaysia.

“Sebagaimana ulasan kami berhubung Belanjawan 2020 yang lalu, perlu ada inisiatif strategik baharu bagi memacu dan mentransformasikan model ekonomi Malaysia yang masih terperangkap dalam kerangka lama yang bergantung kepada input modal.

“Model ekonomi sekarang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah utama yang masih membelenggu rakyat dan negara iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan,” katanya.

Beliau menjelaskan, mengikut maklumat dari MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research, sehingga 18 November lalu, pelabur asing telah mengeluarkan sebanyak RM8.98 billion dana daripada pasaran ekuiti Malaysia.

Keterlibatan pelabur asing juga, tegas Mazli, merosot daripada kadar purata normal 30 peratus kepada purata harian sebanyak 13.6 peratus.

“Ini amat membimbangkan dari segi daya saing pasaran Malaysia dan keyakinan pelabur,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/rombak-segera-kabinet-untuk-selamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Segera Rombak Kabinet Kata Penganalisis Politik

Segera Rombak Kabinet Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 564 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera melakukan rombakan Kabinet bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Penganalisis politik dari Kolej Undang undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Univer...
Anwar Perlu Berada Dalam Kabinet Segera

Anwar Perlu Berada Dalam Kabinet Segera

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 476 hits
STOP PRESSDENGAN mengambil kira apa yang diucapkan oleh Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad tidak ada sesuatu yang mustahil boleh berlaku termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim dibawa masuk ke dalam kabinet dalam masa terdekat Apa yang berlaku it...
Nor Salwani Muhammad Hero Selamatkan Negara

Nor Salwani Muhammad Hero Selamatkan Negara

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 623 hits
INI lah wajah HERO negara Nor Salwani Muhammad Selayaknya Nor Salwani diberi ANUGERAH perkhidmatan cemerlang oleh Ketua Setiausaha Negara Atau apa apa ANUGERAH yang dirasakan sesuai Mungkin juga TOKOH MAAL HIJRAH Ahli ahli politik perlu bac...
Huru Hara Dalam Ph Juga Punca Pm Mahu Rombak Kabinet

Huru Hara Dalam Ph Juga Punca Pm Mahu Rombak Kabinet

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 329 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Kecelaruan dalaman Pakatan Harapan yang semakin tidak boleh dibendung ketika ini menjadi satu salah satu faktor mendorong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbangkan desakan mela...
Selamatkan Aset Negara Dpr Wacanakan Aturan Penyadapan Pasca Putusan Pengadilan

Selamatkan Aset Negara Dpr Wacanakan Aturan Penyadapan Pasca Putusan Pengadilan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 256 hits
Ketua Baleg Supratman Andi Agtas menuturkan pihaknya ingin membuat penyadapan bisa dilakukan meskipun perkara korupsi sudah berkekuatan hukum tetap Sehingga aset negara yang dikorupsi bisa tetap ditemukan
Bertindak Segera Sebelum Malaysia Jadi Negara Komunis

Bertindak Segera Sebelum Malaysia Jadi Negara Komunis

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 455 hits
Cuba ultra kiasu terbalikkan bendera China mesti tak balik ke tanah air SEJAK ultra kiasu memerintah saban hari ada sahaja berita atau isu yang menakutkan dan mengejutkan berlaku yang juga bertentangan sama sekali dengan pembinaan negara ba...
Tun M Perlu Berani Rombak Kabinet Kata Rais

Tun M Perlu Berani Rombak Kabinet Kata Rais

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 311 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berani membuat rombakan Kabinet sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat selepas Pakatan Harapan tewas pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Ma...
Wajar Rombak Kabinet Mb Kelantan

Wajar Rombak Kabinet Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 297 hits
Muhamaad Razis Ismail PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad wajar membuat rombakan Kabinet berikutan kekalahan besar pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai baru baru ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kekalahan pa...
Rombak Kabinet Cepat M Kewaangan Tak Perlu Kekal

Rombak Kabinet Cepat M Kewaangan Tak Perlu Kekal

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 278 hits
Rombak Kabinet PAS sokong PMKL PAS menyokong pertimbangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merombak Kabinet secepat mungkin Ahli Parlimen Kubang Kerian Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menteri yang sepatutnya dirombak ialah M...
Madani Kiosk With 100 Govt Services To Set Up In One Utama

Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Is The Law And Order System Waning

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Shipowners File Police Report After Vehicles Stolen From Storage Facility

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iftar Kayangan At Geo Resort Hotel Genting Highlands A Heavenly Feast In The Chilly Highlands Ramadan Buffet 2025

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Ziell Ferdian Namun Semu Chord

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Jemputlah Aku Disaat Aku Sedang Beribadah Kepada Mu

Eur Usd 13 Mac Pergerakan Menaik Letih Bermain Mengikut Rentak Trump