Roche Cares Dana Kebajikan Terapi Sasaran
Hi Korang,
Pesakit kanser payudara dari kumpulan berpendapatan rendah yang memerlukan terapi yang disasarkan untuk keadaan mereka kini boleh mendapat akses yang berpatutan untuk rawatan tersebut. Roche Malaysia dan Hospital Beacon, hospital pakar kanser terkemuka di Malaysia, melancarkan Dana Kebajikan Terapi Sasaran hari ini, untuk membantu mengurangkan beban kewangan pesakit kanser payudara.
Inisiatif tanggungjawab korporat ini menyediakan pesakit kanser payudara positif HER2 yang layak dengan ubat-ubatan yang disasarkan pada kos yang lebih rendah. Kanser HER2 positif adalah jenis kanser payudara yang agresif yang tumbuh dan berkembang pesat dengan cepat, dan menjejaskan 1 dalam setiap 5 pesakit kanser payudara di seluruh dunia 1. Rawatan anti HER2 untuk pesakit terbukti dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan hasil bagi pesakit dengan kanser payudara HER2+ peringkat awal dan akhir. Di sektor swasta, harganya kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 atau lebih untuk setiap rawatan. Pesakit mungkin memerlukan sehingga 18 suntikan untuk rawatan yang lengkap. Ini setentunya akan membantu untuk mengurangkan beban kewangan ramai pesakit yang memerlukan ubat yang penting ini. Pesakit berisiko tinggi yang tidak mendapatkan rawatan ini akan menyebabkan relaps atau kambuh yang lebih awal atau kematian pramatang.
(L-R): Victor Chia, Chief Executive Director at Beacon Hospital; Lance Duan, General Manager of Roche Malaysia; Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, the Minister of Health Malaysia; Dato’ Dr. Mohd. Ibrahim Wahid, Medical Director and Consultant Clinical Oncologist at Beacon Hospital
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan, memuji kedua-dua organisasi dalam melancarkan dana kebajikan. "Kerajaan memahami nasib wanita yang mempunyai kanser payudara daripada golongan pendapatan rendah dan ketahui ada lebih banyak yang boleh diusahakan. Walaupun kita telah memperuntukkan belanjawan untuk menyokong kumpulan ini, sektor swasta juga boleh melakukan lebih banyak bagi merapatkan jurang untuk wanita-wanita ini. Oleh itu, saya memuji mereka yang berada dalam sektor swasta yang membantu mereka. Saya berharap perkongsian antara Roche Malaysia dan Hospital Beacon akan menjadi inisiatif tanggungjawab korporat yang seterusnya dapat diteladani oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan organisasi penjagaan kesihatan yang lain."
Dato' Dr. Ibrahim Wahid, Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Beacon berkata bahawa kanser payudara merupakan kanser paling biasa menjejaskan wanita Malaysia, merawat penyakit itu tetap menjadi cabaran utama bagi sektor penjagaan kesihatan. Katanya lagi, "Satu lagi isu yang selalu kita hadapi ketika menjaga pesakit adalah cabaran kewangan mereka. Walaupun kanser payudara boleh dirawat, pesakit tidak dapat mengakses rawatan yang diperlukan kerana kemampuannya. Membantu meringankan beban kewangan pesakit kanser bukan sesuatu yang asing buat Hospital Beacon. Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk menyumbang kepada komuniti, Hospital Beacon telah melancarkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Beacon pada tahun 2011. "
"Sejak program ini diperkenalkan, pelbagai aktiviti CSR telah dilaksanakan, termasuk Dana Kebajikan Radioterapi, Tabung Kebajikan Kemoterapi Kanser Payudara dan Klinik Kanser Percuma. Setakat ini, jumlah yang besar iaitu sebanyak RM12 juta berjaya disalurkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan. Kerjasama kami dengan Roche Malaysia membolehkan kami memperluaskan usaha tanggungjawab korporat kepada pesakit kanser payudara yang kurang bernasib baik dan seterusnya merapatkan jurang akses ini kepada pesakit, terutamanya kepada rawatan yang inovatif," kata Dato' Dr. Ibrahim.
(L-R): Lance Duan, General Manager of Roche Malaysia; Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, the Minister of Health Malaysia; Dato’ Dr. Mohd. Ibrahim Wahid, Medical Director and Consultant Clinical Oncologist at Beacon Hospital; Victor Chia, Chief Executive Director at Beacon Hospital;
Dana terapi yang disasarkan disediakan untuk pesakit Malaysia, di seluruh negara, terutamanya bagi mereka yang telah menghabiskan sumber kewangan mereka atau mempunyai perlindungan insurans yang tidak mencukupi. Melalui program ini, pesakit hanya perlu membayar kurang daripada RM3,000 setiap kitaran, dengan itu ia mengurangkan kos dengan ketara. Semua pemohon perlu menjalani proses temuduga dan penilaian yang mungkin mengambil masa sehingga 3 hari sebelum mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Beacon.
"Klinik Penjagaan Payudara Beacon menyediakan semua perkhidmatan penjagaan payudara, diketuai oleh satu pasukan profesional pelbagai disiplin yang terdiri daripada ahli onkologi yang berpengalaman, pakar bedah payudara, pakar bedah plastik dan rekonstruktif, ahli radiologi, jururawat penjagaan payudara dan kakitangan sokongan di bawah satu bumbung. Di Beacon, kami memahami perasaan kerisauan pesakit dan matlamat kami ialah menyediakan pesakit dengan penyiasatan segera, mengurangkan masa menunggu mereka dengan diagnosis awal dan tepat serta akses kepada rawatan terbaru," tambah Dato' Dr. Ibrahim.
Lance Duan, Pengurus Besar Roche Malaysia berkata kanser mempunyai kesan besar terhadap kesejahteraan kewangan pesakit. "Kanser boleh menjadi punca utama kesulitan kewangan untuk pesakit. Kajian ACTION (Kos dalam Onkologi ASEAN) yang menilai kesan kanser terhadap kesejahteraan ekonomi isi rumah, kelangsungan hidup dan kualiti hidup di lapan negara ASEAN termasuk Malaysia, menunjukkan bahawa lebih daripada 75% pesakit kanser di Asia Tenggara mengalami kematian atau malapetaka kewangan 1 tahun selepas diagnosis2. Kajian itu juga mendapati pesakit yang berpendapatan rendah akan lebih mudah menghadapi malapetaka kewangan atau kematian2." katanya.
Untuk membantu kumpulan pesakit ini, Roche telah memulakan 'Roche Cares' – model pembayaran bersama yang melibatkan Roche, pesakit dan pembiaya (contohnya penjagaan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan, perbadanan kebajikan, dan lain-lain) untuk mengurangkan masalah kewangan pesakit dalam akses kepada rawatan inovatif. Model pembayaran bersama ‘Roche Cares’ telah direalisasikan hari ini dengan Hospital Beacon di bawah Dana Kebajikan Terapi Sasaran.
"Roche memahami keperluan penjagaan kesihatan pesakit tempatan, dan memulakan pendekatan kolaborasi perkongsian awam-swasta untuk membawa dan memberikan penyelesaian yang inovatif, sambil meningkatkan akses pesakit ke ubat-ubatan kami. Pendekatan ini sejajar dengan pelancaran dana kebajikan hari ini, dan kami berharap pada masa akan datang, untuk mengikut model ini dengan pembiaya lain, serta pihak kerajaan. Di samping itu, kami mempunyai rancangan untuk memperluaskan program ini untuk bidang terapeutik lain, selain daripada kanser payudara, dan menjadikannya berlestari untuk pesakit. "
Dana Kebajikan Terapi Sasaran untuk Kanser Payudara adalah program Tanggungjawab Korporat (CR) yang dimulakan oleh Hospital Beacon dan Roche Malaysia. Di bawah program ini, pesakit kanser payudara yang layak di bawah terapi adjuvan diberi akses kepada terapi yang disasarkan (sehingga 18 kitaran) pada kadar subsidi. Untuk maklumat lanjut mengenai dana kebajikan ini, sila hubungi Jabatan CSR Hospital Beacon, 03 - 7620 7979 atau 011 - 1090 6588.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2019/01/roche-cares-dana-kebajikan-terapi.html