Rm600 Billion Sany Desak Kerajaan Tubuh Rci Siasat Perbelanjaan Dana Tersebut




Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Pengarah Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara, Sany Hamzan berkata, ini bagi mengetahui tujuan perbelanjaan  daripada dana kecemasan RM600 bilion ketika tempoh darurat. 
“Jumlah itu sangat besar, jadi kita gesa RCI ditubuhkan untuk menyiasat ke mana wang itu dibelanjakan semasa pemerintahan Muhyiddin. 
“Itu wang rakyat, jadi kita perlu tahu ke mana wang yang tidak audit itu, kita gesa polis siasat perkara ini,” kata beliau di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. 
Terdahulu, Biro Mobilisasi Pakatan Harapan membuat empat laporan polis iaitu berkaitan posting Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Facebook miliknya yang didakwa menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Laporan polis turut dibuat  berhubung  rakaman audio mirip suara didakwa sebagai Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengatakan kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama. 
Dua lagi laporan turut dibuat terhadap Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad yang mendakwa pelantikan Anwar bagi mengelakkan tindakan dari Israel dan laporan polis  ke atas calon Perikatan Nasional bagi Padang Serai, Datuk Azman Nasarudin yang mendakwa kerajaan perpaduan yang dibentuk ketika ini adalah kerajaan zina. 
Menurut Sany, pihaknya akan turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kecurigaan perbelanjaan dana RM600 bilion tersebut dalam masa terdekat ini

Semalam, polis membuka siasatan terhadap Hassan selepas menerima laporan polis yang membuat dakwaan Anwar adalah ejen Israel. 
Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin dilaporkan berkata, kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. 
“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya,” kata Noorsiah. 
Hassan turut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menghantar mesej dan gambar berunsur fitnah melalui akaun Facebooknya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahannya dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 
– UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/11/rm600-billion-sany-desak-kerajaan-tubuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Amanah Gesa Tubuh Rci Siasat Perbelanjaan Rm600 Bilion

Pemimpin Umno Amanah Gesa Tubuh Rci Siasat Perbelanjaan Rm600 Bilion

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 149 hits
ROMPIN Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin Dia yang juga Ketua Pener...
Pakatan Harapan Wants Rci Set Up To Investigate The Stolen Rm600 Billion

Pakatan Harapan Wants Rci Set Up To Investigate The Stolen Rm600 Billion

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 243 hits
Mohd Sany who is also Hulu Langat MP proposed that a Royal Commission of Inquiry be established to investigate the alleged embezzlement of allocations amounting to RM600 billion during the Covid 19 pandemic two years ago Parti Amanah Negara...
Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Pembelian Vaksin Covid 19 Berita Harian 26 11 2022

Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Pembelian Vaksin Covid 19 Berita Harian 26 11 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID 19 yang dikatakan didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu Ket...
Pemimpin Umno Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Perikatan Nasional Muhyiddin Yang Didakwa Berbelanja Mewah Ketika Pru

Pemimpin Umno Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Perikatan Nasional Muhyiddin Yang Didakwa Berbelanja Mewah Ketika Pru

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 488 hits
Pemimpin UMNO gesa SPRM siasat sumber dana Perikatan Nasional Muhyiddin yang didakwa berbelanja mewah ketika PRUDitubuhkan pada Februari 2020 namun perbelanjaan gabungan politik Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang didakwa t...
Lagi Pemimpin Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Muhyiddin

Lagi Pemimpin Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 144 hits
MalaysiakiniAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya menyiasat Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berhubung sumber dana parti gabungnya Dalam satu hantaran di Face...
Biar Pn Ph Tubuh Kerajaan Bn Jadi Pembangkang Kata Tok Mat

Biar Pn Ph Tubuh Kerajaan Bn Jadi Pembangkang Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 279 hits
TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung untuk membentuk kerajaan baharu kerana mereka gabungan yang mendapat banyak kerusi Katanya rakyat sudah menolak Barisan Nasional dan ia se
Tok Mat Cadang Pn Ph Gabung Tubuh Kerajaan

Tok Mat Cadang Pn Ph Gabung Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 172 hits
PETALING JAYA Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Beliau berkata BN sedia menjadi pembangkang untuk semak dan imbang
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pallas Kasut Sekolah Pilihan Dari Dulu

Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman