Rm50 Juta Pulau Pinang Tidak Akan Bayar




GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan tidak akan membayar tuntutan RM50 juta caj sumber air mentah setahun seperti dibangkitkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor semalam.

 
Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, ini kerana penggunaan air oleh Pulau Pinang dari sungai khususnya di kawasan sempadan negeri ini adalah sejajar dengan hak dan undang-undang antarabangsa.

 
Dalam masa sama, beliau menyokong usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk menuntut pampasan daripada kerajaan Pusat kerana menggazetkan Hutan Simpan Kekal Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air sekali gus tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

 
Jelas beliau, keputusan Kerajaan Negeri Kedah menggazetkan hutan itu dapat memastikan tiga negeri di wilayah utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mendapat bekalan air.

 
“Kita tidak akan bayar (RM50) juta seperti diminta Kedah kerana kita guna air dari Sungai Muda di bahagian Pulau Pinang dan sejajar dengan hak antarabangsa tentang air dan undang-undang negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 
Beliau mengulas mengenai kenyataan Muhammad Sanusi yang menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun sebelum mencampuri urusan berkaitan sumber air di negeri berkenaan.

 

Menurut Muhammad Sanusi, Kerajaan Negeri Kedah sudah banyak kali menghantar surat untuk meminta bayaran berkenaan kepada PBAPP sejak 2010, namun tiada sebarang jawapan mahupun bayaran dilakukan.

 
Tuntutan Muhammad Sanusi itu dibangkitkan sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa yang menggesa Kerajaan Negeri Kedah menghentikan hasrat melombong mineral nadir bumi (REE) di Sik dan Ulu Muda, Baling.

 
Dalam pada itu, Kon Yeow turut menyifatkan tuntutan Kerajaan Negeri Kedah terhadap Pulau Pinang tersebut adalah tidak berasas sebaliknya perlu dibuat kepada kerajaan Pusat khususnya berkaitan soal pampasan.

 
Malah kata beliau, isu itu juga sepatutnya dibincangkan di peringkat Persekutuan khususnya melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Majlis Air Negara.

 
“Isu ini juga saya bangkitkan dalam pertemuan dengan Menteri Alam Sekitar dan Air (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) pada Oktober lalu selain isu bekalan air dari Perak ke Pulau Pinang.

 
“Sepatutnya inilah platform yang sewajarnya digunakan untuk menangani isu-isu melibatkan negeri-negeri,” katanya.

 
 – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/rm50-juta-pulau-pinang-tidak-akan-bayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sila Bayar Rm50 Juta Setahun Sebelum Komen Mb Kedah

Video Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sila Bayar Rm50 Juta Setahun Sebelum Komen Mb Kedah

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 321 hits
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dituntut membayar RM50 juta setahun kepada kerajaan Kedah bagi caj air mentah dari negeri ini sebelum mengeluarkan sebarang maklum balas tentang bekalan air di Kawasan Ulu Muda Menteri Besar Kedah Muhamma...
Bayar Rm50 Juta Untuk Air Kami Baru Bincang Nadir Bumi Kata Mb Kedah Kepada P Pinang

Bayar Rm50 Juta Untuk Air Kami Baru Bincang Nadir Bumi Kata Mb Kedah Kepada P Pinang

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 318 hits
Bayar RM50 juta untuk air kami baru bincang nadir bumi kata MB Kedah kepada P Pinang Semua hal berkaitan tanah dan perlombongan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri tegas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor
Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Sejuk Beku Bernilai Lebih Rm1 Juta

Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Sejuk Beku Bernilai Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 399 hits
BUTTERWORTH Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pulau Pinang merampas 83 988 kilogram daging kerbau sejuk beku dari India bernilai lebih RM1 juta kerana tidak mematuhi syarat permit import dalam pemeriksaan di Pelabuhan ...
Penglibatan 30 Peratus Wanita Dalam Dun Pulau Pinang Negeri Pertama

Penglibatan 30 Peratus Wanita Dalam Dun Pulau Pinang Negeri Pertama

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 346 hits
CHOW Kon Yeow sewaktu sidang akhbar mengenai inisiatif Tup Up Women Only Additional Seats di Kompleks Tun Abdul Razak Pulau Pinang hari ini GEORGETOWN Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama yang mempunyai 30 peratus Ahli Dewan Undangan Ne...
Sungai Muda Tiada Asas Bagi Kedah Tuntut Caj Air Mentah Dari Pulau Pinang

Sungai Muda Tiada Asas Bagi Kedah Tuntut Caj Air Mentah Dari Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 402 hits
PBAPP mengabstrak air mentah dari Sungai Muda di wilayah Pulau Pinang Sungai Muda merupakan sungai yang mengalir secara semula jadi melalui Pulau Pinang Kedah tidak mengepam air mentah ke Pulau Pinang Pulau Pinang telah mengabstrak air ment...
Pulau Pinang Mohon Camputangan Pusat Henti Permit Nadir Bumi

Pulau Pinang Mohon Camputangan Pusat Henti Permit Nadir Bumi

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 356 hits
Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi amaran gangguan sumber air mentah di negeri negeri utara jika Kedah memulakan penerokaan mineral skala besar terhadap unsur nadir bumi di Ulu Muda Sik dan Baling Kerajaan negeri berpandangan bahawa mente...
Patuhi Sop Ketika Melancong Ke Pulau Pinang

Patuhi Sop Ketika Melancong Ke Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 241 hits
GEORGETOWN Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru mereka yang merancang melancong ke negeri ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard pencegahan Covid 19 dan mengamalkan konsep Pelancongan Bertanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa ...
Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 272 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Seluruh Pulau Pinang Hampiri Zon Merah Covid 19

Seluruh Pulau Pinang Hampiri Zon Merah Covid 19

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 257 hits
Seluruh Pulau Pinang hampiri zon merah Covid 19 Source https malaysiagazette com 2020 12 12 seluruh pulau pinang hampiri zon merah covid 19 respond SeluruhPulauPinang hampiri merah Covid19
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi