Rm163 96 Bilion Bukan Jumlah Yang Kecil Pun Tak Mustahak Ke
Saya lukis supaya Rakyat senang faham.
Hutang rasmi kerajaan pada tahun 2016 ialah RM648.5 bilion, naik RM17.9 bilion dari RM630.5 bilion pada tahun 2015.
Hutang ini meningkat RM38.4 bilion kepada RM686.8 bilion pada akhir 2017, iaitu tahun akhir BN mentadbir.
Selepas PH mengambil alih, hutang kerajaan naik RM54.2 bilion pada tahun 2018 menjadi RM741.1 bilion.
Ini kadar kenaikan yang jauh lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Angka-angka ini adalah dari BNM: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=central_gov_debt
Saya juga perhatikan dari laman bondinfo BNM di dalam 3 bulan pertama tahun ini, kerajaan PH telah terus meminjam dalam pasaran sukuk dan bon.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155937477320952/
Bila ditambah dengan bon Samurai RM7.3 bilion, maka hutang negara menjadi RM768.8 bilion pada hari ini - iaitu RM81.96 bilion lebih tinggi berbanding akhir tahun 2017.
Dulu kata Bon Samurai untuk bayar balik hutang "lebih mahal" BN tetapi dah U-Turn - untuk projek baru. Bukan lagi untuk bayar hutang. Rakyat ditipu lagi.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155938057215952/
Jika kerajaan PH tak jarah RM82 bilion tahun lepas dari rizab Petronas yang BN tinggalkan, maka hutang sebenar kerajaan hari ini akan menjadi RM850.8 bilion - iaitu RM163.96 bilion lebih tinggi berbanding masa BN.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/pcb.10155937785565952/10155937778685952/
Ini belum ambil kira dividen RM1.5 bilion yang Khazanah terpaksa bayar walaupun rugi untuk tahun lepas atau aset-aset negara yang sudah dan terus dijual.
Antara 4 sebab mengapa kerajaan PH kekurangan hasil adalah:
1. Hasil SST jatuh berbanding hasil GST.
2. Ekonomi yang telah lembab selepas PH menang menyebabkan hasil kerajaan dari cukai, duti dan dividen dari GLC jatuh.
3. Unjuruan harga minyak dunia pada US$72 ditetapkan dalam Bajet 2019 oleh Menteri Kewayangan tidak tercapai. Harga minyak dunia tidak pernah sampai tahap ini selepas Bajet diumumkan. Ini menyebabkan bajet sudah lari dan hasil yang diunjurkan kurang.
4. Duit sudah diguna entah mana oleh PH walaupun banyak projek rakyat telah dihentikan dan bantuan rakyat telah diturunkan atau dimansuhkan.
Selepas perbahasan saya di Dewan Rakyat, saya tengok beberapa portal media PH naikkan cerita saya pejam mata di Mahkamah sebagai Berita Utama mereka.
Saya pun tak faham kenapa berita saya pejam mata atau ke bilik air untuk 5 minit itu lebih penting dari cerita hutang kerajaan yang telah naik dengan dashyat selepas PH mengambil alih.
Mungkin cerita-cerita seperti ini adalah untuk mengalih perhatian dari apa yang saya telah sampaikan di Dewan Rakyat hari ini?
RM163.96 bilion bukan jumlah yang kecil pun. Tak mustahak ke?
Walaubagaimanapun, angka-angka yang saya dedahkan di sini adalah sangat sukar untuk disangkal oleh PH kerana ianya berdasarkan laporan dan data rasmi dari kerajaan PH sendiri.
Oleh itu, saya jangka Menteri-menteri PH akan terus membisu supaya rakyat tidak tahu tentang isu hutang ini.
Najib Razak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bankami.blogspot.com/2019/03/rm16396-bilion-bukan-jumlah-yang-kecil.html