Rm10 Juta Isunya Bukan Soal Kaya Tapi Kenapa Pindah Wang Secara Sembunyi



Shahbudin Husin10 April 2019
Cerita kekayaan Dato’ Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) kembali berlegar. Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar.Tok Mat Memang KayaPimpinan UMNO mempertahankan kemampuan Tok Mat memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi untuk membeli kediaman di London dengan alasan “Tok Mat memang kaya”. Mereka menyenaraikan semua jawatan korporat yang pernah dipegang oleh Tok Mat untuk menunjukkan pemangku presiden UMNO intu memang berduit.Tok Mat pula nampaknya lebih faham isu sebenar yang cuba dialihkan. Mungkin kerana beliau orang baik, beliau terkias dengan sendiri. Katanya, soal pemindahan wang RM10 juta itu tidak berbangkit kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun membersihkan beliau sepuluh tahun lalu.Eh! Kenapa pula timbul soal SPRM, kan Tok Mat memang kaya?Orang memang tidak hairan kalau Tok Mat membawa satu kereta lembu penuh dengan wang tunai masuk kampung di Rantau, kerana Tok Mat memang kaya.Malah, Tok Mat tidak perlu bersembunyi pun untuk memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London. Boleh saja Tok Mat arahkan bank untuk memindahkan wang tersebut mengikut saluran yang betul, tidak akan ada yang mempersoalkan kerana Tok Mat memang kaya.Pindah Wang Sembunyi-SembunyiHabis, kenapa Tok Mat takut sangat orang tahu sehingga menggunakan saluran yang melanggar undang-undang?Hakikatnya, Tok Mat telah memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi menggunakan pengurup wang sehingga melanggar lesen operasi pengurup wang. Pengurup wang dilesenkan untuk menukar matawang asing kepada ringgit (atau sebaliknya), bukannya untuk memindahkan wang keluar negara.Pemindahan wang keluar negara melibatkan pelbagai peraturan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.Bila Tok Mat cuba menyembunyikan pemindahan wang itu dengan menggunakan saluran tidak betul, ia bukan lagi soal Tok Mat kaya atau tidak.Soalnya, kenapa perlu disembunyikan? Apa yang Tok Mat cuba sembunyikan, sehingga sanggup berdepan kemungkinan melanggar undang-undang bersabit pemindahan wang di bawah Bank Negara Malaysia.Tok Mat Langgar Undang-undang?Semasa pemindahan wang RM10 juta itu berlaku sekitar tahun 2007 ke 2008, peraturan pemindahan wang keluar negara adalah seperti yang terkandung di dalam Laporan Tahunan 2007 Bank Negara Malaysia (muka surat P6), yang saya sertakan di bawah:Bagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai hutang dalam negara, tidak ada halangan untuk memindahkan wang membeli apa-apa harta di luar negara, tanpa ada had.Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai hutang dalam negara dan menukar wang ringgit ke matawang asing untuk membeli harta di luar negara, had pemindahan dan pembelian adalah sebanyak RM1 juta sahaja setiap tahun.Kalau Tok Mat tidak mempunyai hutang dalam negara pada ketika itu, beliau boleh sahaja memindahkan RM10 juta itu mengikut kaedah bank biasa tanpa melanggar apa-apa peraturan.Tetapi kalau Tok Mat ada mempunyai hutang, jika beliau hendak memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu, sudah tentu beliau tidak boleh kerana hadnya adalah RM1 juta sahaja.Kalau Tok Mat ada mempunyai hutang dalam tahun 2007, tindakan beliau memindahkan wang sebanyak RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu memang telah melanggar peraturan. Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum denda dan penjara.Apa Sebabnya Pindah Sembunyi?Sebab itu isu utama dalam soal wang RM10 juta ini bukanlah Tok Mat kaya atau tidak.Isunya ialah kenapa Tok Mat ambil risiko melanggar undang-undang untuk menyembunyikan pemindahan wang itu, sedangkan semua orang tahu beliau kaya?Ada beberapa kemungkinan kenapa beliau mahu menyembunyikan pemindahan wang RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu.Pertama, kerana wang itu bukan dari sumber beliau sendiri.Jika dipindahkan mengikut saluran biasa yang tidak melanggar undang-undang, beliau perlu mengisytiharkan juga sumber dari mana wang RM10 juta itu datang.Adakah beliau menjual hartanah? Adakah beliau mengeluarkan RM10 juta dari akaun beliau? Adakah beliau menjual saham? Punca RM10 juta itu akan dapat dijejaki dari urusniaga di bank atau urusniaga lain.Kalau wang itu bukan dari sumber sendiri (bukan dari bank, bukan dari penjualan harta), maka sukar untuk beliau mengisytiharkan sumber wang RM10 juta itu apabila beliau hendak mengarahkan bank memindahkan jumlah tersebut. Kalau beliau membuat pengisytiharan palsu, itu melanggar undang-undang dan beliau boleh disiasat.Maka, jika wang yang hendak dipindahkan bukan dari sumber sendiri, cara yang mudah ialah menggunakan kaedah memindahkan wang yang melanggar undang-undang, iaitu menggunakan pengurup wang.Sebab yang kedua beliau mungkin mahu menyembunyikan pemindahan wang tersebut ialah kerana beliau mempunyai hutang dengan bank pada ketika itu (hutang kereta, hutang rumah, hutang saham dan lain-lain) yang menyebabkan beliau tidak boleh memindahkan wang atau membeli aset luar negara melebihi RM10 juta.Untuk mengelak daripada had itu kerana Bank Negara Malaysia tidak akan meluluskan arahan pemindahan wang itu, satu-satu caranya ialah memindahkan wang secara senyap-senyap menggunakan pengurup wang.Lebih Baik Berterus Terang?Kedua-dua kemungkinan di atas mempunyai implikasi undang-undang.Kalau pemindahan wang itu disembunyikan kerana wang itu bukan dari sumber sendiri, maka Tok Mat perlu menjawab: sumber dari mana sebenarnya wang RM10 juta itu?Kalau pemindahan wang itu disembunyikan untuk mengelakkan had pemindahan wang Bank Negara Malaysia, maka Tok Mat perlu menjawab: jadi benarlah Tok Mat telah melanggar undang-undang dan boleh di penjara (jika disabitkan).Jika wang itu dari sumber Tok Mat sendiri dan Tok Mat tiada hutang (lalu tiada sekatan jumlah hendak dipindahkan), kenapa pula Tok Mat bersusah payah menyembunyikan pemindahan RM10 juta itu?Tok Mat bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana yakin strategi memainkan isu perkauman oleh gabungan PAS-UMNO akan berjaya.Saya nasihatkan jika Tok Mat mahu terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri, lebih baik Tok Mat berterus-terang dari sekarang mengenai sebab musabab beliau memindahkan wang RM10 juta itu secara sembunyi, sedangkan Tok Mat kan kaya?Rafizi RamliNaib Presiden PKR10 April 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/04/rm10-juta-isunya-bukan-soal-kaya-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindah Wang Rm10 Juta Kalau Tok Mat Kaya Kenapa Perlu Takut Orang Tahu Rafizi

Pindah Wang Rm10 Juta Kalau Tok Mat Kaya Kenapa Perlu Takut Orang Tahu Rafizi

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 241 hits
Foto sumber internet SEREMBAN 11 April Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menyembunyikan tindakannya memindahkan wang RM10 juta bagi pembelian kediaman di Londo...
Pindah Rm10 Juta Kenapa Sprm Tak Bertindak Terhadap Mohamad Hasan Soal Speaker N Sembilan

Pindah Rm10 Juta Kenapa Sprm Tak Bertindak Terhadap Mohamad Hasan Soal Speaker N Sembilan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 367 hits
Zulkefly Mohamad Omar membangkitkan skandal RM10 juta membabitkan bekas MB Mohamad Hasan Foto Bernama Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar membangkit skandal RM10 juta melibatkan calon Barisan Nasional DUN Rantau Mohamad ...
Poser For Mat Hasan So Where Did You Get The Rm10 Million Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

Poser For Mat Hasan So Where Did You Get The Rm10 Million Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 360 hits
Menjawab berkenaan pemindahan wang RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada SPRM calon BN PRK Rantau Mohamad Hasan berkata tiada kesalahan dilakukannya dalam urusan tersebut Katanya SPRM sudah ...
Rafizi Sorok Pindah Rm10 Juta Tok Mat Kena Jujur Jika Mahu Jadi Pm

Rafizi Sorok Pindah Rm10 Juta Tok Mat Kena Jujur Jika Mahu Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 208 hits
Rafizi Ramli berkata Datuk Seri Mohamad Hasan perlu berterus terang mengenai sebab memindahkan wang RM10 juta itu pada 2007 Foto oleh Yusof Mat IsaSEREMBAN 11 April Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Umn...
Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

Di Mana Tok Mat Dapat Wang Rm10 Juta Itu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 460 hits
Shahbudin Husin 7 April 2019 Menjawab berkenaan pemindahan wang RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada SPRM calon BN PRK Rantau Mohamad Hasan berkata tiada kesalahan dilakukannya dalam urusan...
Najib Didakwa Keluarkan 15 Cek Berjumlah Rm10 Juta

Najib Didakwa Keluarkan 15 Cek Berjumlah Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 214 hits
Peguam Negara Tommy Thomas dalam pernyataan pembukaan berkata pendakwaan akan membuktikan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Februari 2015 memasukkan RM10 juta iaitu wang daripada hasil aktiviti haram daripada akaun peribadinya ke akaun peribad...
Cuba Bayangkan Malam Tadi Allah Bagi Rm10 Juta Setiap Seorang Dalam Bank Apa Yang Akan Kamu Lakukan

Cuba Bayangkan Malam Tadi Allah Bagi Rm10 Juta Setiap Seorang Dalam Bank Apa Yang Akan Kamu Lakukan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 337 hits
Setiap ciptaan Allah swt itu indah dan sudah tersusun ikatan kimianya agar kita selalu sedar akan nikmat dan sentiasa bersyukur padanya Akan semua ciptaan Allah itu ada sebab sebabnya dan Begitulah kitaran alam yang Allah dah susun Perhatik...
Meski Kaya Raya Miliarder Ini Hanya Habiskan Rp 5 Juta Per Bulan

Meski Kaya Raya Miliarder Ini Hanya Habiskan Rp 5 Juta Per Bulan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 196 hits
Zong Qinghuo pernah dinobatkan sebagai orang terkaya di China selama tiga tahun berturut turut semenjak 2010 hingga 2013 dan saat ini dinobatkan menjadi Miliarder Terhemat
Ma Ruf Amin Sebut Putusan Mk Soal Aturan Pindah Memilih Kurangi Golput

Ma Ruf Amin Sebut Putusan Mk Soal Aturan Pindah Memilih Kurangi Golput

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 218 hits
Dengan demikian Ma ruf menyebut partisipasi pemilih akan meningkat dengan adanya putusan tersebut Meskipun demikian Ma ruf meminta agar petugas mengecek keaslian suket itu
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened