Rm1 14 Bilion Bagi Pembangunan Infrastruktur Terengganu Tahun Ini Azmin


KUALA TERENGGANU, 14 Feb — Sebanyak RM1.14 bilion diperuntukkan untuk Terengganu bagi pembangunan infrastruktur tahun ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya peruntukan tersebut diharap dapat memberi impak yang positif terhadap ekonomi dan sektor pelancongan di Terengganu.
“Hari ini saya turun (ke Terengganu) melihat beberapa projek pembangunan termasuk kompleks Pasar Payang yang sedang dibangunkan dan memerlukan perhatian supaya dapat disiapkan mengikut jadual dan sebentar tadi saya melawat projek jambatan angkat ‘drawbridge’ yang cukup menarik untuk kedatangan pelancong dalam dan luar negara.
“Lawatan kerja saya dan kementerian ini memang dilakukan setiap bulan untuk melihat bagaimana kementerian dapat membantu pembangunan di peringkat daerah dan negeri selaras Wawasan Kemakmuran Bersama untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah,” katanya selepas melawat Pasar Besar Kedai Payang, di sini hari ini.
Lawatan tersebut turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Katanya, selain Terengganu kementerian juga telah mengenal pasti lima negeri lain yang memerlukan lebih banyak pembangunan iaitu Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Mohamed Azmin berkata selain pembangunan infrastruktur, terdapat beberapa peruntukan tambahan akan disalurkan kepada Terengganu bergantung kepada keadaan dan keperluan tertentu antaranya masalah hakisan pantai yang berlaku di beberapa daerah seperti Dungun dan Kuala Nerus.
“Kerajaan Terengganu sudah membentangkan perkara ini dalam mesyuarat ECERDC (Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur) yang dipengerusikan perdana menteri pada November lalu di mana sejumlah peruntukan diperlukan segera kerana hakisan semakin serius.
“Masalah hakisan pantai ini adalah keperluan mendesak, oleh kerana itu ia perlu diberi pertimbangan serius yang jangkaan kosnya adalah RM80 juta,” katanya.
Katanya sebelum ini, sebanyak RM64 juta telah disalurkan kepada Terengganu untuk mengatasi masalah hakisan di empat lokasi dalam proses baik pulih fasa pertama.
Beliau berkata projek baik pulih untuk fasa kedua sebanyak RM80 juta itu dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun ini untuk mengelak masalah hakisan yang semakin teruk sebelum musim tengkujuh pada akhir tahun ini.
Ditanya mengenai langkah kerajaan untuk memininumkan kesan kerugian ekonomi berikutan jangkitan virus korona 2019 (COVID-19) yang turut menjejaskan industri pelancongan negara, beliau berkata satu mesyuarat penting akan diadakan di Kuala Lumpur petang ini.
“Mesyuarat membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi serta beberapa kementerian berkaitan akan membincangkan pakej rangsangan ekonomi untuk  menyuntik dana bagi menjana pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
“Ini yang akan dibincangkan, apakah insentif atau pengecualian yang akan diberi dalam satu tempoh keadaan yang mendesak susulan serangan virus ini bagi menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan.
“Jadi saya tidak mahu buat sebarang spekulasi kerana (keputusannya) tertakluk kepada perbincangan petang ini,” katanya yang mahu kerajaan negeri terus memperhebatkan promosi destinasi menarik untuk menggalakkan pelancongan domestik.
Sumber : BERNAMA
The post RM1.14 Bilion Bagi Pembangunan Infrastruktur Terengganu Tahun Ini – Azmin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/14/rm1-14-bilion-bagi-pembangunan-infrastruktur-terengganu-tahun-ini-azmin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Untung Rm1 3 Bilion Hasil Pelan Pemulihan

Tabung Haji Untung Rm1 3 Bilion Hasil Pelan Pemulihan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 271 hits
Berbeza dengan kutukan pembangkang kononnya Tabung Haji telah terjun ke dalam gaung kerugian Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan medianya berkata organisasi itu berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM1 3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pe...
Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 347 hits
Tuntut penjelasan tamat operasi Hotel THHRPAS menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi serta perkhidmatan hospitali...
Menpora Berharap Jadwal Liga 1 Tahun 2020 Bisa Adil

Menpora Berharap Jadwal Liga 1 Tahun 2020 Bisa Adil

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 292 hits
Meski demikian Zainudin Amali optimistis kompetisi berjalan semakin baik Keberadaan Cucu Soemantri sebagai Direktur Utama PT LIB menjadi sosok penting yang bisa semakin menyelaraskan kerja sama dengan PSSI dan pemerintah
Dalam 5 Tahun Bri Salurkan Kur Rp 15 4 T Di Kalsel Kalteng Kaltim Dan Kaltara

Dalam 5 Tahun Bri Salurkan Kur Rp 15 4 T Di Kalsel Kalteng Kaltim Dan Kaltara

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 210 hits
Selama tahun 2019 Bank BRI melalui binaan wilayah Kanwil Banjarmasin telah berhasil menyalurkan KUR senilai Rp 3 9 Triliun kepada lebih dari 157 ribu pelaku UMKM
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today