Rm 5 Juta Kepada Rosmah Projek Solar Hibrid Sarawak




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor diberitahu Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin menyerahkan wang tunai RM5 juta kepada isteri bekas perdana menteri itu kerana membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi projek solar hibrid di Sarawak

Rakan perniagaan Saidi, Rayyan Radzwill Abdullah, 41, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Saidi kepadanya pada Disember 2016

Beliau (Saidi) memberitahu saya bahawa beliau telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM5 juta kepada Datin Seri Rosmah yang diserahkan melalui Datuk Rizal Mansor (bekas pembantu Rosmah). Pada hari sama kira-kira 10 malam, Saidi telah mengajak saya pergi ke rumah Datuk Rizal Mansor di Vista Kirana, Segambut kerana Saidi ingin memberi hadiah kepada beliau.
Saidi telah menyerahkan satu beg kertas yang saya percaya mengandungi wang tunai kepada Datuk Rizal Mansor di rumah beliau dan selepas kami beredar dari rumah Datuk Rizal Mansor, Saidi memberitahu saya bahawa dia telah memberikan wang tunai sebanyak RM500,000 kepada Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak mendapatkan projek solar hibrid daripada KPM," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.
Saksi pendakwaan ke-16 itu memberi keterangan pada hari ke-17 perbicaraan kes Rosmah, 68, yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi

Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017

Rayyan Radzwill yang membacakan penyataan saksinya berkata, pada sekitar Jun 2017, Saidi memberitahunya bahawa bayaran bagi projek penyelenggaraan diesel masih belum diterima dan menurut saksi itu pada sekitar hujung Julai 2017, beliau telah diberitahu oleh Saidi melalui WhatsApp bahawa Jepak telah mendapat bayaran pertama bagi projek solar hibrid serta penyelenggaraan genset diesel berjumlah kira-kira RM63 juta

Rayyan Radzwill yang juga pengarah syarikat Nanocarb Technology Sdn Bhd berkata setelah itu, Saidi meminta beliau menghubungi Rizal bagi mengaturkan pertemuan di antara mereka dan Rosmah kerana Saidi mahu mengucapkan terima kasih dan menyampaikan sebahagian bayaran sumbangan yang dijanjikan oleh Jepak kepada Rosmah

Sekitar Ogos 2017, saya juga ada berkomunikasi menggunakan WhatsApp dengan Datuk Rizal untuk meminta beliau mengaturkan pertemuan di antara Saidi dan Datin Seri Rosmah, dan melalui perbualan pada 4 Ogos 2017, saya juga ada maklumkan kepada Datuk Rizal bahawa Saidi bersetuju untuk membuat bayaran sebanyak 15 peratus daripada bayaran pertama projek solar hibrid dan penyelenggaraan genset sebanyak RM63 juta.
Kemudian pada 8 Ogos 2017, saya ada membangkitkan tentang keraguan saya dan Saidi mengenai penyerahan wang RM5 juta kepada Datin Seri Rosmah yang dibuat pada Disember 2016 kepada Datuk Rizal dan Datuk Rizal telah menjelaskan bahawa wang RM5 juta berkenaan sememangnya dibawa ke kediaman Datin Seri Rosmah. Datuk Rizal telah menggunakan kiasan 'barang' untuk merujuk kepada wang bernilai RM5 juta tersebut dan Datuk Rizal didapati sedikit terkilan dengan pertanyaan saya serta mengatakan 'ini ke balasan I (saya) dapat'," katanya.
Dalam keterangannya semalam, Rayyan Radzwill berkata, Rizal memaklumkan kepadanya bahawa Rosmah meminta sumbangan RM187.5 juta iaitu 15 peratus daripada RM1.25 bilion nilai projek solar hibrid itu bagi membantu Jepak mendapatkan projek berkenaan

Seterusnya pada 10 Ogos 2017, saksi itu berkata, Rizal memaklumkan beliau mengenai pertemuan yang diatur di kediaman Rosmah di Taman Duta yang cuma membabitkan Saidi dan Rosmah pada keesokkannya iaitu 11 Ogos 2017, namun, katanya, beliau tidak pasti sama ada berlaku pertemuan di antara mereka pada tarikh berkenaan

Rayyan Radzwill berkata, pada 7 September 2017, beliau dan Saidi pergi ke rumah Rosmah di Jalan Langgak Duta dan ternampak pemandu Saidi bernama Shamsul masuk ke dalam rumah berkenaan serta meletakkan dua beg galas berwarna hitam yang mempunyai belang oren di tepi sofa di ruang tamu rumah terbabit

Dalam perjumpaan itu, Saidi memberitahu Datin Seri Rosmah bahawa beliau akan memberikan sedikit wang sekarang dan bayaran lain akan menyusul berdasarkan bayaran kemajuan projek. Datin Seri Rosmah sekadar mengangguk tanda setuju dan mengatakan 'Okeylah' dan beliau (Rosmah) juga tidak kelihatan terkejut dengan pemberian wang tersebut yang saya faham diberikan oleh Saidi sebagai tanda terima kasih bagi pemberian projek solar hibrid Jepak tersebut.
Selepas itu kami beredar dari rumah Datin Seri Rosmah, manakala dua beg galas yang berwarna hitam dengan belang oren yang diletakkan oleh Shamsul di ruang tamu tersebut masih berada di tepi sofa berwarna hijau semasa kami beredar.
Saya tidak tahu jumlah wang di dalam dua beg itu pada ketika itu, saya hanya tahu dua beg galas tersebut mengandungi wang tunai berjumlah RM1.5 juta selepas diberitahu oleh Saidi semasa kami beredar dari rumah Datin Seri Rosmah," katanya, menambah beliau ada merakam video persekitaran di dalam rumah Rosmah di bahagian ruang tamu yang mempunyai sofa berwarna hijau.
Menurut Rayyan Radzwill, apa yang beliau tahu sehingga kini, projek hibrid solar itu tidak dilaksanakan langsung oleh Jepak walaupun pembayaran awal sebanyak RM63 juta diterima oleh syarikat berkenaan daripada kerajaan Malaysia untuk penyelenggaraan genset diesel serta projek solar hibrid, dan meskipun penyelenggaraan genset diesel di sekolah-sekolah masih diteruskan, beliau berkata, projek solar hibrid tetap tidak dilaksanakan

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan

HarianMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/07/rm-5-juta-kepada-rosmah-bini-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Tahan Pembantu Mat Sabu Berkait Projek Lebih Rm56 Juta

Sprm Tahan Pembantu Mat Sabu Berkait Projek Lebih Rm56 Juta

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 390 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman seorang bekas setiausaha politik dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta more Majistret Shah Wira Abdul Halim menge...
Projek Rm56 Juta B Setpol Mat Sabu Ditahan Wang Tunai Rm70 000 Disita

Projek Rm56 Juta B Setpol Mat Sabu Ditahan Wang Tunai Rm70 000 Disita

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 345 hits
a FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernila...
Rosmah S Ex Aide Met Us To Talk On Commission For Solar Project Says Witness

Rosmah S Ex Aide Met Us To Talk On Commission For Solar Project Says Witness

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 229 hits
A witness told the High Court in Rosmah Mansor s corruption trial that her former aide met his Sarawakian business partner to discuss the commission amount to be paid for the former prime minister s wife if she agreed to help the company se...
Former Education Ministry Sec Gen Denies Making Rosmah A Scapegoat In Solar Project

Former Education Ministry Sec Gen Denies Making Rosmah A Scapegoat In Solar Project

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 198 hits
A witness in the corruption trial of Datin Seri Rosmah Mansor over the supply and installation of solar energy systems in 369 schools in Sarawak was accused of making the former prime minister s wife a scapegoat in the case Counsel Datuk Ak...
Moe Didn T File Police Report After Jepak Tampered With Solar Panel Deal

Moe Didn T File Police Report After Jepak Tampered With Solar Panel Deal

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 232 hits
ROSMAH TRIAL The Education Ministry did not file a police report after it discovered that a company had tampered with a government contract to provide solar panels to schools the court heard today The ministry s former secretary general Ali...
Projek Tebatan Banjir Sungai Golok Beri Manfaat Kepada Lebih 45 000 Penduduk

Projek Tebatan Banjir Sungai Golok Beri Manfaat Kepada Lebih 45 000 Penduduk

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 239 hits
Rantau Panjang yang terletak di lembangan Sungai Golok adalah antara bandar yang akan mendapat manfaat daripada projek mitigasi banjir yang sedang berjalan PASIR MAS Kerajaan memulakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai...
Projek Berbillion Ringgit Kelulusan 8 Hari Dokumen Sprm Terbukti Sahih

Projek Berbillion Ringgit Kelulusan 8 Hari Dokumen Sprm Terbukti Sahih

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 257 hits
Kertas siasatan SPRM terowong dibongkarkan RPK yang SPRM telah mengaku adalah sahih mengandungi pengakuan bersumpah pemilik syarikat terowong yang mengatakan dia banyak membuat bayaran kepada pemimpin pemimpin kanan DAP untuk mendapat proje...
Projek Pokok Hiasan Bajet Modal Kecil Senang Nak Jaga

Projek Pokok Hiasan Bajet Modal Kecil Senang Nak Jaga

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 920 hits
Sekarang ini nampaknya pokok hiasan sama ada dalam dan luar rumah semakin digilai Ya memang cantik dan rasa redup umpama penyejuk rumah Tengok daun hijau di setiap sudut rumah dapatlah rasa tenang sikit Namun bagi yang ada anak kecil nak ta...
Projek Infaq Kolaborasi Ppz Maiwp Mitron Group Sdn Bhd

Projek Infaq Kolaborasi Ppz Maiwp Mitron Group Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 473 hits
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi tanggungjawab sosial korporat Khaira PPZ telah bekerjasama dengan Mitron Group Sdn Bhd bagi projek agihan daging kepada golongan yang memerlukan di lapan lokasi berbeza se...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama