Rizq Autism Centre Khas Untuk Pembelajaran Terapi Khas Untuk Anak Anak Autism


Perasan tak sekarang anak-anak yang menghidap Autism sangat banyak di Malaysia. Tapi ia bukan menjadi satu masalah kepada ibu bapa kerana ibu bapa pada masa kini telah membuka mata mereka tentang pemasalah autism ini dikalangan anak-anak mereka. Yang menjadi masalahnya jika ibu bapa tersebut tidak mencari alternatif untuk memulihkan anak mereka dengan mengurung anak tersebut di rumah. Ini mengakibatkan anak-anak Autism akan lebih agresif dan perkembangan mereka juga akan terbantut. Untuk pengetahuan semua, anak-anak Autism ini sangat cerdik dan kreatif tau. Jadi sebagai ibu bapa wajib mencari pusat untuk pembelajaran khas untuk mereka yang istimewa ini. 

Pada Sabtu lepas, mama berpeluang melihat sendiri facilities RIZQ Autism Centre yang akan dibuka pada awal bulan Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada RIZQ Educare Sdn Bhd kerana berjaya menubuhkan RIZQ Autism Centre ini bagi anak-anak Autism. Ini adalah salah satu insiatif untuk ibu bapa yang ada anak-anak Autism bagi membantu anak-anak ini dapat belajar dan juga terapi khas agar mereka menjadi lebih kreatif

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki. Gejala-gejala ini selalunya sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama Autism ialah :-KomunikasiTindak balas sosialTingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Selain itu, Autism juga salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil "Pervasive Development Disorders" dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah "Aspergers Syndrome" di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitf boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism ini tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Kebanyakan anak-anak Autism ini mempunyai hypersensitive atau hyposensivitive sensory issue. Jadi ibu bapa pastikan melihat anak-anak sensitive dengan 5 deria iaitu penglihatan, sentuhan, pendengaran, bau dan rasa


Dengan penubuhan RIZQ Autism Centre ini bukan sahaja membantu anak-anak istimewa ini membesar menjadi seorang dewasa berdikari sekurang-kurangnya mampu melakukan aktiviti harian, mengurus diri, makan, minum, berkomunikasi dan tingkah laku yang terkawal. Di sini juga terdapat satu bilik yang direka khas iaitu MSSR Room atau dikenali "Multi-Sensory Smart Room" untuk anak-anak ini boleh digunakan bagi anak-anak autism ini menjalani terapi serta membolehkan mereka menggunakan untuk mengawal input deria, termasuklah bunyi, pencahayaan, bau, sentuhan, suhu dan ruang


Bilik MSSR ini direka khas oleh pihak UTM dan bekerjasama dengan RIZQ Autism Centre bagi membantu anak-anak Autism belajar mengenai sensori serta terapi khas Autism. Dengan adanya MSSR Room ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak Autism untuk mereka merasa lebih tenang, disokong dan memberi fokus kepada mereka. Mama perhatikan di bilik ini anak-anak Autism lebih rasa tenang dan mereka berminat untuk explore setiap ruang yang ada. 
Antara sensori untuk anak-anak Autism boleh sentuh


Selain itu, di RIZQ Autism Centre juga terdapat bilik Lego dimana anak-anak Autism akan diberikan masa bermain dan mencipta menggunakan permainan block Lego ini dengan kreativiti masing-masing. Jangan tidak tahu anak-anak Autism ini sangat kreatif dan yang pasti ibu bapa akan terkejut serta kagum dengan mereka ini. Percayalah setiap anak-anak yang lahir ke muka Bumi ini Allah berikan yang terbaik untuk mereka. 


Terdapat ruang bermain indoor serta outdoor yang sangat selesa bagi anak-anak ini bermain serta menghabiskan masa mereka seharian di RIZQ Autism Centre. Oh ya di sini turut terdapat penjagaan day care setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang serta termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan juga minum petang. Untuk day care ini juga terdapat 1 jam sesi terapi dengan terapis yang terlatih



Bagi yang berminat untuk membeli buku mengenai pembelajaran khas anak-anak Autism juga turut dijual di RIZQ Autism Centre. Antara buku-buku khas ini seperti :-Mudahnya memahami AutismeStrategi Pengurursan Tingkah Laku Murid Berkeperluan KhasIntervensi Terapi Carakerja Untuk Murid DisleksiaPersediaan Sensori Dalam Pendidikan Khas100 Aktiviti Untuk Murid Berkeperluan KhasKemahiran Manipulatif Dalam Pendidikan KhasKesemua buku ini boleh diorder dan dibeli di RIZQ Autism Centre. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak RIZQ ok

Buku-buku khas untuk Ibu bapa membaca dan mengenal lagi tentang pemasalahan anak-anak Autism


Oleh itu, ibu bapa di luar sana tidak perlu berlengah dan buatlah screening test dahulu untuk mengetahui anak-anak diagnose Autism pada peringkat awal umur mereka. Yang paling utama jika anak-anak kita Autism cepatlah dapatkan rawatan dan cuba membantu anak-anak ini untuk mempersiapkan diri mereka bagi menempuhi cabaran dunia luar dengan menghantar ke RIZQ Autism Centre. Dengan adanya Centre sebegini dapatlah anak-anak Autism ini lebih berkeyakinan, lebih focus, dan lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai

Untuk maklumat lanjut mengenai RIZQ Autism Centre ini boleh hubungi :-
RIZQ AUTISM CENTREBG-11, Plaza CrystallivillePT 53370 VitaLingkaran Cyberpoint TimurCyber 1263000 Cyberjaya
Telefon : 03-8912 0447Whatsapp : 018-252 7674Email : [email protected]
Facebook : RIZQ Autism CentreInstagram : @rizq_autism_centreWebsite : www.rizqautismcentre.com
Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2020/01/rizq-autism-centre-khas-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Anak Dengar Muzik Terus Berjoget Sebenarnya Muzik Terapi Terbaik Anak

Bila Anak Dengar Muzik Terus Berjoget Sebenarnya Muzik Terapi Terbaik Anak

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 409 hits
Muzik terhasil daripada bunyi yang wujud di sekeliling kita Kepelbagaian bunyi dari kicauan burung gelombang ombak hinggalah ke bunyi bising dari kenderaan di jalan raya jika diatur dan disusun dengan cara tertentu ia boleh mewujudkan aluna...
Prkkimanis Bantah Pss Adakah Nilai Masa Depan Anak Sabah Hanya Rm300 Soal Anifah

Prkkimanis Bantah Pss Adakah Nilai Masa Depan Anak Sabah Hanya Rm300 Soal Anifah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 362 hits
Adakah RM300 RM400 itu nilai masa hadapan anak cucu cicit kita soal bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Tegas beliau jangan sesekali menggadaikan masa hadapan anak bangsa Sabah hanya kerana wang dan cabutan bertuah Kenapa kita sanggup...
Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 353 hits
Ibu bapa yang ada anak masih belum dapat pegang pensel dengan baik atau bila disuruh menulis atau mewarna akan beri pelbagai alasan boleh cuba tip ini Nampak macam anak tak selesa tapi sebenarnya boleh buat anak seronok melakukan aktiviti y...
Anak Pendakwah Tersohor Ahmad Deedat Dilapor Kritikal Ditembak Di Kepala

Anak Pendakwah Tersohor Ahmad Deedat Dilapor Kritikal Ditembak Di Kepala

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 357 hits
Durban Afrika Selatan Aktivis dan anak kepada pendakwah Allahyarham Ahmad Deedat cedera setelah ditembak di kepala di sini pada pagi 14 Januari lalu Menurut pihak polis tempatan seorang lelaki berusia 65 tahun telah ditembak di luar mahkama...
Dihalang Kebumi Di Kampung Sendiri Bapa Merata Cari Tanah Urus Jenazah Anak

Dihalang Kebumi Di Kampung Sendiri Bapa Merata Cari Tanah Urus Jenazah Anak

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 602 hits
Seorang bapa mati akal untuk mengebumikan jenazah bayinya berikutan penduduk kampung enggan menguruskan jenazah tersebut Malah jenazah bayi itu tidak dibenarkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya hanya kerana bapanya bukan ...
Tular Video Wanita Breastfeed Anak Sambil Memandu Dalam Kesesakan

Tular Video Wanita Breastfeed Anak Sambil Memandu Dalam Kesesakan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 450 hits
Tindakan seorang wanita menyebabkan satu video mula tular di media sosial apabila aksinya menyusu bayi ketika memandu kereta Menurut Dailystar kejadian tersebut wanitaq ini terperangkap dalam kesesakan lalu lintas Dan tiada pilihan kerana k...
Tetap Cantik Dan Stylish Ini Gaya Uut Permatasari Antar Anak Sekolah

Tetap Cantik Dan Stylish Ini Gaya Uut Permatasari Antar Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 282 hits
Sama seperti orang tua pada umumnya ia rajin mengantarkan anaknya yang duduk di Taman Kanak Kanak Menariknya ia tetap terlihat cantik dan stylish walau tanpa polesan make up
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage