Rizal Jamin Pkr Pahang Realistik Buat Permintaan Lantik Penyokongnya Ke Jawatan Akar Umbi




PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang realistik dalam membuat permintaan termasuk melantik penyokongnya ke dalam struktur akar umbi kerajaan perpaduan negeri itu, kata Ketuanya Rizal Jamin.
Dilantik ke jawatan itu pada 15 September lalu, Rizal berkata pendekatan terbabit diambil bagi memastikan kestabilan kerajaan perpaduan di peringkat pusat dan negeri, sambil menjelaskan segala isu dibincangkan secara berhemah bersama Barisan Nasional (BN).
“Perbincangan baik dan sudah tentu kita cuba capai kata sepakat pada kadar segera, walaupun begitu kita kekal realistik dengan permintaan-permintaan demi memastikan kestabilan kerajaan bukan sahaja peringkat negeri tetapi persekutuan.
Sebarang isu bincang secara dalaman dengan BN dan sebab itu tidak pernah mendengar sebarang masalah dibangkitkan di mana-mana platform media arus perdana atau media sosial, katanya kepada FMT.
Pada masa sama, Rizal berkata PKR turut menekankan prestasi dan komitmen anggota dilantik ke jawatan tertentu supaya dapat berkhidmat sebaiknya untuk rakyat.
Menggantikan Fuziah Salleh yang menjadi Setiausaha Agung PKR, Rizal berkata banyak perkara diselesaikan dalam dua tahun kerajaan perpaduan di Pahang antaranya perjanjian persefahaman, pelantikan dua exco, dua ADUN dilantik yang turut membabitkan dirinya dan 51 ahli majlis daripada Pakatan Harapan.
Kita mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail yang komited terhadap keterlibatan PH selaku anggota kerajaan perpaduan Pahang, katanya.
Bulan lalu, Fuziah yang juga ketua PH Pahang berkata komponen itu mahu lebih ramai penyokongnya dilibatkan ke dalam struktur akar umbi kerajaan perpaduan Pahang untuk membentuk keutuhan kerjasama terutama sebagai persiapan menghadapi PRU16.
Menurutnya, ketetapan itu selari perjanjian persefahaman penubuhan kerajaan perpaduan Pahang.
BN dan dan PH membentuk kerajaan perpaduan dengan 24 kerusi DUN selepas PRU15 Disember 2022.
Selain jawatan menteri besar disandang Wan Rosdy, lapan wakil BN turut dilantik exco Pahang manakala dua lagi daripada PH. #FreeMalaysiaToday
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/rizal-jamin-pkr-pahang-realistik-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 334 hits
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta Beliau menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Menteri Dalam Negeri Naib Presiden ...
Fuziah Salleh Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung Pkr Yang Baharu Berkuat Kuasa Serta Merta

Fuziah Salleh Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung Pkr Yang Baharu Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Naib Presiden PKR Nik Nazm...
Pas Tadbir Pahang Pula K Jaan Perpaduan X Padu

Pas Tadbir Pahang Pula K Jaan Perpaduan X Padu

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 248 hits
Tuan Ibrahim memberi ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke 65 di Kompleks Al Makmur Kali Ke 65 di Kompleks Al Makmur Temerloh Pahang pada malam ini 11 September 2024 1 Pemuda PAS mainkan peranan penting tawan PahangTEM...
Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas pengurniaan Darjah Keb...
Sabariah Sebanyak 30 Taman Asuhan Kanak Kanak Di Pahang Telah Di Hentikan Operasi

Sabariah Sebanyak 30 Taman Asuhan Kanak Kanak Di Pahang Telah Di Hentikan Operasi

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Pemantauan dan Pemutihan Taska untuk mengelak berlakunya penderaan dan pengabaian di semua taman asuhan kanak kanak di negeri ini Exco Kebaji...
Akmal Nasrullah Kerajaan Persekutuan Lulus 40 Projek Di Pahang Bernilai Lebih Rm5 9 Bilion

Akmal Nasrullah Kerajaan Persekutuan Lulus 40 Projek Di Pahang Bernilai Lebih Rm5 9 Bilion

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 177 hits
KUANTAN Kerajaan Persekutuan meluluskan 40 projek di Pahang melibatkan kos lebih RM5 9 bilion menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Timbalan Menteri PETRA Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkat...
Bertemu Pdrm Fc Di Temerloh Ahad Ini Fandi Risau Jentera Serangan Sri Pahang Fc Tumpul

Bertemu Pdrm Fc Di Temerloh Ahad Ini Fandi Risau Jentera Serangan Sri Pahang Fc Tumpul

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 235 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad mengakui masalah ketumpulan jentera serangan masih menyelubungi skuad itu ketika saingan Liga Super kembali bersambung Ahad ini Legenda bola sepak Singapura itu berkata ia berdasarkan keputusan t...
Kerajaan Pahang Nafi Bakar Musnahkan Rumah Pekerja Dan Peralatan Pekebun Durian Haram

Kerajaan Pahang Nafi Bakar Musnahkan Rumah Pekerja Dan Peralatan Pekebun Durian Haram

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menafikan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang membakar dan memusnahkan struktur menempatkan pekerja serta peralatan pekebun haram dalam kawasan terbabit pencerobohan di Raub seperti tular di media sosial Setiausaha Ker...
Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat Ag Minggu Ini

Dakwaan Kerabat Pahang Serang Individu Kertas Siasatan Di Hantar Ke Pejabat Ag Minggu Ini

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 117 hits
KUANTAN Kertas siasatan berhubung kes seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang seorang lelaki di sini pada Jun lalu dijangka dihantar semula ke pejabat Peguam Negara minggu ini Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudi...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing