Rita Rudaini Luah Hasrat Bersara



SIAPA sangka, selepas hampir 15 tahun berkecimpung dalam industri lakonan, Rita Rudaini meletakkan sasaran untuk bersara daripada kerjaya itu sebelum usianya mencecah 50 tahun.
Kata ibu tunggal berusia 45 tahun itu, perancangan terbabit sudah difikirkan sekian lama kerana mahu menikmati kehidupan sebenar selain mahu menikmati kehidupan bersama dua cahaya mata tercinta.
"Sebenarnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya rasa puas dapat duduk di rumah memasak, tengok anak belajar dan banyak lagi.
"Ikutkan saya punya perancangan dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum usia mencecah 50 tahun, saya nak berhenti berlakon.
"Sebagai persediaan, saya buat perniagaan produk wangian dan selagi ada peluang saya ambil walaupun kecil, janji ada rezeki. Asalkan anak-anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, saya bersyukur," katanya ketika sesi secara langsung program bual bicara MySuperHeroes: Bangkit Semula yang disiarkan menerusi Facebook Live MySuperHeroes.
Mengakui tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, Rita tidak malu mendedahkan pernah melalui zaman gelap apabila tidak menjaga solat dengan sempurna.
Bukan berniat mahu membuka 'aib' dirinya sebaliknya dia berharap apa yang dikongsikan menjadi pengajaran kepada orang lain supaya jangan terlampau mencintai manusia hingga lupa untuk bersyukur.
"Allah bagi kita ujian kerana ada sebab. Jujur saya katakan, saya kini mula menjaga solat. Dulu tidak kerana saya terlampau mencintai manusia. Saya sudah kahwin, ada suami, ada anak, tetapi tak bersyukur.
"Apabila ditimpa ujian baru saya beringat. Allah tak tinggal saya, itu yang buat saya semakin kuat sebab tahu Allah sayang saya. Dari situ saya semakin menjaga hubungan dengan Allah.
"Mungkin Allah nampak kelemahan saya sampai ditarik satu demi satu orang yang saya sayang supaya saya kembali kepada-Nya.
"Mungkin kalau saya masih di situ, saya takkan beringat dan berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik," katanya.
Menyentuh mengenai bual bicara MySuperHeroes: Bangkit Semula, program anjuran pelajar tahun akhir Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu adalah salah satu usaha membantu ibu dan bapa tunggal yang memerlukan.
Acara itu turut menyasarkan kutipan RM10,000 bagi menampung pembelian barangan keperluan asas kepada golongan terpilih.
Selama sejam bersiaran, bintang Datin Dairies itu turut berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinannya dengan bekas suami yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/06/rita-rudaini-luah-hasrat-bersara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Rita Rudaini Sasar Bersara Sebelum Usia 50 Tahun

Hiburan Rita Rudaini Sasar Bersara Sebelum Usia 50 Tahun

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 513 hits
Setelah hampir 15 tahun berkecimpungan dalam bidang seni lakonan pelakon Rita Rudaini memberitahu dirinya telah meletakkan sasaran untuk bersara daripada kerjaya tersebut sebelum umurnya mencecah 50 tahun AdvertisementMenurut Rita 45 peranc...
Hiburan Memang Ikut Pak Dia Rayyan Suka Mi Goreng Rita Rudaini Nafi Masih Tak Move On

Hiburan Memang Ikut Pak Dia Rayyan Suka Mi Goreng Rita Rudaini Nafi Masih Tak Move On

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 251 hits
Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila dia tampil berkongsikan hidangan kegemaran anak lelaki sulungnya Airit Rayyan Rizqin iaitu mi goreng basah yang juga kegemaran bekas suaminya pemain bola sepak Aidil Zafu...
Peroleh 10g Dalam Keputusan Spm Daiyan Trisha Tampil Luah Sesuatu

Peroleh 10g Dalam Keputusan Spm Daiyan Trisha Tampil Luah Sesuatu

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 544 hits
For those yang tak dapat results seperti yang dimahukan relax Spm ni hanya satu tiket untuk ke menara gading Ramai dah aku tengok Spm tak perform sangat pun mai tang kat univerisiti pergh boleh kata 4 flat tiap sem Yang penting kita kena ad...
Gol Penalti Nasib Vietnam Padam Hasrat Malaysia

Gol Penalti Nasib Vietnam Padam Hasrat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 242 hits
Vietnam berjaya merekodkan kemenangan 2 1 ke atas Malaysia dalam aksi Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum sebentar tadi Dua sepakan penalti diberikan oleh pengadil perlawanan tetapi sepakan penalti ya...
Mula Mula Keluar Tahi Mata Kemudian Berdarah Baru 14 Hari Lahir Ibu Muda Luah Perasaan

Mula Mula Keluar Tahi Mata Kemudian Berdarah Baru 14 Hari Lahir Ibu Muda Luah Perasaan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 491 hits
Ibu mana yang tak risau melihat keadaan anak yang sakit Tambah menyedihkan apabila keadaan anak semakin hari semakin merisaukan hati ibu Sama seperti perkongsian Puan Syera apabila bayinya yang baru dilahirkan terkena jangkitan pada bahagia...
Hiburan Korang Duk Mengata Aku Anak Terima Tawaran Belajar Dari Um Kak Km Luah Rasa Teruja

Hiburan Korang Duk Mengata Aku Anak Terima Tawaran Belajar Dari Um Kak Km Luah Rasa Teruja

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 414 hits
Anak pelakon veteran terkenal Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli sering kali menarik perhatian netizen dengan aksi berani mati mempromosikan produk jamunya Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM juga sering dikritik kerana dianggap terl...
Hiburan Amyra Dapat Durian Orang Bagi Amar Baharin Luah Rasa Kesal Niat Baik Isteri Disalah Anggap

Hiburan Amyra Dapat Durian Orang Bagi Amar Baharin Luah Rasa Kesal Niat Baik Isteri Disalah Anggap

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 312 hits
Baru baru ini pelakon jelita Amyra Rosli memuatnaik sebuah hantaran foto sedang memakan durian yang dijual oleh peniaga kecil di akaun Instagramnya namun telah disalah anggap oleh beberapa netizen AdvertisementSuami kepada pelakon tersebut ...
Hiburan Anak Dapat Lihat Kelibat Makhluk Halus Lufya Omar Luah Kebimbangan

Hiburan Anak Dapat Lihat Kelibat Makhluk Halus Lufya Omar Luah Kebimbangan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 281 hits
Pelakon Lufya Omar baru baru ini ada menzahirkan perasaan bimbang apabila anak tunggalnya Laana Haura mula menunjukkan gaya seperti sering ternampak makhluk halus di kediaman mereka Lufya telah berkongsikan mengenai perkara tersebut di lama...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk