Risiko Penyakit Mulut Di Kalangan Pesakit Diabetes


Risiko Penyakit Mulut Di Kalangan Pesakit Diabetes | Kenyataan bahawa penyakit diabetes atau kencing manis adalah penyakit orang tua adalah mitos. Golongan muda seawal remaja juga berisiko menghidap diabetes kerana perubahan gaya hidup seperti pengambilan gula berlebihan dan kurang bersenam atau aktiviti fizikal. 

Terlalu banyak glukos (gula) dalam darah akibat diabetes boleh mangakibatkan jangkitan dan masalah lain dalam mulut

Mulut anda merangkumi gigi, gusi, rahang, tisu seperti lidah, lelangit dan lantai mulut serta bahagian dalam pipi

Glukos hadir dalam air liur iaitu cecair yang membasahkan mulut. Apabila diabetes tidak terkawal, paras gula yang tinggi dalam air liur menolong bakteria (plak) membiak. 
Bakteria menyebabkan kerosakan gigi atau gigi berlubang. Bakteria jenis yang lain menyebabkan penyakit gusi


Tahukah Anda Penghidap Diabetes Mempunyai 3-4 Kali Ganda Risiko Dijangkiti Penyakit MulutPenghidap diabetes mempunyai 3-4 kali ganda risiko untuk dijangkiti penyakit mulut. Anda boleh mengalami penyakit gusi lebih kerap, lebih teruk dan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh

Apabila bakteria membiak dan rawatan tidak diambil segera, gusi boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan gingivitis atau radang pada gusi

Gingivitis yang tidak terkawal akan menyumbangkan kepada periodontitis yang akan menyebabkan pesakit kehilangan lebih banyak gigi

Jika anda mengalami penyakit gusi , ini juga akan menyukarkan kawalan gula dalam darah. 
Kajian menunjukkan bahawa merawat penyakit gusi menyenangkan kawalan gula dalam darah

Kategori Diabetes
Jenis I, yang diakibatkan oleh ketiadaan insulin

Jenis II, yang diakibatkan oleh kerentaan terhadap insulin dan kecacatan rembesan insulin

Aspek Sistemik Penyakit Diabetes
Bermulanya gejala-gejala dan tanda dalam penyakit Jenis I diabetes adalah cepat, dan ia termasuk tiga tanda-tanda klasik polyphagia (sentiasa lapar), polydipsia (sentiasa dahaga) dan polyuria (kerap buang air kecil), serta kehilangan berat badan, lebih sensitif, mengantuk dan keletihan. 
Gejala diabetes Jenis II berkembang lebih lambat, dan biasanya tanpa adanya tanda-tanda klasik; sebaliknya, pesakit ini mungkin mengalami masalah kegemukan dan boleh mempunyai pruritis (kegatalan), neuropati periferal (kekebasan) dan penglihatan menjadi kabur

Tanda Tanda Dan Gejala Penyakit Diabetes Di Rongga MulutTerdapat beberapa tanda dan gejala penyakit diabetea di rongga mulut antaranya;
Karies Gigi
• Pesakit diabetes lebih mudah terdedah kepada gangguan sensori (deria rasa), gangguan tisu periodontium (gusi) dan kelenjar air liur, yang boleh meningkatkan risiko mereka mendapat karies gigi baru dan berulang. 
• Kajian menunjukkan lebih banyak karies gigi terjadi pada pesakit diabetes

• Faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya pembentukan karies adalah termasuk kadar bakteria Streptococcus mutans, kejadian karies sebelumnya dan penyakit diabetes yang tidak terkawal

Disfungsi Kelenjar Air Liur
• Keadaan mulut yang kering, atau xerostomia, telah dilaporkan terjadi pada orang yang menghidap penyakit diabetes

• Pengeluaran air liur mungkin terjejas oleh pelbagai keadaan, termasuk neuropati (mengikut tahap) dan kekeringan mulut yang disertai rasa dahaga

Penyakit Kelainan Tisu Mukosa
• Diabetes juga dikaitkan dengan kebarangkalian yang lebih besar mendapat kelainan tisu mukosa yang tertentu

• Prevalen yang lebih tinggi untuk mendapat Lichen planus dan ulser yang berulang serta jangkitan kulat

Jangkitan Kulat
• Satu lagi tanda oral; penurunan tahap imun sistemik dimana terjadinya jangkitan kulat seperti kandidiasis oral

• Jangkitan fungus pada permukaan mukosa mulut dan prostesis (gigi palsu) lebih kerap ditemui di kalangan orang dewasa yang menghidap diabetes. 
• Jangkitan kandidiasis oral, ada hubungan dengan orang yang menghisap rokok, penggunaan gigi palsu dan tahap glukosa dalam darah (glisemia) yang tidak terkawal di kalangan orang dewasa yang menghidap diabetes

Gangguan Deria Rasa
• Deria rasa mungkin terjejas teruk di kalangan pesakit diabetes

• Satu kajian melaporkan bahawa lebih daripada satu pertiga daripada orang dewasa yang menghidap diabetes mengalami deria rasa yang berkurangan. 
• Disfungsi deria rasa menghalang keupayaan untuk mengekalkan diet yang betul dan ini boleh membawa kepada tahap glisemia yang tidak terkawal

Gingivitis Dan Periodontitis
• Gingivitis adalah pembentukan awal jangkitan bagi penyakit periodontal yang memberi kesan kepada gigi dan tulang penyokong gigi, menyebabkan gusi berdarah

• Diabetes berkaitan dengan kejadian dan perkembangan seperti gingivitis, periodontitis dan kehilangan tulang alveolar

• Diabetes yang tidak terkawal, terutama hubungannya dengan merokok, adalah faktor risiko untuk mendapat periodontitis

• Infeksi daripada penyakit periodontitis juga menyumbang kepada masalah kawalan glisemia pada pesakit diabetes

• Merawat penyakit periodontitis kronik juga adalah penting untuk merawat penyakit diabetes

Pencegahan Daripada Mendapat Komplikasi Mulut Pada Pesakit DiabetesAntara langkah langkah pencegahan yang boleh dilakukan daripada mendapat kompilasi mulut pada pesakit diabetes adalah;
• Ikut nasihat doktor anda tentang pemakanan dan ubat-ubatan untuk mengekalkan paras glukosa darah anda sehampir mungkin dengan yang normal

• Bersihkan gigi dan gusi anda dengan berus gigi yang sesuai dan-ubat gigi yang mengandungi fluorida

• Lawati doktor gigi anda secara tetap dan berkala untuk mendapatkan nasihat tentang penjagaan pergigian di rumah, pencegahan awal dan rawatan pergigian pencegahan bertujuan untuk mengekalkan gigi dan gusi anda sentiasa sihat. 
Doktor pergigian anda perlu tahu mengenai paras glukosa darah dan ubat-ubatan yang anda ambil

• Elakkan keadaan mulut yang kering, minum banyak air dan mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula untuk merangsang pengeluaran air liur

• Jika anda merokok, berusahalah untuk berhenti merokok

Kesimpulannya, kawalan penyakit pergigian boleh dicapai dengan mengawal kadar glukosa dalam darah dan mengawal kebersihan mulut

Pentingnya ilmu pendidikan tentang diabetes terutama berkaitan kawalan glisemia (gula dalam darah), pembersihan plak pergigian, menguruskan masalah mulut kering, menghentikan merokok, menguruskan diet/pemakanan dan mendapatkan khidmat rawatan dan penjagaan pergigian profesional

Kajian telah menunjukkan kesihatan pergigian yang baik akan membantu kawalan gula pada pesakit yang bermasalah dalam mengawal penyakit diabetes

Kredit: Portal MyHealth, Pakar Bedah Pergigian Dr. Sai Mala

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/12/risiko-penyakit-mulut-di-kalangan-pesakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemakanan Diet Bagi Pesakit Gout

Pemakanan Diet Bagi Pesakit Gout

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 496 hits
PEMAKANAN DIET BAGI PESAKIT GOUT Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan Asid urik terhasil daripada pemec...
Pesakit Covid 19 Resah Keliru Dibiar Menunggu Di Rumah

Pesakit Covid 19 Resah Keliru Dibiar Menunggu Di Rumah

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 275 hits
Ketika jangkitan Covid 19 meningkat ke paras tertinggi di seluruh Lembah Klang pegawai Kementerian Kesihatan berdepan kesukaran membawa pesakit ke hospital dengan segera Kelewatan itu menyebabkan beberapa kes positif Covid 19 terpaksa menun...
Guna Semua Aset Kerajaan Angkut Pesakit Covid 19 Ke Hospital

Guna Semua Aset Kerajaan Angkut Pesakit Covid 19 Ke Hospital

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 309 hits
Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menggesa kerajaan menggunakan pengangkutan awam untuk membawa pesakit Covid 19 ke hospital berbanding membiarkan mereka menjalani kuarantin di rumah Rajiv berkata Malaysia boleh mencontohi Singapura yang ...
Tip Penjagaan Kulit Bagi Pesakit Ekzema

Tip Penjagaan Kulit Bagi Pesakit Ekzema

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 225 hits
Tip Penjagaan kulit bagi pesakit Ekzema Ekzema mungkin ada yang tidak tahu apa itu ekzema Bagi yang mengalami atau mempunyai ahli keluarga yang menghadapi masalah ini tahu mengapa ia terjadi dan bagaimana deritanya pesakit ekzema ini Buat p...
Covid 19 Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Kuarantin Di Rumah

Covid 19 Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 290 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbangkan untuk pesakit Covid 19 tahap satu dan dua menjalani kuarantin di rumah sekiranya keadaan memerlukan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata sekiranya ia d...
Logistik Jadi Sebab Pesakit Tanpa Gejala Disaran Kuarantin Di Rumah

Logistik Jadi Sebab Pesakit Tanpa Gejala Disaran Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 249 hits
Kelewatan logistik untuk memindahkan pesakit merupakan sebab Kementerian Kesihatan menyarankan sebahagian pesakit Covid 19 yang tidak menunjukkan gejala agar melakukan kuarantin kendiri di rumah sehingga dijemput pihak hospital Ketua Pengar...
Polis Buru Pesakit Lari

Polis Buru Pesakit Lari

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 255 hits
BH ONLINE Polis memburu pesakit COVID 19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin Gambar hiasan NSTP TAMPIN Polis mengesan seorang pesakit COVID 19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin pagi semalam Ketua Polis Daerah Tampin Superintende...
Pesakit Wabak Covid 19 Telah Lari Dari Hospital Tampin

Pesakit Wabak Covid 19 Telah Lari Dari Hospital Tampin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 408 hits
Polis kini sedang giat mengesan seorang pesakit Covid 19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin pada 30 Disember 2020 Pesakit berkenaan M Gunasegaran 33 dipercayai melarikan diri daripada hospital tersebut melalui tangga belakang wad yang...
Bergejala Masih Bertugas Punca Kes Covid 19 Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Tinggi

Bergejala Masih Bertugas Punca Kes Covid 19 Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Tinggi

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 251 hits
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas untuk megambil tujuh orang warga asing yang disyaki positif Covid 19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di s...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy