Risiko Obesiti Kepada Kanak Kanak Ibubapa Jangan Ambil Mudah



Adakah berat badan anak saya normal?

Berat badan kanak-kanak bertambah sepanjang proses tumbesaran. Berat badan yang sempurna (‘ideal weight’) juga bertambah mengikut umur.

Oleh itu, kita perlu merujuk kepada carta ‘body mass index’ (BMI) untuk mengetahui samada berat badan anak kita normal (rajah 1).


Apa yang dimaksudkan dengan berlebihan berat badan?

Berlebihan berat badan atau yang lebih serius ialah obesiti, telah ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berdasarkan body mass index (Rujuk Gambar Dibawah)

Apakah maksud obesiti?

BMI = berat (kg) / tinggi² (m²)Berlebihan berat badan: BMI melebihi ‘percentile’ ke 85 (Rujuk Gambar Dibawah)Obesiti : BMI melebihi ‘percentile’ ke 95Obesiti yang serius: BMI melebihi ‘percentile’ ke 99

Adakah masalah gemuk ini kerap berlaku di Malaysia?

Masalah gemuk di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia semakin meningkat dan telah mencapai 30%.


Apa yang menyebabkan obesiti?

Faktor persekitaran ialah faktor penyebab utama untuk obesiti walaupun kita tahu faktor genetik juga memainkan peranan.

Apabila ibu bapa gemuk, anak mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi gemuk kerana mengalami faktor persekitaran dan faktor genetik yang sama.

Faktor genetik tidak boleh diubah. Oleh itu, kita perlu menumpu perhatian kepada faktor persekitaran untuk mencegah obesiti.

Kurang daripada 1% kes berlebihan badan yang dirujuk ke hospital dikenalpasti berpunca daripada masalah hormon dan masalah genetik.

Walau apa pun penyebabnya, masalah obesiti berlaku apabila pengambilan kalori melebihi penggunaannya.

Peningkatan berat badan = pengambilan kalori > penggunaan kalori


Risiko kesihatan apabila berlebihan berat badan

Kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan;
Diabetes Mellitus jenis 2: Ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia seawal 8 tahun.Tekanan darah tinggi – Tekanan darah bertambah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan membebankan jantung dan membawa kerosakan kepada jantung.Masalah hati – Masalah hati berlemak (‘Fatty liver disease/ nonalcoholic steatohepatitis or NASH‘) sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi hati (‘liver failure, cirrhosis‘).Kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (‘Obstructive sleep apnea‘): Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.Batu karang pada pundi hempedu (Gallstones) – Kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.Kerosakan sendi – Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.Sindrom metabolik dan risiko penyakit jantung – Sindrom metabolik terjadi apabila pesakit obes juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan 30-40% kanak-kanak obes dan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.Penyakit Jantung – ‘Atherosclerosis’ (perubahan pada dinding pembuluh darah) ialah masalah yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik.Masalah haid – kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (‘uterine fibroid’) and masalah kitaran haid apabila dewasa.Membesar menjadi orang dewasa yang gemuk – Kanak-kanak obes lazimnya membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Setengah daripada orang dewasa yang gemuk juga gemuk pada zaman kanak-kanak.Kemurungan – Masalah obes sering dikaitkan dengan masalah kemurungan dan kurang keyakinan diri. Ini boleh menyebabkan masalah susah tidur, kurang aktif, makan berlebihan dan seterusnya menambahkan lagi berat badan pesakit obes.

Bagaimanakah mengatasi masalah obes pada kanak-kanak?

Orang dewasa yang obes harus mengurangkan berat badan. Kanak-kanak obes pula perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran (berat kekal semasa tinggi sedang bertambah). Ini boleh memperbaiki semula kesihatan kanak-kanak obes.

Masalah kesihatan berkaitan dengan obes boleh dikurangkan dengan tabiat makan yang baik dan senaman yang kerap.

Kegiatan fizikal setiap hari, selama sekurang-kurangnya 1 jam. Ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot. Kanak-kanak patut terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal yang menyenorokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah perlu digalakkan.Sokongan dan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka. Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan menggunakan satu carta. Pujilah mereka sekiranya mencapai matlamat. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.Hadkan aktiviti sedentari, iaitu tidak boleh melebihi 2 jam sehari (video atau wayang, permainan video, aktiviti komputer). Ini tidak termasuk ulangkaji dan kerja sekolah. Elakkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga.Galakkan kanak-kanak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.Makan mengikut masa, iaitu untuk sarapan pagi, tengahari dan malam. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan terlebih makan kemudian. Makan sarapan pagi, tengahari dan malam di rumah bersama ahli keluarga. Elakkan makan sambil menonton televisyen.Jangan meletakkan televisyen di bilik tidur anak.


Bilakah kanak-kanak obes perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Endokrin?

Kanak-kanak obes perlu dirujuk ke Pakar Pediatrik Endokrin apabila:

Terdapat komplikasi daripada obesiti.Diabetes Mellitus jenis 2 berlaku.
* Kanak-kanak obes yang mengalami masalah kemurungan perlu dirujuk kepada Pakar Psikologi.


Adakah ujian darah diperlukan untuk kanak-kanak obes?

* ‘Oral glucose tolerance test’ (Ujian darah untuk paras glukos pada permulaan ujian dan 2 jam selepas pengambilan glukos) mungkin perlu untuk pesakit tertentu.

Ujian paras glukos (berpuasa) untuk mengesan penyakit diabetes mellitus. Ini perlu dilakukan pada kanak-kanak obes yang:Berumur > 10 tahun (pada akhil baligh sekiranya ini berlaku sebelum umur 10 tahun).Mempunyai 2 atau lebih faktor risiko.Diabetes Mellitus jenis 2 dikalangan ahli keluarga (generasi pertama dan kedua) bangsa ‘African-American, Hispanic, American Indian, Asian, or Pacific Islander origin’.Mempunyai ‘acanthosis nigricans’ (kulit gelap dan tebal pada leher), ‘polycystic ovary syndrome’, tekanan darah tinggi, dan masalah kolesterol tinggi.Ujian lain termasuk:Ujian darah untuk paras kolesterol.Ujian darah untuk fungsi hati (‘liver function test’).Ultrasound untuk mengesan hati berlemak (fatty liver).

Apakah ubat yang berkesan mengurangkan berat badan kanak-kanak obes?

Penggunaan ubat langsing badan terhadap kanak-kanak obes adalah sangat terhaddisebabkan oleh kesan sampingan ubat kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat kadang-kala boleh dipertimbangkan untuk jangka pendek bagi pesakit tertentu.


Bagaimana mencegah masalah berat badan berlebihan dikalangan kanak-kanak?

Bermula hari ini, pilihlah gaya hidup yang sihat. Amalkan senaman dan pengambilan makanan seimbang setiap hari.

Mengajar kanak-kanak tentang gaya hidup sihat akan meningkatkan proses pembelajaran mereka di sekolah di samping mengekalkan badan yang sihat dan kuat.

Ibu bapa disarankan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah anak mereka bagi mewujudkan persekitaran yang baik.

Carta BMI untuk perempuan berumur 2 ke 20 tahun
Carta BMI untuk lelaki berumur 2 ke 20 tahun

MyHealth

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/06/risiko-obesiti-kepada-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Dengan Lampu Terbuka Meningkatkan Risiko Obesiti

Tidur Dengan Lampu Terbuka Meningkatkan Risiko Obesiti

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1059 hits
Adakah anda lebih suka tidur dengan lampu terbuka atau televisyen dipasang fikirkan semula Kajian terkini yang melibatkan 43 722 wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan Peningkatan 5...
Jangan Mudah Percaya Kata Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor

Jangan Mudah Percaya Kata Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 494 hits
Oleh Doktor tu kata kalau ambil ubat dia nanti banyak kencing sebab ubat tu nak buang gula dari badan Melopong saya dengar Makcik ni ada kencing manis kaki dia ada luka kencing manis yang agak teruk Separuh jadi dah tanggal kaki dah berluba...
Diam Diam Jangan Cakap Jangan Degil Sangat Peminat Nasihat Fasha Sandha Keguguran

Diam Diam Jangan Cakap Jangan Degil Sangat Peminat Nasihat Fasha Sandha Keguguran

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 729 hits
Belum lama semalam peminat dikejutkan dengan berita sedih apabila Fasha mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu BACA Menerusi Instagram miliknya Fasha berkongsi gambar dan memohon maaf maaf kepada suami dan anak ...
Jangan Sirna

Jangan Sirna

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 195 hits
jangan sirnaengkau berkilau di langitdan ketika terang itu tiadaapa yang bisa aku katakanapa yang dapat kutuliskan lagidi kertas hayat iniselain malam akan panjang kelamaku amat memintaagar dari segala pergi ituada yang masih tertinggal dek...
18 Bulan Masih Belum Boleh Bercakap Perkataan Difahami Ibu Ayah Patut Risau Jangan Tunggu

18 Bulan Masih Belum Boleh Bercakap Perkataan Difahami Ibu Ayah Patut Risau Jangan Tunggu

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 400 hits
Anak 12 hingga 18 bulan masih belum hasilkan perkataan yang boleh difahami bermakna Keadaan ini memang perlu dibimbangi Ketahui 7 faktor yang biasa menjadi penyebab kegagalan ini Menurut Nawal Mohd Shafie Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pe...
Cara Terbaik Dan Mudah Untuk Tahu Powerbank Original Atau Fake

Cara Terbaik Dan Mudah Untuk Tahu Powerbank Original Atau Fake

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 277 hits
LIHAT BOARD DAN JENIS BATTERY Yang ini agak payah sedikit kerana anda harus buka powerbank anda dan lihat isi di dalamnya Anda juga boleh lihat Board dan Battery yang digunakan dan adakah ianya daripada Pineng Anda juga boleh lihat adakah B...
Ini Dia Tahapan Mudah Jago Jualan Untuk Reseller

Ini Dia Tahapan Mudah Jago Jualan Untuk Reseller

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 214 hits
Topik kita kali ini yakni Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki pendapatan tambahan maka ...
3 Langkah Sederhana Dan Mudah Dilakukan Untuk Membuat Kulit Wajah Sehat Bercahaya

3 Langkah Sederhana Dan Mudah Dilakukan Untuk Membuat Kulit Wajah Sehat Bercahaya

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 179 hits
Memiliki kulit yang sehat merupakan impian bagi banyak orang terutama wanita Kondisi kulit yang sehat ini bisa membuat penampilan lebih berkesan dengan tampilan wajah yang juga bersinar
Nonton Festival Sriwijaya 2019 Jangan Lupa Cicipi Kulinernya

Nonton Festival Sriwijaya 2019 Jangan Lupa Cicipi Kulinernya

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 154 hits
Kalian ada rencana nonton Festival Sriwijaya 2019 di Palembang 16 22 Juni nanti Kalau ya jangan lupa cicipi kuliner khasnya Semua ikon kuliner khas Sumatera Selatan akan diperkenalkan di Festival Sriwijaya 2019
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ngedate

Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja