Risaunya Ada Anak Perempuan Jangan Sampai Ada 6 Sikap Buruk Ni


Ketika membesarkan anak perempuan, banyak cabarannya. Perlu diajarkan tentang pelbagai perkara terutamanya kehormatan diri. Itulah yang menjadi kerisauan ibu ayah apabila anak perempuan sepanjang mereka membesar.
Artikel Menarik: [Bila Suami ‘Tundukkan’ Pandangan, Isteri Wanita Tercantik Di Matanya!]
Nak besarkan anak perempuan dengan baik perlu elakkan enam perkara ini. Jadikan perkongsian dari Ustazah Aminah Mat Yusoff ini sebagai panduan untuk kita semua.
Pesan Imam Al-Ghazali.. Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW :
عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Artikel Menarik: [Ciuman Untuk Isteri & Anak-Anak, ‘Tabung’ Pahala Buat Suami. Amalkan!]
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, jadi Yakin Diri & Berani!]
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.

3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja.
Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal 5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Risaunya Ada Anak Perempuan. Jangan Sampai Ada 6 Sikap Buruk Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/risaunya-ada-anak-perempuan-jangan-sampai-ada-6-sikap-buruk-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Lucu Bila Anak Kecil Tiru Perangai Buruk Orang Lain Jangan Dibiarkan Kena Tegur

Tak Lucu Bila Anak Kecil Tiru Perangai Buruk Orang Lain Jangan Dibiarkan Kena Tegur

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 230 hits
Aksi anak kecil meniru orang lain atau orang dewasa memang mencuit hati dan boleh buat orang terhibur Namun ia tak lagi lucu dan comel bila yang anak tiru itu adalah perbuatan tak senonoh Sentiasa ingat anak masih belajar tentang dunia dan ...
Bersedia Untuk Masa Tua Jangan Susahkan Anak Menantu Pesanan Bonda Rozita

Bersedia Untuk Masa Tua Jangan Susahkan Anak Menantu Pesanan Bonda Rozita

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 269 hits
Usahawan terkenal Bonda Rozita yang juga ibu kepada Dato Aliff Syukri menitipkan pesanan buat golongan wanita agar sentiasa menghargai diri sendiri Malah dia turut berkongsi pesanan yang selalu dititipkan buat anak anaknya supaya sentiasa b...
Anak Usia 7 Tahun Di Bogor Mengalami Gizi Buruk Pernah Demam Kejang

Anak Usia 7 Tahun Di Bogor Mengalami Gizi Buruk Pernah Demam Kejang

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 203 hits
Kasus anak gizi buruk kembali ditemukan di Kabupaten Bogor Kali ini laporan gizi buruk dialami AM warga Kecamatan Parungpanjang sejak Juni 2022
Genap 40 Hari Berjuang Di Nicu Ibu Terkilan Anak Pergi Angkara Sikap Cuai Segelintir Misi

Genap 40 Hari Berjuang Di Nicu Ibu Terkilan Anak Pergi Angkara Sikap Cuai Segelintir Misi

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 298 hits
Seorang ibu meluahkan rasa terkilan apabila bayi sulung mereka menerima layanan daripada segelintir jururawat yang tidak bertanggungjawab semasa menjalankan tugas di Neonatal Intensive Care Unit Menerusi perkongsian oleh wanita dikenali Nur...
Beg Tangan Perempuan Berubah Selepas Ada Anak

Beg Tangan Perempuan Berubah Selepas Ada Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 180 hits
Beg tangan atau Handbag Satu aset keperluan wanita Tapi anan sekarang Lelaki pun ada beg tangan juga Aset lelaki pun dah banyak kalau nak keluar rumah sekarang ni Handbag wanita sebelum kahwin dan selepas kahwin memang beza yang amat Kebany...
Pasal Anak Je Serah Kat Bini Jangan Berat Sebelah Anak Tanggungjawab Bersama

Pasal Anak Je Serah Kat Bini Jangan Berat Sebelah Anak Tanggungjawab Bersama

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 160 hits
Menjaga anak bukan hanya tanggungjawab isteri malah sebenarnya menjadi tanggungjawab bersama suami dan isteri Namun ada sesetengah pasangan meletakkan tugas menjaga anak di bahu isteri semata mata Jangan berat sebelah Masakan untuk anak ist...
Lagi Buruk Padahnya Bila Tak Paksa Anak Belajar Latih Anak Stress Kecil

Lagi Buruk Padahnya Bila Tak Paksa Anak Belajar Latih Anak Stress Kecil

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 180 hits
Kita selalu bimbang anak kita stress setiap kali dipaksa belajar Jangan tersalah langkah Situasi bagaimana yang seharusnya kita paksa dan situasi bagaimana pula yang boleh menimbulkan stress melampau pada anak Belajarlah kenal pasti dua per...
Cara Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Banyak Perbezaan

Cara Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Banyak Perbezaan

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 275 hits
Cara ajar anak potty train atau latihan tandas bukanlah satu tugasan mudah Tetapi benarkah terdapat perbezaan bagi cara potty training anak lelaki dan perempuan 5 perbezaan cara potty training anak lelaki perempuan Ketika si manja mula menu...
Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Kongsikan Biar Lebih Ramai Tahu

Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Kongsikan Biar Lebih Ramai Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 199 hits
Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang bergelar suami isteri Ada yang tak sampai berkahwin sudah dikurniakan anak ada yang terpaksa menunggu sampai 10 tahun tapi belum ada rezeki Lahir anak pertama perempuan kedua pun perem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah