Ringgit Dijangka Kekal Aliran Meningkat Minggu Depan


BernamaMenurut peniaga, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS minggu depan dipacu oleh angka kadar pengangguran lebih positif, data KDNK suku kedua 2020 lebih baik berbanding jangkaan serta kelemahan dolar AS.KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan pengukuhan berbanding dolar AS minggu depan dipacu oleh angka kadar pengangguran lebih positif, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2020 lebih baik berbanding jangkaan serta kelemahan dolar AS, kata peniaga.
Walaupun begitu, pelabur akan mengikuti rapat perbincangan perdagangan antara pegawai tinggi Amerika Serikat (AS) dan China, yang dijadualkan pada 15 Ogos untuk meneliti semula pelaksanaan perjanjian perdagangan fasa 1 yang dimeterai pada pertengahan Januari.
Ketua pakar strategi pasaran global, AxiCorp, Stephen Innes berkata, ringgit dijangka kekal menjadi pilihan pelabur memandangkan hasil sebenar AS terus merosot.
Beliau berkata, ringgit/dolar AS akan diniagakan secara agresif dalam julat 4.1750 hingga 4.1950 minggu depan, dengan paras rendah dijangka melebihi garis aliran jangka panjang.
Bagaimanapun sekiranya China mengesahkan kembali komitmennya untuk meningkatkan import kacang soya dan tenaga dari AS, ini sekali gus menjadi persekitaran yang tidak menggalakkan bagi ringgit dan mungkin mempengaruhi prestasinya pada minggu berikutnya.
“Memandangkan kemelesetan ekonomi membelenggu ekonomi AS, maka negara itu masih tidak dijangka menolak perjanjian perdagangan berkenaan.
“Jadi situasi itu mewujudkan keadaan yang kurang negatif bagi mata wang seperti ringgit. Secara keseluruhan, kita akan menyaksikan permintaan semasa mata wang selamat, iaitu ke atas dolar AS berkurangan, yang sebaliknya akan memacu ringgit,” katanya.
Bank Negara Malaysia dijadualkan mengumumkan prestasi KDNK suku kedua 2020 pada 14 Ogos.
Penggiat pasaran menjangkakan angka KDNK rendah memandangkan pandemik Covid-19 mengakibatkan ekonomi ditutup sebahagiannya dalam tempoh tersebut.
Namun mereka yakin prestasi KDNK tetap lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain kerana Malaysia melonggarkan sekatan pergerakan lebih awal apabila berjaya mengekang peningkatan kes baru Covid-19.
Ringgit ditutup tinggi secara ketara berbanding dolar AS pada 4.1830/1900 pada Jumaat daripada 4.2380/2420 pada Khamis minggu lepas.
Pasaran ditutup pada Jumaat lepas susulan cuti umum sempena sambutan Aidiladha.
Mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0562 daripada 3.0806/0849 pada Khamis minggu lepas dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9589/9667 daripada 4.0350/0400.
Unit tempatan juga stabil berbanding pound Britain kepada 5.4755/4864 daripada 5.5102/5176 minggu lepas dan tinggi berbanding euro kepada 4.9426/9517 daripada 4.9826/9882.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/ringgit-dijangka-kekal-aliran-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aliran Trafik Ke Ibu Negara Bertambah Dijangka Meningkat Petang Ini

Aliran Trafik Ke Ibu Negara Bertambah Dijangka Meningkat Petang Ini

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR 2 Ogos Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal walaupun jumlah kenderaan menuju ke ibu negara bertambah setakat 2 30 petang ini Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tra...
Pkr Sabah Muktamad Senarai Calon Kerusi Minggu Depan

Pkr Sabah Muktamad Senarai Calon Kerusi Minggu Depan

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 313 hits
PKR Sabah muktamad senarai calon kerusi minggu depan nbsp Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Aug 2020 2 53P
Baik Pulih Tanah Mendap Di Johan Setia Siap Minggu Depan

Baik Pulih Tanah Mendap Di Johan Setia Siap Minggu Depan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 389 hits
SHAH ALAM 28 JULAI Proses baik pulih tanah mendap di tapak pembinaan Transit Aliran Ringan 3 di Jalan Klang Banting berhampiran Johan Setia siap seminggu lagi EXCO kerajaan tempatan berkata ketika ini laluan berkenaan sudah dibuka pada Kham...
Minggu Depan Cuti Sekolah 5 Hari Bermula 20 24 Ogos 2020

Minggu Depan Cuti Sekolah 5 Hari Bermula 20 24 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 917 hits
Mungkin ada yang terlupa atau tak lihat takwim persekolahan dan tarikh2 cuti 2020 Saya sendiri pun tak perasan tarikh cuti dah berubah sikit Minggu depan cuti sekolah 5 hari bermula 20 hingga 24 Ogos 2020 ya Awal beritahu Cuti itu memang pe...
Hari Minggu Trafik Blog Ke Laut Pace Larian Pun Ke Laut

Hari Minggu Trafik Blog Ke Laut Pace Larian Pun Ke Laut

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 253 hits
Salam hari minggu biasanya bila tengok dalam statistik blog waktu hari minggu memang kurang trafik dari hari biasa Memang betullah orang malas nak membaca waktu hari minggu termasuk la saya Orang lebih suka view berbanding read pada hari mi...
Najib Rosmah Periksa Lebih 400 Jam 300 Beg Tangan Hujung Minggu Lepas

Najib Rosmah Periksa Lebih 400 Jam 300 Beg Tangan Hujung Minggu Lepas

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan 401 jam tangan 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang disita polis dari premis milik Obyu ...
Dua Minggu Bebas Dari Penjara Penganggur Ditahan Hempas Anak

Dua Minggu Bebas Dari Penjara Penganggur Ditahan Hempas Anak

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 281 hits
IPOH 5 Ogos Baru sahaja dua minggu dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah seorang penganggur ditahan lagi selepas tergamak menghempas anak kandungnya berusia tujuh tahun ke lantai rumah dalam kejadian di Kampung Kroh Hilir Kuala Kan...
Bawa Batu Hingga Molotov 8 Orang Ditangkap Saat Demo Di Depan Mpr Dan Dpr

Bawa Batu Hingga Molotov 8 Orang Ditangkap Saat Demo Di Depan Mpr Dan Dpr

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 309 hits
Pelbagai barang bukti disita polisi dari delapan orang tersebut Barang bukti itu di antaranya Bom Molotov
Hiburan Leher Dah Boleh Nampak Vicha Gembira Berat Badan Turun 10kg Dalam 3 Minggu

Hiburan Leher Dah Boleh Nampak Vicha Gembira Berat Badan Turun 10kg Dalam 3 Minggu

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 323 hits
Berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram pelakon dan pelawak Vicha mendedahkan beliau hanya mengambil masa kurang sebulan selepas menjalani rutin gaya hidup yang lebih sihat Hasil...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi