Ringgit Dan Ekonomi Dah Ok Kan


 
Pada 25 Sept lalu ringgit melepasi paras RM4.14 berbanding dollar AS untuk kali pertama sejak November 2021. Ini menurut pakar ekonomi. Sebenarnya sejak Julai tahun ini nilai matawang negara menunjukkan prestasi baik. Ia mengukuh susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju terutama AS. Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS.
Pada 27 Sept lalu, The Edge melaporkan BMI, satu unit Fitch Group yang menawarkan perkhidmatan informasi kewangan, menyemak semula jangakaan akhir tahun terhadap ringgit daripada 4.55 kepada 4.0. Ini menggambarkan prestasi robust ringgit pada suku ketiga tahun ini.
BMI meramalkan ringgit terus mengukuh tahun depan untuk mencapai 3.55 berbanding dolar AS pada akhir 2025. Ya itu jangkaan dan ramalan tetapi menggembirakan dan menyakinkan khususnya setelah sekian lama rakyat merungut dan risau dengan nilai ringgit. Saban hari waktu itu ramai yang meluahkan kebimbangan di media sosial. Namun prestasi baik ringgit kini tidak diperkatakan serancak waktu nilainya menurun dulu.
Apa pun sekarang ekonomi negara juga dilapor mempamerkan prestasi baik. Pertumbuhan rancak tahun ini. Malaysia dilihat sebagai standout performer di rantau Asia Tenggara. Faktor penyumbang termasuk keyakinan pelabur asing dan kenaikan nilai ringgit. Ini juga menurut pakar yang tampil dengan statistik yang saya tidak cadang ulangi di sini.
Ringgit yang kuat bagaimanapun mempunyai kesan ke atas sektor eksport barangan negara. Nilai ringgit naik bermakna harga barangan yang dieksport turut naik. Maksudnya lebih mahal. Namun pakar berpendapat pembeli akan tetap beli meskipun mengakui 
potentially affecting their competitiveness. Pun begitu kenaikkan nilai ringgit kata pakar membawa banyak manfaat kepada ekonomi. Bagi pengguna ia menaikkan kuasa membeli terutama terhadap barangan import dan perkhidmatan. Ini menurut pakar boleh membawa kepada kadar inflasi rendah.
Apabila nilai ringgit rendah dan dikaitkan dengan ekonomi suram ramai yang menuding jari dan menyalahkan kerajaan. Kalau ikut sifir yang sama adakah apabila ringgit kuat dan ekonomi baik kerajaan harus dipuji? Saya tidak akan menjawab persoalan itu.
Beberapa pakar ekonomi memuji kerajaan. Give credit when credit is due, kata mereka. Ramai juga pakar berpendapat kestabilan politik menyaksikan ringgit mengukuh dan prestasi baik ekonomi. Antara pakar yang berpendapat sedemikian ialah Ahmed Razman Abdul Latiff dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau dipetik FMT berkata kestabilan politik hasil pimpinan PMX dilihat antara faktor menyumbang pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS. Kata beliau sejak Anwar pegang tampuk pemerintahan tiada percubaan menjatuhkan kerajaan atau pertukaran kepimpinan yang memberi keyakinan pelabur masuk untuk membawa pelaburan ke Malaysia.
Berkata pula seorang kawan saya: 
Ramai dalam kalangan marhaen bertanya sama ada harga barang dan kos kehidupan akan turun sekarang memandangkan ringgit dah kukuh. Itu sahaja yang mereka mahu.
Kawan saya itu memang bukan peminat Anwar Ibrahim. I think you know what I mean. Bagaimanapun apa yang beliau kata itu ada benarnya.
Masalah bekalan telur, daging ayam, minyak masak, beras tempatan, bawang, misalnya boleh dikatakan sudah diatasi namun harga masih tinggi. Bil bulanan terutama letrik dibayar pada kadar tinggi. Mengapa ini berlaku? Salah siapa harga barangan masih mahal?
Kerajaan kena tahu jawapannya supaya langkah wajar diambil. Untuk berlaku adil kita tabik kepada kerajaan kerana berjaya melakukan apa yang sudah dilakukan — menguatkan nilai ringgit dan mencatat ekonomi baik. Tetapi tabik kita diiringi peringatan ada lagi yang mesti lakukan.
Pakar ekonomi Universti Malaya Nazari Ismail dipetik FMT berkata dalam keadaan ringgit mengukuh kerajaan perlu membuktikan mereka serius mengawal perbelanjaan dan kewangan negara.

Kalau defisit terlampau besar dan hutang semakin banyak sudah tentu ini akan membimbangkan pasaran kewangan dan beri kesan negatif kepada nilai ringgit, kata beliau.
Betul. Apa lagi hutang negara yang dipikul kerajaan ini ‘diwarisi’ daripada kerajaan pimpinan you know who masih besar. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/ringgit-dan-ekonomi-dah-ok-kan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Mengukuh Kerana Prestasi Ekonomi Yang Meningkat

Ringgit Mengukuh Kerana Prestasi Ekonomi Yang Meningkat

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 160 hits
Ahmad MursiAlhamdulillah Semoga negara kita terus makmur stabil dan anak dapat peluang terbaik untuk bangunkan diri ringgit mengukuh antara sebab inflasi kita terkawal bukan hanya berbanding dollar mengukuh berbanding dengan banyak negara l...
Agenda Meruntuhkan Bisnes Dan Ekonomi Islam

Agenda Meruntuhkan Bisnes Dan Ekonomi Islam

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 232 hits
1 Berkaitan kumpulan syarikat yang ada pasar di Putrajaya tu ada orang yang kata walaupun dari sudut agama ada yang menyeleweng tapi dia bagus dari sudut ekonomi dan perniagaan banyak kita boleh belajar daripadanya untuk meningkatkan ekonom...
Peluang Menjana Pendapatan Sambil Membantu Meningkatkan Tahap Ekonomi Petani Palestin

Peluang Menjana Pendapatan Sambil Membantu Meningkatkan Tahap Ekonomi Petani Palestin

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 215 hits
Peluang Menjana Pendapatan Sambil Membantu Meningkatkan Tahap Ekonomi Petani PalestinTerdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan Salah satunya dengan menjual produk tidak kira secara online mahupun offline Menjana pendapatan memang suda...
Minyak Zaitun Organic Alard Peluang Jihad Ekonomi Palestin

Minyak Zaitun Organic Alard Peluang Jihad Ekonomi Palestin

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 198 hits
Peluang Jihad Ekonomi Palestin Ramai khususnya Umat Islam ambil peluang berjihad dalam membantu ekonomi Palestin Korang masih ingat tak Mamayanie ada kongsikan salah satu The post appeared first on
Kerajaan Pahang Lancarkan Jenama Emas Pahang Gold Untuk Merancakkan Ekonomi Negeri

Kerajaan Pahang Lancarkan Jenama Emas Pahang Gold Untuk Merancakkan Ekonomi Negeri

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 202 hits
PUTRAJAYA Pahang mengorak langkah menerusi pelancaran jenama Pahang Gold dalam usaha meneroka pembuatan produk hiliran emas serta merancakkan ekonomi negeri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pelancaran jenama menerusi Pa...
Tanda Tanda Ekonomi Elok

Tanda Tanda Ekonomi Elok

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 117 hits
Jamzuri Ardani Tanda tanda ekonomi negara bertambah baik 1 Jalan jem tak kira masa 2 Restoran penuh tak cukup meja3 Pasaraya sesak 4 Bursa saham mencanak5 Syarikat payah nak cari pekerja6 Ringgit mengukuhdan pembangkang kemurungan
Gbp Usd 1 Oktober Ekonomi Merosot Powell Memperlahankan Retorik

Gbp Usd 1 Oktober Ekonomi Merosot Powell Memperlahankan Retorik

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 211 hits
Pada hari Isnin pasangan GBP USD terus berdagang secara mendatar pada carta setiap jam antara tahap 1 3357 dan 1 3425 Hari ini penurunan pasaran mempunyai peluang untuk menembusi di bawah julat ini yang boleh menyebabkan penurunan lanjut ke...
Jana Pendapatan Bersama Al Ard Dan Bantu Ekonomi Para Petani Di Palestine

Jana Pendapatan Bersama Al Ard Dan Bantu Ekonomi Para Petani Di Palestine

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 194 hits
Jana Pendapatan Bersama Al Ard Dan Bantu Ekonomi Para Petani Di Palestine Dari sehari ke sehari melihat berita mengenai Palestine memang menyedihkan Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu yang berlaku di Palestine kita hanya mampu...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas