Ringankan Di Dunia Nanti Berat Di Akhirat
RINGANKAN DI DUNIA..NANTI BERAT DI AKHIRAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
RINGANKAN DI DUNIA..NANTI BERAT DI AKHIRAT |Ringankan di dunia bukan bererti ambil mudah setiap hukum yang telah Allah SWT tetapkan..tetapi ringanknlah diri untuk memenuhi apa yang disyariatkan kepada kita.Penuhi yang wajib,,tambah dengan yang sunat-sunat.Tak apalah sikit-sikit pun..yang penting sungguh-sungguh.Berterusan
Keletihan itu adalah cabaran besar.Bermula daripada rasa letih..membawa kepada rasa malas dan berat.Berlengah-lengah seterusnya tidak buat atau meninggalkan dengan rasa tidak bersalah.Rasa tidak berdoasa itu bahaya.PC juga manusia.Rasa letih itu juga ada.Apatah lagi rasa malas.Tetapi mesti cuba lawan.Lawan hingga sedar bahawa semuanya ada campur tangan makhluk yang sudah bersumpah mahu menghancurkan anak cucu Adam as
Tidak terhitung sebenarnya berapa kali tewas dengan pujuk rayunya.Allahu.Berdosa PC .Benarlah dunia ini mewah dengan tipu daya.Terkadang diri sendiri yang memilih untuk terjerumus ke lembah yang membahang.Moga Allah SWT sentiasa terima taubat-taubat PC dan semua hamba-NYA
Ringankan di dunia..nanti berat di akhirat.Bagaimana?..Ayuh kita sulam kehidupan kita dengan perbuatan yang kecil dan ringan tetapi menjadi peguam bela tatkala di mahsyar kelak..aamiin
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)Rujukan
Ayu kita berselawat.Salam Jumaat sahabat-sahabat semua.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/02/ringankan-di-duniananti-berat-di-akhirat.html