Ride Sarapan Bandar Melaka Sayyid Antique Cafe Dan Cendol Jam Besau


assalamualaikum
selamat petang 😊

saya cuti-cuti krismas di Bangi je. kakak saya, k Ina dan husband fly ke Mekah petang semlm, menunaikan umrah. dpt hantar k Ina dan abg Roslan ke KLIA. mereka pergi berdua. awal Januari nanti dijangka balik ke sini. so, 3 hari cuti ni, saya di sini saje, masak-masak utk mak abah dgn kakak sulung, k Anim 😍. memang takde niat nak bercuti ke mana-mana. malam tadi bwk anak-anak tgk wayang Mechamato. alhamdulillah..

alang-alang ada masa ni hah, hapdet blog dgn kisah lepas. tak dpt nak hapdet blog ikut timeline yg tepat. dek kesibukan ntah hape-hape, byk cerita tertangguh-tangguh dlm blog hu hu hu... apa yg pasti, sharing di blog adalah penting walaupun lambat. demi diri sendiri nanti nak baca-baca mengimbau kisah keluarga

throwback 11.12.2022 lepas, pagi-pagi mr.Asben da ajak sarapan luar, ride motor baharu dia. takde idea nak sarapan mana. Muar? Seremban? 😄 aduh, suamiku. pagi-pagi laki bini dah kena brainstorming tempat sarapan. hingga terpaksa guna khidmat pakcik google ha ha ha ha..


begitu begini, memang dah rezeki Sayyid Antique & Cafe, Lorong Hang Jebat, Melaka. pagi tu cuaca mendung, hujan gerimis. hati berbelah-bahagi juga nak ride ke bandar. buatnya hujan lebat, ribut ke, kan, camne? 😖
tapi tu la, kami laki bini redah aje. jika hujan menjadi lebat, kami stop la di mana-mana. tak teruskan ride ke bandar. and berkat doa musafir dari Durian Tunggal nak ke bandar Melaka, hujan tak lebat. cuaca menjadi elok hingga ke tengahari tau

nescafe tarik
milo tarik


bila sarapan, tak perlu menu yang sukar. menu di sini simple. mudah nak decide nak makan apa
Melaka nyonya laksanasi lemaksotolontongmihun gorengmee gorengnasi gorengayam gorengayam rendangset roti bakartelur separuh masak
wajib la order set roti bakar. sedap

telur separuh masak 😍

kami ada order lontong, tapi baru sedar tak snap gambar. sedap! dihidangkan dgn pinggan berbunga yg nenek-nenek kita zaman dulu guna. pinggan legend

kedai kecil yang selesa
sentiasa ada org yang menunggu, beratur

seberang dgn satu kedai kopi Chinese
ni kedai glamer juga ni di sini
bakar roti atas arang 😄

sekeping gambar utk kenangan

vespa comel




duit lama. gambar org lama pun ada

penuh dgn barang antik
dlm pada menunggu makanan, menjamu mata melihat sekeliling



habis sarapan, perut pun kenyang. alhamdulillah. tak boleh berlama-lama kerana ramai pelanggan yang beratur di luar pintu kedai. kita mesti consider orang lain. apa yg penting, makanan & minuman kita semuanya sampai sedap-sedap belaka. masa itu melangkah keluar dari cafe ohsem ni

faham-fahamlah, bila ride berdua ni langkah kami jadik panjang. masa plak masih awal, belum lagi jam 10 pagi. teruslah ajak mr.Asben kelilingi lorong-lorong di area situ. imbau kenangan dulu kala. sekarang area situ dah menjadi tumpuan pelancong. Jonker Street, surely seantero Malaya tahu dah. 

hari cuti, Melaka memang penuh dgn kereta. sib baik kami ride motor, dpt la round segenap lorong-lorong di Jonker Street. melihat kerenah manusia. melihat bangunan lama yg dihiasi indah agar menarik perhatian para pelancong. byk juga cafe hipster di sekitar lorong-lorong ni. ni favourite anak-anak muda la utk sessi coffee coffee 😎.
mercu tanda Jonker Street


then, idea spontan, kami berdua stop di bangunan merah, Stadhuys tu. tujuan utama sebenarnya hanya nak wefie berdua dgn motor dan helmet. tapi tu la, langkah ni terus je ronda kawasan sekitar. lajak ke depan Hard Rock Cafe. lepak-lepak di atas jambatan

sungguh lama tak ke sini. al-maklum, PKP years melanda dunia. bila berada di area sini memang terimbau la kenangan zaman sekolah dan zaman bekerja swasta dulu kala. waktu itu, tempat ni tidak berwarna-warni begini. keadaan biasa, satu tempat bersejarah yang dilawati segenap masyarakat. memang lain benar dah area ni. tu yg releks few minutes menikmati suasana 😊.

angin kuat 😄
tudung tidak bekerjasama


sungai Melaka 😎








cendol jam besar Melaka.korang da pernah merasa cendol sini? jika terlajak ke sini, spend sedikit masa la ye utk merasa. kesedapannya biasa-biasa je. cuma, suasana tu yg mahal. tepi sungai. depan jam besar. orang ramai. kereta sesak. best! meja byk, tapi most of the time penuh. hunting for tables la kami beberapa minit demi nak merasa cendol semangkuk dan air tembikai viral



terkenangkan moment bersama mak abah dulu kala makan cendol kat sini. masa tu hanya la gerai cendol dan meja kerusi biasa. cendol dalam mangkuk keluli. hanya cendol biasa. makan la beratap kan pokok besar di situ. ada la payung pasar malam tu melindungi kali skit skit dari sinaran mentari

then bila nak nikah, bersama mr.Asben pula menjamu selera di sini. pun masih tidak berwarna-warni. tetapi lebih organize lah dari dulu kala. harga pun masih reasonable. belum lagi kuatkuasa "harga pelancongan" 😆 ha ha ha ha..




style di sini, order cendol atau air tembikai di kaunter dan bayar. terus ambil cendol. manakala air tembikai akan dihantar ke meja. harga cendol adalah pelbagai ye. ikut suka la, nak letak ais krim ke, pulut ke, durian ke. manakala harga air tembikai viral tu adalah RM15





saya lihat camne tembikai ni dicucuk dan dijadikan seperti itu. pernah sekali lihat di tv, program siapa ntah bertemakan jalan-jalan cari makan di Melaka. now sendiri dah saksikan. simple and kreatif lah siapa yg mencetuskan idea ni

sebiji tu RM15. saiz tembikai pun tidak kecil ye. kami berdua tak terhabis! dengan semangkuk cendol ais krim. sebiji tembikai pulak tu 😄. Allahu, nikmat mana yg nak kami dustakan. sedap! fresh. boleh korek-korek isi tembikan dlm tu


muka kembang setaman
terpaksa lipat awning tudung yg tak bagi kerjasama tadi tu ha ha ha ha..

ada pulak yg dtg melawat 😄

baiklah, da kenyang. jom balik. anak-anak bertiga kat rumah, rindu la pulak. ibu ayah berjalan carik port baik nak ajak anak-anak nanti. nama je orang Melaka, tapi anak-anak lom pernah lagi ronda-ronda jalan kaki area jam besar ni, gi naik Stadhuys, hiking ke Bukit St. Paul. dulu diorang kecik-kecik ada la












seronok

ride yang bermanfaat

our me-time yang indah 💛


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2022/12/ride-sarapan-melaka-sayyid-antique-cendol-jam-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Jam Berlatih Choi Minho Akui Risaukan Babak Intim Dengan Chae Soobin Dalam The Fabulous

5 Jam Berlatih Choi Minho Akui Risaukan Babak Intim Dengan Chae Soobin Dalam The Fabulous

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 300 hits
Siapa yang menonton The Fabulous pastinya terperanjat melihat keserasian antara Choi Min ho dan Chae Soo bin pada permulaan cerita kan ARTIKEL BERKAITAN Dalam sebuah temubual baru baru ini Choi Min ho yang membawa watak Ji Woo min itu berko...
3700 Mah Bateri Galaxy Z Flip4 Mampu Bertahan Sehingga 10 Jam

3700 Mah Bateri Galaxy Z Flip4 Mampu Bertahan Sehingga 10 Jam

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 116 hits
3700 MAH BATERI GALAXY Z FLIP4 MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 10 JAM Assalammualaikum semua Apa khabar Ruby nak sambung lagi berkongsi cerita tentang telefon pintar kegemaran ramai ni Kali ini berkenaan hayat bateri Ramai bertanya apa perbezaan di...
Flight Delay 8 Jam Tanpa Notis Anthony Loke Arah Malindo Air Mohon Maaf Pada Penumpang

Flight Delay 8 Jam Tanpa Notis Anthony Loke Arah Malindo Air Mohon Maaf Pada Penumpang

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 156 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengarahkan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf kepada semua penumpang yang 8216 tersadai 8217 di lapangan terbang baru baru ini susulan tindakan pihak syarikat itu menangguh...
8 Jam Kena S1dai Di Klia Buat Lelaki Ni Ber4ng Ramai Setuju Sokong Dengan Tindakannya

8 Jam Kena S1dai Di Klia Buat Lelaki Ni Ber4ng Ramai Setuju Sokong Dengan Tindakannya

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 101 hits
Sejak semalam tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki berang di hadapan kaunter penerbangan gara gara menunggu terlalu lama hingga berjam jam untuk menaiki pesawat yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada jam 11 35 malam ...
Ramai Sokong Lelaki Amuk Flight Delay 8 Jam Kita Lewat Seminit Korang Tutup Gate

Ramai Sokong Lelaki Amuk Flight Delay 8 Jam Kita Lewat Seminit Korang Tutup Gate

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 201 hits
Sejak semalam tular di media sosial satu video seorang lelaki mengamuk di hadapan kaunter penerbangan kerana menunggu terlalu lama pesawat yang sepatutnya dinaiki olehnya serta penumpang yang lain Menerusi video yang dikongsikan pengguna Ti...
Aduan Isu Jalan Rosak Kerajaan Pahang Bertindak Segera Dalam Masa 24 Jam

Aduan Isu Jalan Rosak Kerajaan Pahang Bertindak Segera Dalam Masa 24 Jam

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 312 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan mengambil tindakan segera terhadap aduan dan makluman orang ramai berkaitan kerosakan jalan raya di negeri itu dalam tempoh 24 jam Bagaimanapun Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Mohamm...
Rusia Serang Ukraine Beberapa Jam Sebelum Tahun Baharu

Rusia Serang Ukraine Beberapa Jam Sebelum Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 141 hits
Rusia serang Ukraine beberapa jam sebelum Tahun Baharu Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jan 2023 7 58AM
Kueh Cafe Di Seksyen 13 Shah Alam

Kueh Cafe Di Seksyen 13 Shah Alam

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 210 hits
Kueh CafeKueh CafeKueh Cafe ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam Bersebelahan dengan Kueh Cafe ni adalah Dari jauh dah boleh cam kueh cafe ni sebab restoran kueh cafe ni warna hitam Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada di Kueh Cafe ni Koran...
Kek Mc Cafe Mcd Mana Yang Paling Sedap

Kek Mc Cafe Mcd Mana Yang Paling Sedap

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 249 hits
Mc D di kawasan kediaman kak ana ni ada sekali Mc Cafe dan tak jauh pun dari rumah Sini laa port lepak kami malam malam bila dah boring tak tahu nak makan apa Selalu kak ana pii dengan suami dan Adik bila hari bekerja lebih selesa dan tak l...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas