Richworks International Menerpa Nama Di Asia Tenggara
Assalamualaikum
RichWorks International Menerpa Nama Di Asia Tenggara | Siapa pernah dengar RichWorks? Pasti ramai yang mengenali Syarikat terbesar dan paling berjaya dalam bidang keusahawanan di Malaysia ini. Secara ringkasnya, RICHWORKS International adalah sebuah syarikat atau Platform untuk bantu Usahawan menjadi usahawan yang berjaya.
RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) menerpa nama di Asia Tenggara sejak dahulu lagi. Bukan sahaja Malaysia, usahawan dan orang luar negara pun kenali RichWorks ini. Bagi usahawan dan rakyat Malaysia, RichWorks adalah syarikat bimbingan para usahawan yang melahirkan usahawan jutawan.
Telah banyak bukti dan hasil yang telah kita saksikan dalam dunia usahawan. Sebagai contoh Jutawan eskayvie, Efferty, Nurraysa, Noir Beauty dan lain-lain lagi.
Perjuangan RichWorks 2021 Menghasilkan Sejumlah Usahawan Jutawan Lagi
Pada tahun 2021, pelbagai cabaran seperti pandemik dan banjir yang kita tempuhi tetapi masih lagi RichWorks membantu usahawan Malaysia. Richworks prihatin lebih lagi dengan apa yang dihadapi oleh usahawan pada tahun lalu.
Jom lihat hasil perjuangan RichWorks 2021 pada tahun lepas.
Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Untuk pengetahuan anda, Titanium, Spire dan Elite X adalah nama bagi program mentoring RichWorks mengikut tahap bisnes. Ramai usahawan lebih berubah ke arah yang lebih baik lagi sehingga ramai juga telah capai 1 juta pertama.
Melalui program bimbingan Spire pula, seramai 72 usahawan berjaya mencapai 1 juta yang pertama. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Sungguh hebat sekali, tatkala orang lain sukar buat duit, dilanda musibah dan susah untuk berniaga, tetapi anak didik Richworks berjaya atasinya malah dapat bantu ramai orang lagi termasuk memberi peluang bisnes dan pekerjaan.
Kesungguhan RichWorks Membuahkan Hasil
Kita tahu semua orang diuji ketika pandemik, termasuk Pengasas RichWorks sendiri iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman ini bersama 31 ahli keluarganya telah dijangkiti COVID-19 pada tahun 2021. Malangnya, Ibu mertua Dr Azizan telah meninggal dunia.
Ketika itu, Dr Azizan Osman sendiri bertarung dengan maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.
Sejak dari situ, terus beliau lakukan program percuma yang dihadiri beribu-ribu orang! Pada tahun 2021, asbab 13 program percuma, RichWorks telah berjaya bantu 650,000 jumlah usahawan. Usahawan dibimbing dengan ilmu pemasaran, kepimpinan, selok belok, teknik dan macam-macam lagi tips ingin berjaya dalam perniagaan.
Tonton Video Perjuangan RichWorks 2021
Ini adalah video perjuangan Richworks 2021 yang harus kita semua tonton. Perjalanan bagaimana RichWorks bantu usahawan tatkala pandemik dan banjir yang melanda. Maka kebanyakan usahawan didikannya berubah dari Zero to million juga.
[embed]http://www.youtube.com/watch?v=Segt5ASOloI&t=1s[/embed]
Program RichWorks Mendapat Penghargaan Kementerian
Pada tahun 2021, seperti diperkatakan tadi, RichWorks telah membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks International pada tahun lalu.
Termasuk salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia adalah sebuah penghargaan tanda Richworks prihatin. Perjuangan Richworks 2021 tidak sia-sia.
Misi Bantuan Kemanusiaan RichWorks Dilaksanakan
Bukan setakat kelas bimbingan usahawan dan perkongsian ilmu , malah bantuan kemanusian turut di sumbangkan dan dilaksanakan. Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu bahawa RichWorks prihatin adakan Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) untuk menyumbang kembali kepada rakyat.
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
Dari aspek lain pula, RichWorks prihatin bersama dengan ahli Titanium dan Spire untuk terus menyumbang lagi. Sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 telah disumbangkan dalam ibadah korban pada tahun 2021.
Selain itu, mereka juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM 180,000 sempena Maulidur Rasul. Inilah dikatakan Richworks beri semula kepada rakyat. Berkat usaha RichWorks dan usahawan ini, semoga semuanya berjaya.
Beruntungnya bila dibimbing oleh syarikat international yang paling berjaya di Malaysia ini. Bukan setakat duniawi, tetapi hal akhirat juga diutamakan. RichWorks International sebagai syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi lagi.
Perjuangan RichWorks 2021 Bakal Lahir 100 Jutawan
Visi RichWorks adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Sejak dari tahun 2008 lagi, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Usahawan yang betul nak dibimbing kena kuat dan kena usaha, jangan harap mentor datang dan buat segalanya. Bila kita ada mentor yang membimbing, kita teruskan usaha biar ia selari, apabila usaha dan tindakan sejajar, insha-Allah Allah bagi kejayaan!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jnjikita.blogspot.com/2022/01/richworks-international-menerpa-nama-di.html