Richworks Beri Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Bersama Dr Azizan Osman


Richworks Beri Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Bersama Dr Azizan Osman || Bisnes mana yang tidak diuji dengan cabaran. Lebih-lebih lagi ketika zaman pandemik yang berpanjangan ini.

Lagi menyayat perasaan apabila bisnes yang dibangunkan bertahun-tahun lamanya terpaksa gulung tikar dalam sekelip mata sahaja. Semuanya kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Tapi, korang pernah tak terfikir, kenapa ada bisnes lain yang bertahan malah semakin maju pula walhal pandemik menyerang dengan ganasnya?

Di mana silap bisnes yang bankrap tadi? Dan bagaimana lain tadi boleh lebih maju walaupun ekonomi tak begitu memberangsangkan dalam keadaan pandemik?

Siapa di antara korang yang ada bisnes, tapi tak tahu jalan untuk kembangkan bisnes? Lepas tu tertanya-tanya dekat mana nak dapat free course untuk bantu korang majukan bisnes korang?

Bagi pendapat aku, ilmu berniaga kena ada, jangan main redah sahaja. Apabila nak cekup ilmu, kenalah cari guru yang bersesuaian.

Nak berbisnes kenalah ada ilmu untuk buat bisnes, nak naikkan sales, nak buat marketing, nak target pembeli yang sesuai, dan sebagainya.

Nak free course, ilmu percuma? Ramai yang bagi, korang nak atau tak nak sahaja cari ilmu percuma ni.

Mai duduk rapat-rapat, baca sampai habis. Aku nak share satu program menarik untuk sesiapa sahaja yang ada bisnes nak digital kan bisnes korang. Alah, nak jual produk korang secara online ler.

Program yang aku nak share ni serius memang PERCUMA. FREE sahaja.
Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital
Program percuma yang aku nak kongsikan untuk korang semua boleh join ialah Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital.

Aku ada seorang kawan, dia pengusaha online. Hari tu dia ada share satu story. Ada satu bisnes ni nak gulung tikar, dan bisnes tu bernilai RM180K. 
Taukeh bisnes tu nak lelong barang jualan RM8K sahaja. Bayangkan berapa banyak taukeh bisnes tu rugi.

Antara nasihat yang kawan aku berikan berkaitan bisnes ialah sekarang orang dah pilih online bisnes, so peniaga juga kena tengok cara nak online-kan bisnes mereka. 
Peniaga kena peka macam mana nak buat marketing untuk bisnes mereka.

Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital adalah program bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar.

Dan program ini dikendalikan oleh RichWorks International Sdn. Bhd.

Mungkin kalau kita sebut Richworks, ramai yang tak kenal syarikat ni. Tapi kalau kita sebut Datuk Wira Dr Azizan Osman, mesti nama beliau sangat dikenali ramai.

Pilihan di tangan kita untuk membuat perubahan
Terpulanglah kepada korang sama ada korang berani buat perubahan pada bisnes korang ataupun duduk di takuk yang sama.

Datuk Wira Dr Azizan Osman mengingatkan jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat. 
Pilihan sebenarnya ada di tangan kita sendiri untuk bertindak perbaiki bisnes dan mahu mendapatkan hasil yang macam mana.

Betullah tu. Nak berubah tu, ikut diri masing-masing.

Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 diwujudkan kerana Richworks sangat komited untuk membimbing usahawan keluar dari kemelut keresahan ke arah menjana kewangan berganda dengan solusi bisnes dan pemasaran ONLINE.


Program-program percuma ini sebenarnya sudah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks setakat ini sudah berjaya membantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.

Pandemik ini masalah satu dunia dan kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. 
Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita.

Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain.

Program Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 sesi live selama 3 hari secara langsung bersama MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman, bermula 27-29 Ogos 2021.

Ya program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan.

Lihat di media sosial seperti Telegram Azizan Osman Official dan FB, anda dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri.

Melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada results ini - ia membawa kesan dan perubahan dan dibuktikan sendiri oleh para peserta yang belajar & lakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten mengikut tahap dan fasa bisnes mereka.

Richworks bersama MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun dalam industri.

Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Beliau punya passion mahu melihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan sumbang.

Mungkin ada yang akan berkata, jika nak bantu bagi semuanya PERCUMA. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan prorgam bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan.

Tiada paksaan untuk sesiapa untuk ikuti program lain ianya pilihan mereka sendiri.

Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten.

Apatah lagi pada hujung bulan ini - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital merupakan program terbaru yang dibuat khusus nak bantu usahawan untuk bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini.

Datuk Wira sebagai MenThor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini.

Boleh berjaya ke dengan program-program percuma dari Richworks ni?
Tahun lepas sahaja, lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks berjaya hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion.
https://richworks.com/peserta-program-mentoring-richworks-jana-lebih-rm2-2-bilion/
Fuh. Memang banyak betul jumlah pendapatan mereka. Kawan aku yang berniaga kain tu pernah bagitau aku, bukan sahaja kita ni kena catch up dengan teknologi digital, tapi dia memang sarankan semua peniaga perlu cari mentor yang boleh memberi bimbingan untuk peniaga berjaya.

Dengan program BANGKIT ni, sangat digalakkan untuk korang join kalau korang nak tambah ilmu untuk berbisnes.

Lepas tu mesti ada yang skeptikal, boleh berjaya tak lepas join BANGKIT ni?

Aku bagi perumpamaan mudah untuk korang fikir-fikirkan.

Seperti kalau korang pergi belajar di universiti, lepas tu ramai pula student di dalam kelas. Korang rasa semua akan success eh?

Belajar dengan cikgu yang sama, waktu yang sama, adakah semua pelajar akan dapat keputusan yang sama?

Tepuk dada, tanya diri nak pilih kejayaan atau kegagalan?

Semuanya berbalik kepada seberapa banyak usaha anda untuk melakukan perubahan dan tindakan yang berterusan dan konsisten.

Kalau orang lain boleh berjaya, anda juga kena yakin boleh berjaya asalkan anda ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang telah berjaya.

Ini bukan kata-kata kosong. Kalau anda nak belajar cara paling berkesan jana pendapatan melalui idea bisnes terbaik, anda perlu pilih penganjur yang mempunyai result terbaik.
Kenapa Richworks sentiasa menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia jana pendapatan?
Richworks mempunyai pengalaman selama 13 tahun menjadikannya memahami lanskap peniaga tempatan dan sasaran pasaran.

Bimbingan yang diberikan adalah mengikut tahap perniagaan korang agar masa belajar korang tidak sia-sia. Dan disediakan rahsia langkah dan strategi satu persatu yang mudah untuk diikuti.

Richworks pakar dalam mengenalpasti masalah perniagaan dan memberi solusi terbaik agar korang mampu menjalankan bisnes yang menguntungkan.

Dan yang paling best, Richworks adalah satu-satunya penganjur yang mempunyai kumpulan pelajar terbesar di Malaysia yang boleh menyokong korang menjana pendapatan lantas menjadikan korang berpeluang membina bisnes bersama komuniti besar Richworks.

Bimbingan yang diberikan adalah berterusan dari team hebat yang sentiasa ada untuk ahli-ahlinya.

Sekarang nak berniaga atau jana pendapatan, tiada pilihan selain dari menggunakan online dan pemasaran digital.

Pengguna nak tengok produk anda melalui online. Pembeli nak bayar duit pada anda melalui digital.

Anda nak buat orang nampak melalui media sosial. Semuanya adalah ONLINE DAN DIGITAL yang tidak memerlukan kos!

Tetapi… Apa gunanya tanpa kos jika anda tidak tahu strategi rahsia guna online dan digital yang boleh buat duit secara pantas?

Apa yang bakal dipelajari dalam Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 ?
Jadi aku senaraikan siap-siap di sini apa yang korang akan belajar apabila join Program BANGKIT percuma ni.

Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemikLangkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digitalPelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarangKenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan andaMengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarangCase Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital
Program FREE nak pancing orang ramai supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman!
Apabila dah ada program FREE macam ni, dituduh pula nak pancing orang join lepas tu masuk program berbayar. 
Macam-macam komen negatif yang dilemparkan, padahal niat Datuk Wira nak membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik, sebab tu bagi program percuma.

Rasa sedih juga apabila niat murni disalahertikan. 
Yang tak pernah ikut program percuma sebegini, sebelum korang fikir negatif, baiklah korang join dulu program FREE tersebut. Nilai sendiri sama ada program sebegini bermanfaat atau tidak.

Yang pernah join tu, kalau buat tindakan konsisten seperti yang disarankan, Insya Allah hasilnya membawa kejayaan.

Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800K lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu.

Ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini.

Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.

Aku share juga link SUCCESS STORY yang menggunakan khidmat Richworks untuk memajukan bisnes mereka sebagai pemangkin untuk korang teruskan usaha untuk memajukan bisnes masing-masing.

Jom Daftar Program BANGKIT , kita cari peluang untuk tambahkan ilmu untuk berbisnes
Rasa takut nak join program percuma ni? 
Jangan biarkan fikiran sempit korang menguasai diri. 
Cuba bagi peluang kat diri sendiri, daftar dulu program BANGKIT dan ikuti program tersebut melalui ZOOM Webinar pada 27-29 Ogos 2021 nanti.

Lepas dah join tu, anda boleh nilai sendiri sama ada program tersebut baik atau tidak untuk anda



Untuk keterangan lanjut atau nak buat pendaftaran percuma, boleh klik Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital sekarang

Semoga perkongsian ini bermanfaat

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/08/richworks-program-percuma-bangkit-bisnes-dari-krisis-3.0-azizan-osman.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Richworks Anjur Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Bantu Usahawan Terkesan Pandemik

Richworks Anjur Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Bantu Usahawan Terkesan Pandemik

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 478 hits
Daftar Percuma Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 RichWorks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia sejak 2020 cukup memberi impak yang hebat kepada semua orang dalam menjalani keh...
Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Program Free Datuk Wira Dr Azizan Osman Untuk Pancing Ke Program Berbayar Mahal

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Program Free Datuk Wira Dr Azizan Osman Untuk Pancing Ke Program Berbayar Mahal

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 442 hits
BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3 0 PROGRAM FREE DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN UNTUK PANCING KE PROGRAM BERBAYAR MAHAL Mummy yakin rata rata pembaca blog mummy ini mesti pernah dengan nama pengasas kepada syarikat s Alaaaa yang selalu buat program ...
Sertai Program Bangkit Usahawan Secara Percuma Daripada Dr Azizan Osman

Sertai Program Bangkit Usahawan Secara Percuma Daripada Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 321 hits
Sertai Program Bangkit Usahawan Secara Percuma Daripada Dr Azizan Osman Assalamualaikum dan salam sejahtera Bukan senang setiap usahawan nak teruskan perniagaan dengan situasi pandemik covid 19 yang sudah hampir 2 tahun berlarutan ini Sha s...
Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Richworks Beri Ilmu Marketing Percuma

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Richworks Beri Ilmu Marketing Percuma

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 387 hits
Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 RichWorks Beri Ilmu Marketing Percuma Bisnes dari rumah semakin menjadi trend di tahun 2021 manakan tidak pandemik akibat Covid 19 menyebabkan banyak kedai di tutup Tapi tutupnya kedai tak bermakna bisnes itu ...
Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Bantu Zero Kos Marketing Secara Percuma

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3 0 Bantu Zero Kos Marketing Secara Percuma

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 344 hits
BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3 0 BANTU ZERO KOS MARKETING SECARA PERCUMA Biar betul Atau saja nak pancing lebih ramai lagi peniaga di luar sana untuk daftar kelas yang mahal tu Sepanjang Dato Azizan Osman membuat seminar melahirkan banyak usa...
Bangkit Bisnes Krisis 3 0 Richworks Nak Bantu Usahawan

Bangkit Bisnes Krisis 3 0 Richworks Nak Bantu Usahawan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 311 hits
BANGKIT BISNES KRISIS 3 0 RICHWORKS NAK BANTU USAHAWAN Betul ke Bangkit Bisnes Krisis 3 0 RichWorks dari Datuk Wira Dr Azizan Osman ni menipu Baca sampai habis Benarlah kata pepatah Jika tak dipecahkan ruyung bagaimana ingin mendapatkan sag...
Usahawan Terkesan Pandemik Bangkit Kembali Bersama Richworks Datuk Wira Dr Azizan Osman

Usahawan Terkesan Pandemik Bangkit Kembali Bersama Richworks Datuk Wira Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 289 hits
Ramai usahawan terkesan akibat dari pandemik ketika ini Jom bangkit kembali bersama Richworks Macamana caranya Orang kata senang nak bina bisnes berjaya ni Buat bisnes dari rumah pun boleh Betul Tapi kesungguhan kita untuk mendapatkan kejay...
Program Bengkel Pengenalan Seni Khat Percuma

Program Bengkel Pengenalan Seni Khat Percuma

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 269 hits
Program Bengkel Pengenalan Seni Khat percumaPenceramah Rahman SahlanTarikh 1 9 2021 Hari RabuTempat Google Meet secara onlineMasa 10 pagiTerhad 100 orang sahajaUntuk penyertaan sila isi borang berikut yahttps bit ly 3jn7hdjInsyaAllah kita s...
Program Penyerahan Jalur Gemilang Kupon Minyak Percuma Parlimen Pandan Meriah

Program Penyerahan Jalur Gemilang Kupon Minyak Percuma Parlimen Pandan Meriah

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 228 hits
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 64 Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengajurkan program penyerahan Jalur Gemilang dan kupon pengisian minyak motorsikal percuma di kawasan Parlimen beliau semalam Program di Ampang Hi...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku