Riadah Taman Tasik Perdana Kl Makin Cantik Tempatnya


Riadah Taman Tasik Perdana.
Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4 tahun juga kot tak jejak kaki ke Taman Tasik Perdana. Lama betul hahaha. Dulu rajin datang sebab rumah di Sri Gombak, tapi sejak kami dah pindah Shah Alam. Memang tak ke sinilah kami.
Kesian anak-anak dah lama tak keluar rumah semasa PKPB. Seronok bila abahnya bawa kami ke sini, sambil ambil angin sambil riadah. Mulanya risau juga sebab nak beraktiviti di musim Covid 19.
Dengan bilangan kes masih lagi 4 angka. Tapi kita percaya dengan norma baharu ni, memang kena biasakan dengan penjarakan sosial dan ambil kira semua aspek untuk berjaga-jaga.
Riadah Taman Tasik Perdana pagi Ahad
Kami ke sini waktu Hari Ahad, dalam jam 9 pagi. Memang ramai orang yang datang ke Tasik Perdana ni rupanya. Baru tau selain di panggil Taman Tasik Perdana, ia dikenali juga Taman Botani Perdana.
Semua pun nak cari aktiviti yang sihat dan luangkan masa dengan keluarga. Ada yang naik basikal, jongging, brisk walk, camping tepi tasik, eh macam-macamlah. Pagi-pagi masuk hutan memang sejuk dan nyaman.
Masa kami sampai, memang banyak kereta yang di park di pintu masuk dan sepanjang jalan. Jauhnya lebih kurang 1 km, penuh di kiri dan kanan jalan. Kena bersabar dan selepas pusing 2 kali sambil menunggu kereta keluar.
Akhirnya dapat juga petak letak kereta. Kebetulan orang tu pun baru keluar dari parking. Dalam hati, awalnya dia dah sampai sini. Rezeki kamilah dapat parking tu pula.
Sambil beriadah, kami bawa bekal nasi lemak hijau dan nasi kerabu yang dibeli di tepi jalan. Kita bantu makcik tu jana ekonomi dia. Kesian pagi tu takde pun nampak orang pun kat gerai dia.
Beli 5 bungkus, dan kita simpan dalam beg. Nak suruh bebudak ni bawa, memang takdelah jawabnya.
Bagus juga bawa beg galas, dengan nasi dan air mineral sumbat dalam tu semua. Takde isu takde sapa nak bawa makanan tu. Biarlah ibu yang galas kat bahu.
Pengambilan suhu dan scan Mysejahtera
Masuk ke di pintu utama, ada kaunter untuk ambil suhu, scan aplikasi Mysejahtera dan buku untuk tulis nama. Semua pun perlu ikut peraturan ni dan bagusnya semua pun boleh ikut norma baharu ni.
Mau tak ikut SOP? Nanti kena saman tak pasal terbang RM1,000.
Dan untuk aktiviti fizikal dan riadah ni tak perlu pakai mask ya. Memang dah diberitahu pun sebelum ni. Jadi korang pun tengok gambar di atas.
Kami sekeluarga memang sukakan aktiviti riadah macam ni. Barulah ada rasa bonding sambil kita keluarkan peluh setitik dua haha. Dulu kami ke Taman Fantasi Putrajaya, naik bot itik kat Tasik Shah Alam.
Suasana cantik dan mendamaikan Tak terkejar la dua orang kat depan tu, laju betul buat apa nak cepat-cepat? kita ambik gambar la dulu hahaha Saje nak bagitau korang, bila masuk je dalam Taman Tasik Perdana ni, dalam hati kata Ya Allah bersihnya tempat ni. Memang dijaga dengan baik. Dengan jalan yang bersih tanpa daun bersepah.
Lain betul keadaannya selepas 3 tahun tak ke sini.
Pokoknya dijaga rapi, susunan kemudahan contohnya bangku, laluan jalan, semuanya pun kemas, bersih dan terjaga. Memang bestlah datang sini, tak rugi bangun pagi-pagi hahaha.
Setakat ni, tempat-tempat macam permainan kanak-kanak, pondok-pondok dan ada tempat tertentu diletakkan tali rentangan dan tidak dibenarkan masuk.
Banyak port menarik untuk photoshoot Cantik kan? Dah lama tak datang sini Nampak kurus tu penting ya kalau bergambar Seronok plak sepak bola walau padangnya sedikit basah. Habis kotor kasut Settle sesi riadah, photoshoot dan bermain bola sepak kami pagi tu. Memang best hahaha, macam burung terlepas sangkar je memasing ni.
Bagi korang yang sukakan photoshoot, kat sini memang banyak port-port yang cantik. Seriusly banyak pokok hijau, pokok bunga dan air pancut untuk tarikan.
Kat tasik tu pun boleh bagi ikan makan. Dan makanan ikan ada dijual di gerai berhampiran tasik. Hmm bestnya tengok anak-anak happy.
Pagi tu pulak cuaca memang mendung dan takde matahari. Memang tak panas dan mudah nak berjalan. Pusing dalam taman ni memang buat kita berpeluh. Walaupun tak berlari, hanya sekadar berjalan kaki. Apapun aktiviti riadah Taman Tasik Perdana KL ni memang sangat best!
Bolehla datang lagi nanti
The post Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2020/12/riadah-taman-tasik-perdana-kl-makin-cantik-tempatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pramugari Cantik Angkat Sawit Ramai Yang Cair Hati Sanggup Beri Mas Kahwin Rm50000

Pramugari Cantik Angkat Sawit Ramai Yang Cair Hati Sanggup Beri Mas Kahwin Rm50000

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 1473 hits
KUDRAT seorang wanita lazimnya terbatas Jarang jarang kita dengar wanita yang bekerja di ladang dan mengangkat sawit dengan tenaga sendiri Selalunya jika pekerja wanita yang mengambil upah mereka lebih terhad kepada kerja kerja membuang pel...
Kondisi Makin Memburuk Ustadz Yusuf Mansur Minta Didoakan Dan Baca Surat Yasin

Kondisi Makin Memburuk Ustadz Yusuf Mansur Minta Didoakan Dan Baca Surat Yasin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 248 hits
Pendakwah Ustadz Yusuf Mansur dilarikan ke Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Sabtu sore Kondisi Ustadz Yusuf yang sempat memburuk terinfeksi Covid 19 membuatnya harus dirawat di RSPAD Iya dirawat di RSPAD kata Pimpinan Direktorat Zakat dan W...
Makin Pulih Dari Serangan Bell S Palsy Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Makin Pulih Dari Serangan Bell S Palsy Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 406 hits
Biar pun berdepan dengan masalah Bell s Palsy yang dialaminya pada minggu lalu pelakon Faye Kusairi selamat melahirkan bayi keduanya pada Ahad lalu Melalui satu entri di instagramnya hari ini Faye berkongsi khabar gembira itu buat seluruh p...
Kekasih Puji Cantik Berhijab Tapi Atikah Suhaime Belum Sedia Pakai Tudung

Kekasih Puji Cantik Berhijab Tapi Atikah Suhaime Belum Sedia Pakai Tudung

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 529 hits
Pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime tampil manis saat mengenakan tudung apabila melakonkan watak bernama Siti Nor Aisya dalam drama terbaru berjudul Aku Seorang Perempuan Menurut laporan Kosmo Online kekasihnya Datuk Lokman Teh perna...
Little Homes Jo S Marble Cookware Cantik Namun Tahan Lasak

Little Homes Jo S Marble Cookware Cantik Namun Tahan Lasak

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 336 hits
Hi Korang Yesza memasak memang menjadi salah satu tanggungjawab kak lily yelah ahkak kan dah kahwin so memasak nieh haruslah wajib Lagipun selalu sangat makan kat luar bosan jugak Alah masak simple simple pun tak per janji enak di makan Dul...
Oncidium Orchid Yellow Gold Orchid Yang Cantik Lagi Menawan

Oncidium Orchid Yellow Gold Orchid Yang Cantik Lagi Menawan

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 522 hits
Orkid sejenis bunga hiasan yang cantik Ada banyak jenis orkid yang mempunyai peminatnya sendiri Ada orkid hiasan ada orkid hutan yang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi Harga bak golongan bangsawan Mungkin disebabkan itu juga ramai ya...
Gempar Pemuda Pas Janji Beri Sokongan Pertandingan Ratu Cantik

Gempar Pemuda Pas Janji Beri Sokongan Pertandingan Ratu Cantik

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 272 hits
GEMPAR PEMUDA PAS JANJI BERI SOKONGAN PERTANDINGAN RATU CANTIK Papa Kita tunggu je la dalil dari pok lebai Dewan Pemuda Pas Malaysia semalam telah bertemu dengan penganjur program pertandingan ratu cantik Miss Mrs Plus World Malaysia 2020 b...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet