Kiri tasik empangan, kanan laluan atau kawasan untuk rekreasi. Oleh kerana tempat ini tak ada pokok peneduh, memang terasa panas kalau kita datang lewat
Memerhati riak air dipermukaan tasik yang bergerak perlahan di sini menjadi satu terapi mata dan jiwa buat saya
Paling teruja, bila pandangan mata dapat menangkap gerakan ikan di gigi air. Sebelum ni saya cuma nampak ikan berwarna kemerahan, kali ini nampak ikan berwarna hitam dengan corak seakan berbintik di badannya. Entah ikan apa kami tak kenal, Encik Suami kata mungkin juga ikan toman iaitu spesis ikan berbadan panjang yang biasa dijumpai di perairan air tawar
Kumbang dengan sayap cantik ini pun jadi ‘sasaran’ saya. Tak mudah jugak nak memotret kumbang yang asyik terbang bila didekati, tapi saya pujuk suruh duduk diam sekejap je untuk berfoto. Maka, inilah hasilnya 😄
Rama-rama cantik dengan sayap warna biru ini pula saya temui sewaktu ia sedang terbang. Saya minta dia berhenti sekejap supaya saya boleh memotret fotonya. Terima kasih sudi berfoto ☺️
Fotografi bayang-bayang, bukti cuaca panas terik di sini. Kami pakai topi fabrik anti-UV sebagai pelindung cahaya matahari yang dibeli di Decathlon. Alhamdulillah memang membantu, kepala tak rasa terik matahari
Rekod aktiviti riadah saya - bukan joging, cuma berjalan. Kadang jalan laju, kadang jalan santai dan kadang berhenti memerhati/memotret itu ini. Tak mampu habiskan laluan hujung kanan ke hujung kiri tasik, dapat 5 km gini pun dah cukup penat kaki tapi puas hati. Alhamdulillah|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |