Rezeki Hidangan Aidiladha


[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Kedua | Khamis, 29 Jun 2023]
Bersambung kisah hari kedua di Bangkok, iaitu pada Hari Raya Aidiladha. Selepas selesai solat sunat Aidiladha di Masjid Darul Aman, kami kembali ke bilik penginapan untuk berehat seketika


HARI RAYA, ADA KE KEDAI MAKAN MUSLIM YANG BUKA?Kira-kira pukul 10.30 pagi kami keluar untuk cari makanan berat sebelum meneruskan acara jalan-jalan di Bangkok. Perancangan kami kalau tak ada kedai makan halal yang beroperasi (sebab cuti hari raya), kami akan beli saja makanan halal yang ada di 7-Elevan (mungkin makanan seperti buah, nasi dalam pek dan telur rebus). Lepas tu nanti carilah makanan lain sewaktu berjalan-jalan
Tapi tadi kami nampak Asma Kitchen (kedai makan halal yang terletak berhadapan hotel) beroperasi. Kelihatan pekerja sibuk bekerja dan orang keluar masuk kedai. Maka kami dengan yakinnya pergi ke Asma Kitchen. Sewaktu melangkah tangga kedai, beberapa orang memandang kami dengan muka seperti pelik dengan kehadiran kami. Kemudian, salah seorang pekerja beritahu kami “Close…close” sambil tangannya buat isyarat kedai tutup. Eh…nampak ramai orang, tapi close?
Kami berjalan di sepanjang Lorong Phetchaburi 7 sehinggalah ke deretan bangunan di hadapan jalan besar, mencari kot ada kedai makan halal atau gerai yang beroperasi. Tapi semuanya tutup, kecuali sebuah restoran Turki dan sebuah kedai makan di tepi masjid. Jadi kami berpatah balik menuju ke kedai makan di tepi masjid


JAMUAN HARI RAYAKali ini kami lebih berhati-hati, tak terus masuk tapi bertanya kepada seorang lelaki berjubah serta berserban yang sedang duduk makan di bahagian hadapan kedai. “Open?..” tanya Encik Suami sambil tangan menunjuk arah dalam kedai. Lelaki tersebut diam seketika sambil merenung kami berdua. Kemudian beliau nampak sedikit tersenyum, kepalanya dianggukkan dan menunjukkan meja kosong di belakangnya. Ada juga kedai makan buka pada hari raya…Alhamdulillah
Saya duduk, Encik Suami pula menuju ke banner yang memaparkan menu hidangan. Nak memilih apa yang boleh kami pesan. Tapi eh, seorang lelaki muda datang membawa dua pinggan nasi diletakkan di meja kami. Kemudian diletakkan pula satu…dua…tiga lauk! Saya bangun panggil Encik Suami yang masih sibuk membelek banner menu. 
Bila kami kembali duduk di meja makan, lelaki berjubah tadi datang menghampiri kami. Sambil tersenyum beliau mempelawa kami makan. “Indonesia…Malaysia…Singapura?”, beliau bertanya. Kami kemudiannya berbual ringkas dalam bahasa Melayu. Katanya beliau pernah belajar di Narathiwat (selatan Thailand), jadinya bolehlah memahami dan bercakap bahasa Melayu (dengan bunyi loghat Kelantan).
Ringkas cerita, sebenarnya kedai tak beroperasi pada hari ini. Mereka sedang adakan jamuan hari raya buat keluarga. Ya Allah…segan sungguh saya rasa masa ni 🫣. Malu sangat, kami terjah jamuan hari raya orang tak dikenali! Langsung tak terfikir orang buat jamuan di ruang kedai sendiri. Satu pengalaman baru buat kami.

Kami dijamu dengan nasi penuh sepinggan dan tiga jenis lauk. Besar saiz hidangan lauk-pauknya. Dalam rasa segan, sempat juga saya memotret sekeping dua foto buat kenangan

Dalam pinggan ni lauk suhun goreng campur hati dan dalam mangkuk tu saya tak pasti ayam masak kari atau rendang berkuah. Ada rasa macam rendang, tapi ada daun kari. Isi ayamnya dimasak relai daripada tulang, mudah nak makan. Sejenis lagi lauk tu mungkin isi ayam masak pedas. Sedap semuanya, habis kami makan tau 🤭
Sempat juga saya bertanya berkenaan penduduk Muslim di sini. Menurut beliau, cuma ada sekitar 10% sahaja penduduk Muslim di kawasan ini. Tapi kalau gerai/kedai makan, sekitar 50% merupakan milik Muslim. Oh, patutlah saya nampak banyak pilihan gerai/kedai makan halal di sini

Sebelum beredar, Encik Suami bersalaman dengan Bang Li (kalau tak salah dengar namanya begitulah). Kami bertukar ucap selamat hari raya dan mendoakan Allah murahkan rezeki beliau. Sungguh, kami rasa segan menerima layanan baik begini. Tak saling kenal, tapi mungkin begitulah indahnya ikatan saudara seagama. Alhamdulillah. Terima kasih Allah mempertemukan kami dengan orang baik

Saya agak, Bang Li dan isterinya merupakan pemilik kedai makan ini. Jadinya kalau kalian ada ke Lorong Phetchaburi 7, jangan lupa singgah makan di kedai makan bersebelahan Masjid Darul Aman ini - Rotinis namanya










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/07/rezeki-hidangan-aidiladha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Bertakbir Raya Aidiladha Bersama Kariah Di Sg Long

Pm Bertakbir Raya Aidiladha Bersama Kariah Di Sg Long

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 230 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertakbir Hari Raya Aidiladha bersama kariah di Masjid Taman Rakan Sungai Long Kajang berdekatan kediaman keluarga beliau Takbir hari raya itu dirakamkan oleh RTM 1 dan turut disiarkan di ...
284 Ditahan Ops Samseng Jalanan Malam Aidiladha Ikon Permotoran Popular Turut Ditangkap

284 Ditahan Ops Samseng Jalanan Malam Aidiladha Ikon Permotoran Popular Turut Ditangkap

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 191 hits
Melalui laporan individu lelaki yang merupakan influencer serta dikenali sebagai Ikon Permotoran antara 284 yang ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan malam AidilAdha Rabu di Kedah Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisione...
Slow Moving Traffic On Nse On Aidiladha Due To Accidents Breakdowns

Slow Moving Traffic On Nse On Aidiladha Due To Accidents Breakdowns

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 404 hits
Traffic on the North South Expressway is reported to be slow moving on Hari Raya Aidiladha on Thursday evening mainly due to accidents and vehicle breakdowns A PLUS Malaysia Bhd spokesperson said traffic is slow from Jawi to Bandar Cassia R...
Kemeriahan Aidiladha Jangan Lupa Bahaya Covid 19

Kemeriahan Aidiladha Jangan Lupa Bahaya Covid 19

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 208 hits
Di tengah kemeriahan suasana menyambut Hari Raya Aidiladha berikutan cuti panjang sehingga hujung minggu ini rakyat diingatkan agar berjaga jaga dan mengambil tanggungjawab untuk tidak merebakkan virus Covid 19 Menurut Menteri Besar Selango...
Aidiladha Bermakna Peminat Teruja Jumpa Mario Maurer Shooting Di Pantai Penarik

Aidiladha Bermakna Peminat Teruja Jumpa Mario Maurer Shooting Di Pantai Penarik

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 277 hits
Buat peminat drama Thailand pasti mengenali pelakon kacukan German Thailand Mario Maurer yang sebelum ini cukup terkenal dengan lakonan menerusi naskah hangat berjudul Bad Romeo gandingan bersama Yaya Urassaya Sperbund Terbaharu Mario atau ...
Hiburan Jom Tengok Sambutan Hari Raya Aidiladha Artis Tahun Ini Aina Abdul Paling Simple

Hiburan Jom Tengok Sambutan Hari Raya Aidiladha Artis Tahun Ini Aina Abdul Paling Simple

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 477 hits
Hari raya Aidiladha atau hari raya haji merupakan salah satu perayaan yang disambut meriah oleh umat Islam di negara ini Kebiasaannya di Malaysia ramai yang akan menyambut hari raya Aidiladha dengan menjamu makanan dan mengambil gambar bers...
Fans Swarm Pm Anwar At Putrajaya Mosque After Aidiladha Prayers

Fans Swarm Pm Anwar At Putrajaya Mosque After Aidiladha Prayers

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 347 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is seen at Putra Mosque in Putrajaya performing Aidiladha prayers June 29 2023 Picture by Hari AnggaraPUTRAJAYA June 29 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim drew a large crowd of people as he perfo...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 400 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua macam mana sambutan Aidiladha korang Ada yang buat korban SA tahun ni korban hati dan perasaan je la hahahha xde laa kat kampung ada la yang buat korban tapi kami x balik kampung Mak Pa...
Salam Aidiladha 2023 1444h

Salam Aidiladha 2023 1444h

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 435 hits
SALAM AIDILADHA 2023 1444H Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua SAYU DAN SYAHDU TAKBIR RAYA Alhamdulillah Syukur ya Allah Terima kasih Allah Ibadah korban sana sini Semoga ini menjadi satu permulaan...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0

Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci