Rezeki Hamil Setelah 7 Tahun


Semua pasangan yang berkahwin mesti mahukan zuriat, termasuklah Bella. Mana ada orang kahwin tak nak anak. Mungkin mula - mula kahwin atau kahwin diusia yang muda rasa macam lambat lagi dapat anak pun takpelah. Tapi itu bukan Bella dan HB. Kami lepas je akad nikah terus buat anak. Eh! terus HB kata kan seronok kalau kita kahwin - kahwin terus dapat anak kan? Sambil dukung anak buah dia Elman. Bella pun kata setuju. Bella memang ok je sebab Bella dari 9orang adik beradik. Keluarga besar lagi seronok sebenarnya. Tapi apa kan daya, kita hanya merancang. Tuhanlah penentu segalanya. Bella REZEKI HAMIL SETELAH 7 TAHUN mengharungi bahtera alam perkahwinan.


7 Tahun bukan suatu tempoh yang singkat. Pasangan yang baru setahun dua tak dapat anak pun dah rasa putus asa sampai ada yang bercerai berai. Kami 7 tahun. Hanya yang mengalaminya saja faham apa yang Bella rasa. Bella bersyukur, HB sangat tenang dan tak pernah memberikan tekanan dalam soal anak ni. Dia lebih nampak beria - ia dalam modified kereta dia, tukar kereta, beli motor, tukar sportrim pasal anak dia selalu kata takpe, sabar je. Kita muda lagi. Bella yang selalu menangis bila fikir soal anak. Bella tak boleh tengok video baby yang comel - comel. Bella mesti menangis. Tapi Bella tak pernah salahkan takdir. Bella redha dan faham, ini dugaan untuk Bella. 
Berat dugaan seseorang mana sama. Bella banyakkan membaca supaya Bella jadi positif dan tak fikirkan sangat pasal zuriat ini. Lagipun kawan - kawan sekeliling Bella pun ramai yang senasib dengan Bella dan mereka semua bahagia. Ada yang dah kahwin lagi lama dari Bella pun ada yang tak dapat anak lagi. Tekanan berkuranganlah sikit disitu. Bella sentiasa doakan mereka dikurniakan zuriat dan Bella harap mereka pun tolonglah doakan untuk Bella juga. Tapi doa yang terbaik adalah doa yang tanpa pengetahuan sahabat kita tu. Kalau korang bagitahu dorang pastu mengharapkan balasan dorang pun doakan korang, itu dah jadi lain dah tu.  
KELUAR DARI ZON TEKANAN YANG MEMBEBANKAN

Masa Bella dapat tahu yang Bella mengandung. Bella sangat - sangat terkejut! Bella takdalah usaha beria - ria masa ni. Takda perancangan dan semangat nak mengandung. Bella buat macam biasa je. Kiranya fikiran dan keinginan untuk mengandung masa ni kosong. Memang tak fikirkan langsung. Bella cuba fikirkan balik apa yang menyebabkan Bella mengandung kali ni. Apa yang Bella tak buat sebelum ini dan tahun ni Bella buat. Rupanya sebab Bella dah bebas dari tekanan dan bebanan kerja. Bella mengandung selepas sebulan Bella berhenti kerja. Bella keluar dari zon tekanan yang membebankan hati, emosi dan perasaan Bella. Korang pun bolehlah cuba untuk berhenti kerja kalau dah stress sangat.

Bella ingatkan Bella ini seorang yang mampu, boleh mengawal emosi dan tak tertekan dengan kerja. Rupanya Bella adalah seorang yang tidak boleh mengawal emosi sehinggakan ia mendatangkan pelbagai penyakit dalam diam keatas diri Bella. Bella memang langsung tak seronok kerja. Selalu menangis. Selalu pendam perasaan sampai makan diri. Tapi tak sangka kesannya seteruk ini. Tekanan dan bebanan ini rupanya makan diri Bella dalam diam. Bella berhenti kerja 16 Feb 2018 dan Bella mengandung pada 7 April 2018.

BUAT APA YANG BELLA PALING HAPPY!! TRAVEL!! BERCUTI!!

Korang buatlah apa saja yang buatkan korang gembira dan happy kan diri korang. Jangan stress. Cuba buang stress. Macam Bella, memang akan bercuti tiap - tiap bulan. Nak ke luar negara tiap - tiap bulan memang tak dapatlah, jadi Bella akan bercuti je dalam negara. Janji tiap - tiap bulan dapat relax dan tenangkan otak. Kadang - kadang mood baru tu buatkan kita lebih segar dan mungkin menaikan lagi rasa kasih dan sayang antara kita suami isteri. Mood sama je bertahun - tahun bosan kan? Kali terakhir kami melancong ke Pattaya dan Bangkok. Balik dari Bangkok 17 March 2018. Pregnant 7 April 2018. Adakah baby hasil di Bangkok? Hahaha. Mood happy tu. Shopping banyak.

Korang tak suka travel atau bercuti? Korang pun tak pasti apa yang membuatkan korang seronok sampai ke bulan. Jangan tak tahu tau, ada je orang yang tak suka pergi bercuti. Senang je, korang capai apa impian korang. Macam Bella, impian Bella memang teringin untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia. Jadi bila sampai ke tempat baru, walaupun ramai yang kata tak ada apa pun yang menarik dekat situ, tapi kegembiraan dan rasa kesyukuran Bella tu boleh sampai ke bulan happynya. Mungkin korang nak ada simpanan dalam Acc sejuta, nak panjat Gunung Everest atau menyelam ke lautan pasific, buat je. Bagi korang seronok dan kuarkan mood happy korang tu.

JAGA PEMAKANAN DAN AKTIFKAN DIRI 

Selain daripada itu, Bella juga masa tu masuk program Jom Kurus. Program ini bagus bagi Bella sebab banyak sangat aktiviti kecergasan yang diajar. Paling penting boleh kurus! Bella pula join program Jom Kurus ini pada 27 Jan 2018 - 10 Mac 2018 dengan Team Rawang. Team ini bawah Coach King memang sangat aktif dan Coach King sangat bertanggung jawab memastikan semua ahlinya lost weight. Korang area Rawang memang disarankan untuk sertai program dengan Coach King ini. Korang boleh baca di Jom Kurus Team Rawang

Bella sebelum tu memang diet. Dari 68kg turun sehingga 60kg. Masa Bella 68kg tu, Bella sebat semua food review. Makan percuma wei. Memang banyaklah makan. Sampai tak terjaga dan gemuk tak terkawal. Bila berat 68kg, HB pula berat 70kg Bella macam tersentak. Eh! Tak akanlah HB kurus aku gemuk. Dah la takda anak. Dibuatnya dia cari lain. Baru ada akal kan? Jadi Bella diet. Bila berat Bella 60kg berat tu maintain je. Tak nak turun - turun. Jadi Bella masuklah jom kurus dengan harapan berat Bella makin menurun. Tapi sila ikut cakap Coach King dan displin yer. Korang tak nak ke? Kurus dapat, anak pun dapat. Double happiness tu. InshaALLAH. Kita usaha dan tawakal. Masa Bella masuk jom kurus ni pun target memang nak kurus je. Tak sangka dapat rezeki lain juga. Alhamdulilah.

BERURUT DAN MANJAKAN DIRI DI SPA

Berurut ni memang sinonimlah dengan masyarakat melayu kita. Rahim jatuh la, nak kuatkan rahim la, urat tersumbat la, darah tak lancar dan macam - macam lagi. Tapi tak boleh pandang ringan juga. Banyak sangat testimoni yang menyatakan dorang mengandung selepas berurut. Bella berurut dengan orang tua, muda, makcik, orang Indonesia dan orang kampung semua pernah. Bella ada kongsikan no telefon makcik - makcik tukang urut ni dulu dekat satu artikel tapi Bella dah padam sebab Bella rasa macam ada yang tak kena dan Bella tak recommend kan sangat. Semua tempat yang Bella pergi berurut rasa macam tak ok. Ramai pula yang comment dan email tanya. Kira hit la artikel tu. Walaupun hit, demi kebaikan semua Bella padam. Bella nak kongsikan hanya yang terbaik.

Lama memang lama dah Bella berhenti berurut dan kali terakhir Bella urut dengan makcik Indonesia ni sakit sangat. Sampai Bella menangis - nangis dan Bella terus trauma dan berhenti cari makcik urut. Lepas je Bella urut dengan makcik ni, perut Bella macam bengkak dan buncit. Tak surut - surut plak tu. Lepas tu plak semua nampak dan tegur perut Bella nampak dah macam ada isi. Adui! Bella pergi pun ada kawan yang cadangkan dan dia kata ramai yang mengandung sebab makcik tu tolong urutkan. Makcik tu islam. Dia pun kata kalau lepas ni pregnant jangan cakap sebab dia. Itu semua kuasa Allah s.w.t juga. Bella urut 3x buat lepas syarat dan tak pergi - pergi dah. Makcik tu pun kata rahim Bella ok je. Semua ok. Cuma belum rezeki lagi. Bella dah takda no makcik ni, jangan minta. Ini pun tahun 2016 ke 2015 kot Bella pergi urut. Lama dah. 

Bila dah trauma berurut dengan makcik - makcik tradisional ini, Bella beralihlah pula ke urutan yang moden sikit. Ini sedap dan tak sakit. Bella cuba herba ball massage di RIESSA ROSE SPA korang boleh klik untuk baca. Walaupun macam bercakap dengan ayam dan itik sebab makcik yang tukang urut tu orang Thailand, tapi boleh faham sikit - sikit la. Hebat sangat dia sebab boleh tahu bahagian mana yang Bella sakit dan bermasalah. Lepas urut tu badan rasa panas je. Tanda darah jalan lancar katanya.

Owner Kak Lisa Ridz baik sangat dan bekalkan Bella satu botol jamu dan elok katanya untuk rahim Bella. Bella tak pasti sangat apa, tapi Bella memang ada amalkan jamu itu dan period Bella jadi sangat teratur lepas makan jamu tu. Bella rasa urutan dan jamu ini juga turut membantu sedikit sebanyak. Tapi silap Bella juga sebab Bella tak abiskan. Bila period dah ok Bella stop. Mana - mana jamu pun panas ye. Kena minum air banyak. Jadi Bella malas. Bella memang ada masalah period tak tetap dari zaman sekolah lagi. Sengugut yang teruk dan period tak tetap. Jadi bila period datang tepat dalam kiraan tu memang kira bersyukur sangatlah.


Ini adalah segala amalan dan aktiviti yang Bella lakukan sebelum Bella hamil. Paling penting jangan terlalu fikirkan sangat, jangan terlalu stress dan jangan paksa diri untuk sentiasa berusaha sebelum berjaya hamil. Usaha satu, rehat dulu lepas tu baru usaha balik. Paling penting mind set tu kena sentiasa kata kita memang boleh hamil cuma rezeki tak sampai lagi. Ini adalah aktiviti dan amalan Bella dalam masa terdekat sebelum hamil. Lepas ni, Bella kongsikan pula amalan berterusan dan segala usaha yang Bella dah lakukan sebelum - sebelum ini. Semoga bermanfaat dan Bella ikhlas kongsikan supaya semua yang berharap dan menanti dapat rasa apa yang Bella rasa. Insya-ALLAH. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2020/01/rezeki-hamil-setelah-7-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditemui Setelah 337 Tahun Menghilang

Ditemui Setelah 337 Tahun Menghilang

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 560 hits
Netherlands Sebuah kapal perang yang hilang tahun 1677 ditemui Kapal perang milik Belanda ini menjadi saksi pertempuran berdarah antara Belanda dan Perancis ratusan tahun yang lalu Disiarkan oleh National Geographic pada 3 Mac 1677 Tentera ...
Diculik 4 Tahun Oleh Tetangga Remaja Di Cianjur Hamil 9 Bulan

Diculik 4 Tahun Oleh Tetangga Remaja Di Cianjur Hamil 9 Bulan

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 247 hits
Polsek Naringgul berhasil mengembalikan SA seorang gadis asal Kecamatan Naringgul yang sempat dibawa kabur tetangganya selama empat tahun Namun gadis yang berusia 15 tahun itu ternyata sedang hamil 9 bulan Pelaku penculikan SF yang masuk da...
Imlek Dan Harapan Kemakmuran Rezeki Serta Kesehatan Berlimpah Di Tahun Tikus Logam

Imlek Dan Harapan Kemakmuran Rezeki Serta Kesehatan Berlimpah Di Tahun Tikus Logam

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 192 hits
Momen ini juga dimanfaatkan sejumlah masyarakat umum melihat prosesi perayaan imlek di Wihara Dharma Bakti Seperti pengakuan Septian mahasiswa Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka
Setelah Puluhan Tahun Lokomotif Kereta Kembali Masuki Stasiun Garut

Setelah Puluhan Tahun Lokomotif Kereta Kembali Masuki Stasiun Garut

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 229 hits
Kamis siang ratusan masyarakat yang berada di sekitar stasiun Garut berkumpul mengabadikan kedatangan lokomotif untuk pertama kalinya setelah puluhan tahun Kedatangan lokomotif tersebut dalam rangka uji coba jalur dari Stasiun Cibatu sampai...
5 Fakta Di Balik Pembatasan Subsidi Elpiji 3 Kg Siap Siap Harga Naik Tengah Tahun

5 Fakta Di Balik Pembatasan Subsidi Elpiji 3 Kg Siap Siap Harga Naik Tengah Tahun

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 225 hits
Pemerintah berencana mencabut subsidi pada elpiji 3 kilogram Harga elpiji 3 Kg diperkirakan akan naik menjadi Rp35 000 dari harga saat ini berkisar Rp18 000 sampai Rp21 000 Harga Elpiji 3 Kg yang saat ini murah karena disubsidi per tabung n...
Jadi Korban Banjir Awal Tahun Rumah Sinyorita Esperanza Kebanjiran Lagi

Jadi Korban Banjir Awal Tahun Rumah Sinyorita Esperanza Kebanjiran Lagi

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 213 hits
Hujan deras yang melanda Jakarta dan sekitarnya hari ini kembali merendam sejumlah titik Banjir yang sempat melanda Jakarta pada awal tahun baru lalu kembali terulang
Dunia Makin Tenat Baru Januari 2020 Tapi Netizen Risau Sudah 7 Bencana Alam Berlaku Pada Awal Tahun Ni

Dunia Makin Tenat Baru Januari 2020 Tapi Netizen Risau Sudah 7 Bencana Alam Berlaku Pada Awal Tahun Ni

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 606 hits
Baru baru ni kita dikejutkan dengan letusan debu dari Gunung Berapi Taal di Filipina yang memuntahkan asap tebalnya semalam Kejadian ini boleh dikatakan antara bencana alam pertama yang berlaku pada pembukaan tahun 2020 tidak termasuk kebak...
Baru Kebanjiran Awal Tahun Hunian Warga Rawajati Kembali Masuk Air 30 Cm Usai Hujan

Baru Kebanjiran Awal Tahun Hunian Warga Rawajati Kembali Masuk Air 30 Cm Usai Hujan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 429 hits
Parmin warga lainnya yang juga terdampak menjelaskan bahwa kawasan ini kerap dilanda banjir Banjir terparah awal tahun baru dengan ketinggian yang mencapai lantai 2 rumah
Dapatkan 68 Gong Xi Cashback Dari Foodpanda Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Dapatkan 68 Gong Xi Cashback Dari Foodpanda Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 495 hits
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang foodpanda ingin berkongsi kemeriahannya bersama pelanggan setia dengan menawarkan pulangan tunai sehingga 68 Tawaran ini bermula 12 Januari sehingga 7 Februari 2020 pelanggan akan menerima a...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage