Rezeki Berganda Lahirkan Bayi Secara Normal Ibu Ni Berjaya Miliki Bayi Kembar Tiga Melalui Ivf


Siapa menyangka penantian dua tahun untuk memperoleh zuriat sendiri akhirnya membuahkan hasil selepas mencuba melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji. Bukan seorang, tetapi kegembiraan berganda bila mana Allah hadirkan bayi kembar tiga melalui rawatan itu.
Pastinya satu kegembiraan berganda buat Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, yang mencuba kaedah rawatan IVF ini sejak tahun lalu.
Menerusi akhbar Berita Harian, Dr Nurul Aishah memberitahu usahanya untuk hamil selama tempoh dua tahun itu tidak membuahkan hasil bila mana dia mengalami keguguran.

Enggan menanti lebih lama dan menyedari tahap kesuburan wanita akan mula merosot pada usia 35 tahun, dia dan suami tekad mencuba rawatan ini.
“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.
“Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga,” katanya berkongsi kegembiraan.
Kini bayi kembar tiga yang dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, pada 6 Julai lalu sudah pun berusia empat bulan.
Malah katanya lagi, bayi mereka, Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal, seberat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.

Paling hebat, kelahiran ketiga-tiga bayi ini dilahirkan secara normal dan dikatakan yang pertama di Johor.
“Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pembedahan, tetapi saat akhir, keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal.
Alhamdulillah ia berjalan lancar,” katanya.

Berkongsi cerita kehamilan kembarnya, kata Dr Siti Nurul Aishah dia melalui tempoh yang sukar namun cukup membahagiakan dirinya dan suami.
“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.
“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya lagi.
Malah katanya lagi, dia mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilan kembar tiganya itu.
Kini ketiga-tiga bayi comel ini dihantar ke TASKA ketika pasangan suami isteri ini keluar bekerja. Tanpa pembantu, pasangan ini sepakat untuk mengendalikan sendiri ketiga-tiga anak mereka.

“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya lagi menerusi Berita Harian.
Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga Thoreeq, Mateen dan Hakeem terus membesar dengan sihat serta membahagiakan ayah dan ibunya.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: BH Online & KPJ Bandar Dato’ Onn
The post Rezeki Berganda, Lahirkan Bayi Secara Normal, Ibu Ni Berjaya Miliki Bayi Kembar Tiga Melalui IVF! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rezeki-berganda-lahirkan-bayi-secara-normal-ibu-ni-berjaya-miliki-bayi-kembar-tiga-melalui-ivf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Halina Alami Pra Eklampsia Bakal Lahirkan Kembar Pada Usia 34 Minggu Sheikh Muszaphar Mohon Semua Doakan

Dr Halina Alami Pra Eklampsia Bakal Lahirkan Kembar Pada Usia 34 Minggu Sheikh Muszaphar Mohon Semua Doakan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 481 hits
Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos perlu menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi kembar mereka yang kini berusia 34 minggu Berita yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar menerusi...
Isteri Lahirkan Anak Pramatang Sebab Stress Melampau Bayi Pula Berdepan Risiko Sakit

Isteri Lahirkan Anak Pramatang Sebab Stress Melampau Bayi Pula Berdepan Risiko Sakit

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 388 hits
Sepanjang tempoh kehamilan perubahan melibatkan emosi ibu mengandung adalah perkara biasa Tetapi jika berlebihan ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan Memahami emosi ibu mengandung Siapa yang tidak seronok saat berbadan dua Na...
Perkembangan Bayi 0 3 Bulan Adalah Paling Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

Perkembangan Bayi 0 3 Bulan Adalah Paling Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 253 hits
Apabila bercakap mengenai perkembangan bayi baru lahir tentu fizikalnya saja yang diutamakan bukan Mesti cukup minum susu dan tidur lepas tu nak tengok baby membulat macam michellin Ramai ibu ibu yang selepas menyusu dan tukar lampin bayi k...
Emma Maembong Lahirkan Bayi Lelaki Sekali Jadi Buah Mulut Netizen

Emma Maembong Lahirkan Bayi Lelaki Sekali Jadi Buah Mulut Netizen

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 320 hits
Pelakon jelita Emma Maembong dikhabarkan sudah selamat melahirkan bayi sulungnya iaitu bayi lelaki menurut laporan Harian Metro Namun masih tiada kenyataan rasmi daripada Emma sendiri dan dia juga tidak mendedahkan kepada umum mengenai khab...
Video Isteri Dr Sheikh Muszaphar Selamat Lahirkan Anak Kembar Lelaki Dan Perempuan

Video Isteri Dr Sheikh Muszaphar Selamat Lahirkan Anak Kembar Lelaki Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 359 hits
Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9 47 pagi bayi lelaki dan 9 48 pagi bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medic...
Kerisauan Berakhir Ibu Positif Covid19 Selamat Lahirkan Anak Bebas Kebal Covid19

Kerisauan Berakhir Ibu Positif Covid19 Selamat Lahirkan Anak Bebas Kebal Covid19

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 328 hits
Kebimbangan seorang ibu yang ketika itu hamil dan disahkan positif Covid19 akhirnya menjadi momen indah apabila bayi lelaki yang dilahirkan sihat Celine Ng Chan 31 seorang guru tuisyen di Singapura dijangkiti Covid19 ketika 2 bulan hamil pa...
Selamat Lahirkan Anak Lelaki Dan Perempuan Sheikh Muszaphar Dan Isteri Teruja Timang Kembar Kali Kedua

Selamat Lahirkan Anak Lelaki Dan Perempuan Sheikh Muszaphar Dan Isteri Teruja Timang Kembar Kali Kedua

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 320 hits
Mengakui memiliki impian untuk mempunyai anak yang ramai angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor 48 berasa teruja kerana isterinya yang tersayang iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos 39 telah selamat melahirkan sepasang kembar buat k...
Pasangan Tinggal Mayat Bayi Depan Masjid Berjaya Ditahan Kini Direman 4 Hari

Pasangan Tinggal Mayat Bayi Depan Masjid Berjaya Ditahan Kini Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 252 hits
Pasangan tinggal mayat bayi depan masjid berjaya ditahan kini direman 4 hari SEORANG lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan kerana membuang mayat bayi berhampiran sebuah masjid di Sungai Way Petaling Jaya Ahad malam Timbalan...
Tiga Bayi Istimewa Terima Penerbangan Ihsan Tudm

Tiga Bayi Istimewa Terima Penerbangan Ihsan Tudm

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 311 hits
Farhana JoniPesawat angkut A400M milik TUDM yang membawa tiga bayi istimewa selamat tiba di Pangkalan Udara Subang Selangor Gambar TUDM KUALA LUMPUR Bukan hanya menjaga keselamatan tanah air agar terus aman Tentera Udara Diraja Malaysia tur...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri