Reunion Skkg 1994 1996
Berjaya jugak reunion ni walaupun x semua yg dapat hadir. Tapi bila tgk gambar ni ramai jugakkan yg dapat datang. Riuh jugak Restoran Serai tu kitorang punya sembang n gelak2..
Tq pada wujudkan whatsapp group then terjadilah reunion ini. Mula-mula diinvite masuk dalam grup sekolah rendah ni, aku punya teruja tak habis 7 hari 7 malam :D Seronok mengimbas kenangan lama. Sebab banyak kenangan yang manis2 zaman budak-budak dulu. Kenangan pahit tak payah la nak diingat. Ada juga. Cikgu kelas aku garang namateyy, tapi kerana beliau juga la aku dapat result yang baik masa UPSR tahun 1996 dulu. 3A 1B. Kira okey lah tu kan. Matematik aku dari zero, terus dapat A...
Thanks to Intan sebab dia yg invite dlm grup whatsapp. Ingat lagi ko kat aku kan. Dengan yang lain-lain tu semua ada je keep in touch dalam FB. Tapi yelah takat hai hai bye bye je kan.. lps tu tgk kehidupan orang tu mcm ni org tu mcm tu... sembang pun kat komen2 je.
Yang bestnya, kawan yang dah lama tak dapat contact, kita dapat contact balik... means aku tak fren kat FB or Instagram. like Haslina. dulu masa dok Taman Melati dulu, aku pernah sekali pergi rumah dia kat Blok A tu. Bila fikir balik-balik, jauhnya aku merayap g umah kawan..;p
Berbalik pada citer reunion. Tq banyak-banyak pada organizer, Yana n team. Aku tak ingat sape lagi yang bergabung tenaga ngan Yana. Tapi aku ingat Yana la kepalanya. Dia yang deco lawa-lawa tu. Oh dia ada buat bisnes juga utk deco-deco ni. Jap carik instagram dia. ig : @showerbyxulia Korang pegila terjah kat ig...
Aku pagi tu ada fun run kat opis. Dingdong juga nak datang. Actually aku dah mmg bagi nama xdpt dtg dah sebab risau rushing. So i tell them, next time aku join. Tiba-tiba malam tu, ada sorang cancel. Si Shah. Pastu dia offer la utk sape-sape yang leh datang. Dia belanja katanya. Aku try la bgtau Enady, leh ke nak join reunion, aku cakapla kalau aku penat aku tido je dlm ERL. =p Tak sangka plak Enady lepaskan pergi dengan syarat jangan nak melencong ke mana-mana. Yeayyyy, seronok tak terkata sebab dapat jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Terus aku study jalan nak ke Restoran Serai kat Pavilion tu. Orang jarang turun tengah2 bandar tu, mane nak tau kan...
Setel Fun Run kat opis, balik rumah siap-siap mandi bagai... kul 12.30 gerak naik ERL... Naik ERL dari Putrajaya sampai ke KL Sentral. Pastu amik MRT, dari mana ke mana aku tak ingat dah nama stesennya haha.. tapi alhamdulillah sampai la jugak ke Pavilion, KL.
Sampai-sampai, lom ramai lagi, yang ada, Muna, Haslina n adik dia, Din n wife n anak-anak, Alia Diyana. Sembang-sembang dulu ngan diorang sementara tunggu yang lain-lain sampai.
Gambar kat atas ni, yang hujung belah kanan tu Zetty, anak pelakon lama tu aku tak ingat nama ayah dia. dia xdpt join. so dia dropkan kek je... sedap giler kek dia... dia bakery jugak area Setapak.
Antara goodies yang weolls dapat. Semua Yana organize. Thanks Yana.
Cikgu Sulaiman. Ni la cikgu i yang garang tu.. hihi.. sekarang dah baik ngan anak-anak murid. Maklumla dulu jiwa muda.. :)
me n Muna.
Sembang-sembang n makan-makan sampai kul 5 ptg tu ramai yang minta izin nak pulang... termasuklah aku, aku nak kejor train kalau boleh taknak sampai malam.
Tq korang.... n sehingga kita berjumpa lagi. Pls organize family day plak geng.. :)
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://honeysour00.blogspot.com/2019/01/reunion-skkg-1994-1996.html