Retroarch Main Semua Video Game Konsol Lama Di Telefon Anda
Anda semua pasti merindui zaman kanak-kanak anda dahulu. Bagi generasi 80an dan 90an, pastinya masih ingat zaman peperangan konsol suatu ketika dulu. Peperangan konsol juga telah mencipta inovasi baru dalam permainan video dengan konsol bersaiz genggam tangan sepeti Gameboy, Gameboy Color dan Gameboy Advance.
Banyak projek komuniti telah disiapkan untuk memainkan permainan video lama ini di komputer. Namun, bermain di komputer pastinya memberi pengalaman berbeza berbanding bermain permainan video dengan peranti yang bersaiz mudah alih.
Dengan kemajuan pesat telefon pintar, SoC pada telefon pintar kini sudah cukup berkuasa untuk memainkan permainan video lama ataupun retro ini. Begitu banyak pemain ataupun emulator yang berada di internet ini agak menyukarkan komuniti permainan video retro. Dengan itu, tertubuhlah RetroArch.
RetroArch adalah satu platform yang mengumpulkan semua pemain permainan video retro dalam satu aplikasi. Ia juga tersedia dalam semua sistem operasi utama seperti iOS, Windows, Linux, Android malah untuk sistem operasi konsol mudah alih retro dari China seperti Miyoo dan RetroFW.
Anda hanya perlu memuat turun “Core” dalam aplikasi RetroArch dan gunakan Core ini untuk memainkan ROM permainan video anda. Contohnya, saya gunakan Core mGBA untuk memainkan ROM Gameboy Advance saya.
RetroArch mudah untuk digunakan tetapi menyediakan sangat banyak pilihan modifikasi seperti pilihan pemprosesan video tambahan, sokongan kayuria, simpanan kemajuan permainan video dan banyak lagi. Anda juga boleh mengubah antaramuka menunya sama ada seperti MS-DOS, PSP, Switch ataupun tetapan lalai RetroArch.
RetroArch menyokong kesemua permainan video retro seperti Sega Genesis, Super Famicom, SNES sehinggalah kepada Playstation 2 dan Nintendo 3DS. Ia juga menyokong permainan video Arcade seperti Initial D Arcade Stage yang menggunakan sistem Sega Naomi.
Saya baru menggunakan RetroArch selama sebulan dan masih banyak yang belum sempat saya terokai lagi. RetroArch tersedia di Playstore dan juga GitHub.
Muat turun RetroArch di Playstore
32-bit: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.retroarch
64-bit: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.retroarch.aarch64
Github: https://github.com/libretro/RetroArch
ROM di GitHub: https://r-roms.github.io/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/retroarch-main-semua-video-game-konsol-lama-di-telefon-anda/