Retorik Rakyat Memilih Kerja


 


Kita dah dengar retorik rakyat Malaysia memilih kerja ni dah lama. Berdekad lamanya. Bila ambil pekerja asing, inilah alasan yang mereka beri. Tapi betulkah?Pendapat peribadi aku, cuma separuh betul. Kenapa?Pertama, kita boleh lihat berapa ramai rakyat kita yang menceburkan diri dalam perniagaan yang susah. Mereka sanggup bekerja bersusah payah.Ada yang terpaksa bangun awal pagi dan berniaga sampai larut malam. Ada yang sampai bergelumang dengan najis haiwan peliharaan. Ada yang sampai panjat tempat tinggi, gadai nyawa. Kalaulah mereka memilih kerja, mahukah mereka bersusah payah begitu?Kalau tak meniaga pun, ada juga yang bekerja di stesen minyak. Selalu saja aku jumpa orang kita yang kerja di sana. Kerja ikut lori sampah pun ada. Jadi di mana betulnya tuduhan orang kita tak mahu kerja yang kasar dan kotor?Kedua, kalau kita lihat ramai saja rakyat asing yang bekerja bukan dalam bidang 3D pun. Pergi stesen minyak, tengok berapa ramai yang bekerja jadi kashier. Takkanlah kerja kashier pun nak dikatakan kerja 3D? Malah ada yang jadi penyelia. Dia pula jadi boss rakyat Malaysia.Tapi kenapa aku katakan separuh benar?Sebab ada benarnya orang kita memilih kerja. Tapi bukanlah sebab kerja itu kotor atau kasar. Tapi kerana gaji. Kerja separuh mati tapi gajinya sedikit sangat, sedangkan tauke hidup bermewah. Siapa yang mahu?Itulah masalahnya! Orang kita nak gaji besar saja. Cubalah terima gaji macam Bangla tu!Oi brader… Orang kita tak boleh terima gaji macam pekerja asing. Sebab orang kita ada keluarga di sini. Mereka perlu sewa rumah, perlu sekolahkan anak, perlu macam-macam. Hidup orang kita tak sama macam pekerja asing.Tengok macam Bangla. Mereka hidup satu rumah berbelas orang. Bersesak dalam rumah. Makan setakat apa yang boleh saja. Sebab anak isteri mereka di negara asal. Anak mereka bersekolah di sana. Belanjanya jauh lebih murah. Malah mungkin percuma. Gaji RM1,000 pun mereka boleh survive.Tapi rakyat Malaysia tak boleh begitu. Mereka berkeluarga di sini. Takkanlah nak tinggal bersesak 10 orang dalam rumah yang sama. Bukan 10 orang tapi 10 keluarga sebab terpaksa bawa anak isteri sekali. Takkanlah begitu?Anak-anak kena sekolah juga. Sekolah ni, nama saja percuma. Tapi berapa banyak sekolah haram jadah yang kutip yuran PIBG mahal melantun. Sekolah anak aku pun sama. Padahal hampir setahun tak sekolah. Eh mintak yuran jugaaakkkkk!Di sekolah pun anak kena makan di kantin. Makan di kantin pun bukan murah. Mahalnya Na’uzubillah. Itu belum kira kelengkapan sekolah. Dan banyak lagi beban lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.Dalam keadaan begitu, macamana rakyat Malaysia mahu terima kerja yang bayarannya murah? Tapi malangnya, yang kerajaan nampak, rakyat memilih kerja. Jadi jalan penyelesaiannya, ambil pekerja asing. Mana selesai masalah!Kerajaan sepatutnya bantu rakyat. Sepatutnya kerajaan usaha untuk naikkan gaji dengan cara penetapan gaji minimum yang sesuai. Atau paling tidak pun pastikan harga barangan kekal rendah supaya rakyat boleh survive.Bukan dengan ambil pekerja asing. Bila ambil pekerja asing, yang selesai masalah majikan. Masalah rakyat tak selesai. Bahkan makin bertambah. Akhirnya rakyat sendiri menganggur, pekerja asing pula dijaga.Kerajaan ini dipilih oleh rakyat atau para majikan dan pekerja asing?Rakyat memilih kerja hanyalah cerita palsu yang disebarkan oleh majikan bagi membolehkan pekerja asing diimport. Yang bodohnya adalah kerajaan yang percaya. Tapi aku rasa bukan kerajaan tak tahu kebenarannya.Kerajaan yang pegang segala bentuk data. Tentulah kerajaan tahu apa yang terjadi di bawah ini. Cumanya lebih menguntungkan kalau bantu majikan. Boleh juga dapat duit kocek. Bantu rakyat, kerajaan dapat apa?Rakyat kita bukan susah sangat pun. Setahun sekali ke dua kali, bagi duit sikit. Sukalah merereka. Dapat RM1,000 setahun, lupalah mereka hak mereka yang dirampas oleh kerajaan yang berkali ganda nilainya. Bodoh, kan?Kalau nak selesaikan masalah ini, semua rakyat mesti bersatu hati. Pertama, kerajaan sampah yang bodoh bebal tak faham penderitaan rakyat ini mesti diturunkan dan jangan beri peluang untuk dapat kuasa lagi.Kedua, sebolehnya elakkan berurusan dengan syarikat yang utamakan pendatang asing. Cari syarikat yang menggajikan rakyat Malaysia. Tapi yang ini susah sikit. Sebab ramai rakyat cakap saja berdegar. Tapi bila sampai nak melaksana, alah lain kali je la…
Raja Gelap

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/retorik-rakyat-memilih-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Masih Nak Memilih Bn Melaka

Rakyat Masih Nak Memilih Bn Melaka

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 292 hits
Apa rakyat sudah bersedia mengembalikan kuasa kepada BN dan secara tidak langsung memberi gambaran mungkin BN akan kembali memerintah malaysia Atau mungkinkah PN akan memberi kejutan kepada BN secara total apabila pengundi melayu menolak BN...
Perbualan Pm Pun Boleh Dirakam Ini Kerja Siapa Dan Selamatkah Juga Komunikasi Kita Rakyat Biasa

Perbualan Pm Pun Boleh Dirakam Ini Kerja Siapa Dan Selamatkah Juga Komunikasi Kita Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 163 hits
Sejak semalam telah berlegar di media sosial satu rakaman audio yang didakwa antara bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Perbualan yang dirakam itu berkisar mengenai pergolakan politik Melaka sel...
Anak Tolak Sayur Ayam Cuma Nak Nasi Dengan Kicap Dari Kecil Kena Kenalkan Makanan Sihat Baru Anak Tak Memilih Makan

Anak Tolak Sayur Ayam Cuma Nak Nasi Dengan Kicap Dari Kecil Kena Kenalkan Makanan Sihat Baru Anak Tak Memilih Makan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 528 hits
Ibu saya nak makan nasi dengan kicap je taknak sayur dan ayam Ada pengalaman tak anak anak anda memilih makanan atau pernah terjumpa anak yang memilih makan Berikut adalah tips untuk kita mulakan daripada awal supaya anak kita lebih mudah u...
4 Tips Memilih Deodoran Untuk Ibu Hamil Nggak Bisa Asal Milih Komposisinya

4 Tips Memilih Deodoran Untuk Ibu Hamil Nggak Bisa Asal Milih Komposisinya

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 259 hits
Selain dari segi kenyamanan Moms perlu memperhitungkan keamanan saat memilih deodoran ya
Memilih Ceramics

Memilih Ceramics

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 442 hits
Memilih Ceramics Salam blogger yang dihormati salam Keluarga Malaysia yang rajin membaca di paparan maya ini Sabtu hujung minggu menjelang lagi Seronoknya kita bersiaran dalam keadaan tidak berapa di kawal Tetapi paling bahagia bila Allah m...
Melaka Memilih Spr Tetapkan Pengundian Prn Melaka Pada 20 November R

Melaka Memilih Spr Tetapkan Pengundian Prn Melaka Pada 20 November R

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 202 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh
Mma Indonesia Smarties 2021 Memilih Entri Pemenang

Mma Indonesia Smarties 2021 Memilih Entri Pemenang

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 201 hits
Para anggota tim juri yang ditunjuk oleh The Mobile Marketing Association Indonesia Indonesia telah memilih para Finalis di antara lebih dari 400 peserta yang masuk dari berbagai industri dan sektor di Indonesia untuk MMA Indonesia SMARTIES...
Awani Ringkas Prn Melaka Amaran Pakar Kesihatan Menjelang Melaka Memilih

Awani Ringkas Prn Melaka Amaran Pakar Kesihatan Menjelang Melaka Memilih

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 260 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash