Restoran Tanpa Norma Baharu Bahaya



Restoran tanpa norma baharu Bahaya!Belum lagi 4 Mei pelanggan dan berpusu-pusu serbu Restoran .'Kami sudah sedia'-pengusaha restoran

Norma baharu selepas PKP, bersediakah kita?AKHIR-akhir ini kita sering berbicara tentang norma baharu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti juga yang diungkap oleh Perdana Menteri kita. Ramai juga yang berharap selepas sahaja PKP ditamatkan, kita akan menjalani kehidupan seperti biasa. Rangkaian virus Covid-19 boleh dihentikan, tetapi untuk melawan virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada vaksin penawarnya . Jadi kita masih belum selamat. Kita semua mungkin akan menjalani kehidupan dengan norma baharu selama kira-kira 6 bulan hingga setahun lebih. Norma baharu bakal wujud di dalam keadaan di mana kita bakal bebas dari PKP namun masih dalam keadaan terkawal, ianya atas risiko ditanggung sendiri yang lebih baik jika diberi garis panduan bagaimana untuk menghadapinya.



Lepas kena report, baru reda sikit.

Petanda banyak kluster baru akan muncul tak lama lagi, kalau ginilah gaya rakyat Malaysia.


Walaupun kes Covid-19 mungkin menjadi sifar kelak tetapi terdapat kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula seperti yang berlaku di negara China. Walaupun kita akan bebas keluar seperti biasa kelak tetapi demi mengawal penularan semula ada beberapa saranan yang perlu diamalkan.

Antaranya disarankan:

1)masih mengamalkan penjarakan sosial pada jarak 1 meter.Tidak perlu berjabat tangan dan berpeluk
-peluk ketika bertemu dan berpisah.

2)keluar rumah bila keadaan memerlukan sahaja contohnya untuk bekerja, membeli barang keperluan juga berurusan dengan kemudahan penting. Terus pulang ke rumah selepas waktu
bekerja.

3)tidak dibenarkan atau digalakkan menghadiri atau mengendalikan majlis yang melibatkan perkumpulan ramai orang seperti majlis kahwin, konvensyen, ceramah, konvokesyen dan sebagainya.

4)tidak keluar negara untuk beberapa tempoh, sehingga negara-negara terbabit atau satu dunia bebas dari Covid-19. Bila agaknya satu dunia akan bebas dari Covid-19? Dikatakan ini mungkin mengambil masa 1-2 tahun.

5)tidak digalakkan untuk bercuti, berlegar di pusat membeli-belah, pawagam mahupun pasar borong.

6)sentiasa mengamalkan kebersihan sendiri dengan  menggunakan pencuci tangan, penutup muka jika perlu, menutup muka dan mulut jika bersin.

7)tidak digalakkan melepak di warung , kedai mamak, restoran, restoran makanan segera dan sebagainya. Tiada lagi tontonan bolasepak secara langsung di premis makanan.

Maka apa yang akan berlaku seterusnya?

1 – Pemilik bisnes mikro juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .Kilang pengeluar sebagai contoh mengurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja.

2- Sektor perhotelan seperti resort dan kelab golf , taman tema, tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi.

3- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja.

4- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas. Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil? Adakah bank akan sanggup beri hutang dalam keadaan seperti ini?

5- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas. Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan.

6- Bagaimana dengan sekolah, kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat penjarakkan. Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat. Namun usaha belajar secara maya yang secara dasarnya dilihat bagus, bakal membuka jurang antara mereka yang berkemampuan dan tidak mampu bersaing dari segi keperluan komputer dan jalur lebar.

7- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai permintaan yang tinggi kepada bahan farmasi dan perubatan.

8-Rakyat akan mula berjaga-jaga, mengelakkan risiko jangkitan dan lebih peka dengan kebersihan diri sendiri.

9- Bidang hartanah akan berada dalam keadaan ekonomi yang merosot tertutama bagi mereka yang tiada pendapatan tetap.Peniaga samada besar atau kecil juga terkesan, jadi siapakah yang mampu membeli hartanah ketika itu?Perniagaan perabot juga akan terkesan. Siapa yang mahukan perabot
baru di kala pendapatan bulanan tidak menentu? Dan banyak lagi kesan ekonomi yang akan berlaku.

Selepas tamat waktu PKP, ianya bukanlah titik noktah kerana vaksin untuk Covid-19 masih belum lagi ditemui. Oleh itu risiko jangkitan dan kematian masih tinggi. Tempoh enam bulan yang akan datang, adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar di mana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk
mengharungi fasa pemulihan ekonomi.

Saranan untuk rakyat:

1-Berjimat sebaik mungkin.Perbanyakkan simpanan dan simpanlah selagi boleh.

2-Hidup dalam bersederhana dari segi makanan, pakaian dan sebagainya.Kurangkan kos perbelanjaan makanan dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja. Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah di luar. Sebaiknya masak di rumah lebih menjimatkan.

3- Jimatkan pengunaan elektrik dan air.

4- Tangguh dahulu pelan percutian sehingga pendapatan mula stabil.

5- Jangan membazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan.

6-Kurangkan penggunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak.

7-Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Pinjaman pun sukar lulus barangkali dan haruslah diingat bahawa belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal.

Berikut adalah beberapa saranan sahaja bagi memastikan kelangsungan kita dalam tempoh 6 bulan-12 bulan akan datang.


Norma baharu selepas PKP adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi. Yang pastinya bukan mudah, tetapi adalah untuk keselamatan nyawa,harta dan masa depan kita sendiri.Haruslah diingat untuk tempoh ini wang tunai adalah raja.Jimatlah sebaik mungkin .Apa yang bakal berlaku seterusnya? Tiada siapa yang tahu. Marilah kita berdoa agar vaksin virus Covid 19 ini dapat dijumpai dengan segera , kemudian barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu.





rePublish Update Berita MalaysiaRestoran tanpa norma baharu Bahaya! Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/restoran-tanpa-norma-baharu-bahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biovyzr Ialah Kebuk Pernafasan Peribadi Untuk Dunia Norma Baharu Koronavirus

Biovyzr Ialah Kebuk Pernafasan Peribadi Untuk Dunia Norma Baharu Koronavirus

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 310 hits
Malaysia mula hidup semula semalam dengan bermulanya fasa kelima Perintah Kawalan Pergerakan yang memberikan kelonggaran kepada perniagaan untuk kembali beroperasi Namun begitu pengguna masih dinasihatkan supaya mengekalkan pembatasan sosia...
Mb Selamat Hari Wesak Sesuaikan Norma Baharu

Mb Selamat Hari Wesak Sesuaikan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 292 hits
SHAH ALAM 6 MEI Buat pertama kali Hari Wesak tidak dapat disambut di kuil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai kata Dato Menteri Besar Susulan itu Dato Seri Amirudin Shari berharap rakyat menggunakan peluan...
Norma Baharu Kehidupan Mencegah Covid 19

Norma Baharu Kehidupan Mencegah Covid 19

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 555 hits
Nak tak nak kita kene terima keadaan kita sekarang ni Kalau kita tak jaga diri sendiri dan keluarga ko rasa orang lain nak jaga ke Jadinya tolong alert norma baharu kehidupan yang saya kongsikan ni untuk kebaikan bersama Jangan la nak merun...
Nuzul Al Quran Disambut Dengan Norma Baharu

Nuzul Al Quran Disambut Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 465 hits
MUAR Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah umat Islam akan berkumpul mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al Quran beramai ramai sempena Nuzul Quran Pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan...
Norma Baharu Ini Gambaran Situasi Menggunakan Perkhidmatan Tren Ketika Pkpb

Norma Baharu Ini Gambaran Situasi Menggunakan Perkhidmatan Tren Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 451 hits
Semua pengguna tren Rapid KL yang menggunakan perkhidmatan itu bermula esok diwajibkan mengikuti beberapa langkah kawalan pergerakan penumpang yang ditetapkan bagi memastikan penjarakan sosial dan kesesakan dapat dielak semasa berada di pla...
Tujuh Negeri Tiada Kes Covid 19 Penting Amal Norma Baharu

Tujuh Negeri Tiada Kes Covid 19 Penting Amal Norma Baharu

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 416 hits
SHAH ALAM 30 APRIL Tiada kes baharu Covid 19 direkodkan di tujuh negeri hari ini kata Kementerian Kesihatan Malaysia Menurut KKM negeri tersebut adalah Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Terengganu Kelantan dan Sabah Penting untuk kita semua d...
Google Memperkenalkan Sokongan Penjejakan Lokasi Notifikasi Bateri Amp Antaramuka Baharu Untuk Fast Pair

Google Memperkenalkan Sokongan Penjejakan Lokasi Notifikasi Bateri Amp Antaramuka Baharu Untuk Fast Pair

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 254 hits
Fast Pair adalah jawapan Google kepada Apple untuk menambat aksesori audio pantas kepada Android seakan AirPods pada peranti Apple Ia mula diperkenalkan semasa Pixel Buds generasi pertama dilancarkan Tahun demi tahun semakin banyak aksesori...
Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 410 hits
KEDATANGAN Ramadan tahun ini diraikan dalam suasana normal baharu buat pertama kalinya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa 3 kini dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 Pasti paling dirindui ketika datangnya Ramadan ...
Jumaat 24 4 1 Korban 88 Kes Baharu Dan 121 Pulih

Jumaat 24 4 1 Korban 88 Kes Baharu Dan 121 Pulih

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 266 hits
Malaysia hari ini mencatatkan satu kematian baru akibat Covid 19 dan 88 kes baru Ini menjadikan jumlah korban di Malaysia akibat wabak itu ialah 96 dengan 5 691 kes jangkitan direkodkan Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan D...
Nasi Lemak Abang

Resepi Udang Belon Ala Thai Rangup Simple Dan Sedap Guna 4 Bahan Je

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Terengganu Fc Vs Jdt Fc Piala Malaysia 17 Januari 2025

Rayuan Tukar Kategori Tawaran Haji Masih Dibuka Kata Th

More Bank Officers Nabbed Over Loan Bribery Scandal

Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku

Unifi Package 2025 Internet Percuma 3 Bulan Dengan Unifi Home Broadband

Meninggal Dunia Selepas 9 Jam Bertarung Nyawa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kelantan Sepasang Suami Isteri Ditahan Terlibat Sindiket Rokok Seludup Di Tanah Merah

Solusi Air Bocor Di Bilik Air Transformasi Menjadi Cantik Seperti Hotel Bersama Epoxyrefinish

Peniaga Durian Singapura Luncurkan Mesin Jual Durian Di Stesen Mrt Harga Dari Rm62

Customer Fails Brake Test Slaps Puspakom Inspector Probe

A Comedy Of Errors In New Silly Season On Campus

No Discussion On Expanding Alcohol Sales Curbs In Ipoh Exco