Restoran Real Glamour Seafood Johor Bahru


Kali ni Diah nak kongsi restoran makanan laut sedap dekat Johor. Tahu tentang kedai makan ni dari abang ipar. Dia beria-ria ajak datang cuba.


Katanya ini kedai makan kegemaran dia kalau teringin nak makan seafood. Dah alang-alang sampai ke Johor rugi pula kalau tak cuba.

Ternyata pilihan yang tepat sebab semua orang puas hati dengan menu yang kami makan hari tu. Sangat disyorkan kepada korang untuk pergi.

 




Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Restoran dia kalau tengok memang biasa je. Macam kebanyakkan kedai makan yang lain. Susun atur meja kerusi standard, kedai bersih dan selesa.

Restoran yang kami pergi ni ialah restoran Real Glamour Seafood terletak di Jalan Bayu Puteri Johor Bahru.






Dalam perjalanan, Diah perasan ada lalu depan Replika mahkota gerbang Istana Johor, kebanggan Bangsa Johor. Tersergam indah.




 

Menu Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Ada pelbagai jenis hidangan ditawarkan termasuklah masakan panas dan hidangan khusus Restoran Real Glamour Seafood adalah makanan laut.

Kami makan Ikan Merah Stim, Udang buttermilk, Kerang Sambal, Ikan Pari Goreng Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin dan Sotong Celup Tepung.





Nasi putih untuk 12 orang termasuk kanak-kanak. Kami pesan juga dua jug air, Teh O ais dan Sirap Limau ais.

Harga makanan dekat sini berpatutan dan boleh dikatakan murah berbanding kedai seafood Diah pernah pergi. 
Menu Celup Tepung dia tidak mengecawakan. Rangup dan tidak terlebih masak. Mengubat kekecewaan malam sebelum tu kami makan dekat kedai lain, sotong celup tepung dia liat dan kering.





Tak mahu makan Seafood, dekat sini ada juga menu nasi dan mi goreng. Jadi tiada masalah kalau datang seorang atau berdua.

 

Lokasi Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Nak mudah korang boleh waze je. Boleh guna alamat ni: 2, Jalan Bayu Puteri 2/10, Taman Bayu Puteri, 81750 Johor Bahru, Johor.

Landmark paling mudah ialah, restoran ni terletak di bawah Hotel Elmark. Boleh parking depan kedai.

Restoran buka setiap hari bermula pukul 4.30 petang sehingga 12.00 tengah malam. Kalau ikut bacaan dekat Google review digalakkan untuk buat tempahan.

Rezeki kami hari tu, kami walk in dan restoran baru je dibuka.

 

Review Restoran Real Glamour Seafood

Walau pun menu kami pesan agak banyak tapi waktu menunggu tidaklah terlalu lama. Paling penting kakak yang ambil pesanan kami tak kekwat. Atleast dia ambil pesanan dan tak lupa senyum.  

Pernah makan di tempat pelayan yang kedekut senyuman. Makanan sedap pun jadi tak seronok nak datang lagi sudahnya.

Secara keseluruhan makanan dekat Restoran Real Glamour Seafood sedap. Cukup rasa masin, manis dan masam.

Dalam banyak-banyak restoran makanan laut kami pernah cuba, Real Glamour Seafood berjaya mendapat tempat di hati Diah.

Kalau di Melaka kami suka makan seafood di Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka, di Terengganu korang boleh pergi ke Warung Adik Beradik, dekat Aroma Ikan Bakar Jeram pun okay.
Makanan laut dia segar. Menu paling Diah suka adalah Ikan Merah masak Stim. Ya ampun sedapnya kuah dia.






Menu Stim dia memang terbaik. Guna resepi Thailand yang letak jeruk bawang putih memang terangkat. Rasa masam dia seimbang.

Udang buttermilk dia tak kedekut bahan, dan udang dia segar. Ambil menu ni untuk anak-anak sebab tak pedas.    







Pertama kali cuba Ikan Pari Goreng Tepung. Selalu kalau makan mesti Ikan pari Bakar. Sedap rupanya. Boleh buat dekat rumah pula lepas ni.





Kerang sambal tu biasa saja bagi Diah, tapi adik Diah paling suka sebab kena dengan selera dia. Saiz kerang tak mengecewakan.

 

Kesimpulan
Kalau korang mencari kedai makan seafood di Johor Bahru yang sedap dan harga berpatutan korang kena datang ke Restoran Real Glamour Seafood ni. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/08/restoran-real-glamour-seafood-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Popular Bookstore Di Paradigm Mall Johor Bahru

Popular Bookstore Di Paradigm Mall Johor Bahru

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 287 hits
AssalamualaikumBismillahLamanya tak pergi Kedai Buku Popular Kali terakhir pergi kedai buku rasanya sebelum graduate tahun 2018 Jadi blogger sepenuh masa banyak habiskan masa dalam rumah Sekali sekala sahaja keluar untuk ambil angin dan seg...
Hutan Bandar Johor Bahru Tempat Healing Bagi Yang Suka Nature

Hutan Bandar Johor Bahru Tempat Healing Bagi Yang Suka Nature

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 297 hits
AssalamualaikumBismillahBeberapa hari sebelum ini memang rasa burnout sangat Letih fikiran dan perlukan ketenangan dan udara segar di luar Mengadu dengan suami nak keluar jalan ke Johor Bahru untuk cari tempat healing dan refreshing Alhamdu...
Ekspo Felcra Angsana Mall Johor Baru

Ekspo Felcra Angsana Mall Johor Baru

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 641 hits
Hari Sabtu lepas Mama Yan pergi jemput mak mentua di Angsana Mall Johor Bahru Mak dan rakan rakan sefelcra datang naik bas untuk menghadiri Ekspo Felcra Banyak acara yang diadakan tapi kami tak join apa apa pun Tengok sikit sikit je Mak men...
Sultan Johor Anwar Perlu Diberikan Lebih Masa Bangunkan Ekonomi

Sultan Johor Anwar Perlu Diberikan Lebih Masa Bangunkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 191 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan lebih banyak masa untuk membangunkan ekonomi negara titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Memetik laporan media The Star Sultan Ib...
Beri Anwar Lebih Masa Tingkatkan Ekonomi Negara Titah Sultan Johor

Beri Anwar Lebih Masa Tingkatkan Ekonomi Negara Titah Sultan Johor

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 271 hits
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi...
Cukuplah 1 Kerusi Jangan Biar Pas Bertapak Di Johor Zahid

Cukuplah 1 Kerusi Jangan Biar Pas Bertapak Di Johor Zahid

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 202 hits
Shakira BuangPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan semangat jentera Umno bagi PRK DUN Simpang Jeram dengan menegaskan PAS tidak boleh dibiarkan bertapak di Johor Zahid berkata cukuplah dengan PAS memenangi DUN Maharani satu satunya ...
Khairy S Polls Prediction 1 1 In Johor

Khairy S Polls Prediction 1 1 In Johor

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 215 hits
Khairy Jamaluddin said his forecasts were based on Barisan Nasional supporters voting for PN instead of PH as observed during recent state polls PETALING JAYA Former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin predicts Pakatan Harapan will retain th...
Tangkak Johor Destinasi Bersejarah Dan Budaya

Tangkak Johor Destinasi Bersejarah Dan Budaya

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 210 hits
Tangkak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di negeri Johor Malaysia Bandar ini terkenal dengan keindahan landskapnya yang menyegarkan serta sejarah dan budayanya yang kaya Ia terletak di kawasan tengah tengah Johor Tangkak telah me...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework