Restoran Herba Nasuha


Lokasi makan tengahari saya pada hari Ahad lepas - Restoran Herba Nasuha. Kunjungan semula setelah bertahun lama tak ke sini. Dulu...sewaktu pak mertua masih ada, dah beberapa kali kami makan bersama di sini. Kali ni kami bertiga saja bersama mak mertua

Keluar dari tol Pagoh, belok kiri. Teruskan perjalanan sampai jumpa papan tanda besar ni. Lepas selekoh tulah pintu masuk ke Nasuha Herbs & Spices Farm. 
Inilah bangunan yang menempatkan restoran, ruang pameran dan jualan

Masuk dalam bangunan, akan jumpa ruangan pameran dan jualan terlebih dahulu sebelum masuk ke restoran. Perut dah lapar, kita masuk makan dululah. Lepas makan nanti baru kita tengok bahan pameran dan jualan


Restoran Herba Nasuha (Nasuha Herbal Restaurant)
Dekorasi restoran yang sangat unik, menarik dan memberi rasa tenang. Berkonsepkan alam semulajadi, sesuai dengan tema restoran herba. Saya suka

Masuk ke bangunan ni tadi memang dah kena bukak kasut tau. Jadinya bila masuk restoran ni tapak kaki kita akan menikmati urutan refleksologi bila memijak di laluan berbatu. Yang dalam gambar ni tak terasa sakit sebab tak berapa timbul batunya. Tapi kalau berjalan di laluan antara meja-meja kanan ni, batunya lebih terasa di tapak kaki. Sampai terjengket-jengket berjalan dek sakit...haha

Menu spesial di sini - Herbal Briyani. Boleh pilih nak a la carte atau set. Kalau set, hidangan termasuk sup herba dan teh herba. Teh herba boleh pilih ikut masalah kesihatan kita.

"Mana satu yang paling tak pahit?" risau pahit, saya tanya siap-siap. Dah lupa sebab dah lama tak datang kan.. "Semua rasa tawar je. Kalau nak manis sikit, boleh tambah madu" jawab pelayan lelaki yang baik melayan

Telur ayam herba organik, telur ayam yang direbus bersama herba-herba terpilih. Rupa luaran gelap macam telur pindang. Kami beli sebiji sekadar untuk merasa. Bila kami makan, rasa dan bau taklah kuat macam telur pindang

Herbal Briyani with Mutton pilihan saya. Rasanya? Okey la...tapi belum tahap memenuhi citarasa saya. Seingat saya masa datang dulu-dulu, memang menu nasi briyani kambing nilah yang sangat sedap! Mungkin kali ni dah tukar tukang masak, atau mungkin citarasa tekak saya dah berubah? Emm...hahaa

Mencuba kek coklat ni sebab ada harga diskaun dengan pembelian set nasi briyani tadi. Harga selepas diskaun, RM3

Selain tu, kami order Mee Bandung dan Fish & Chips untuk suami dan mak mertua. Sengaja order menu berbeza supaya boleh rasa macam-macam. Tapi nampaknya semua pun rasa biasa-biasa je, tak memenuhi citarasa. Tapi...citarasa kita kan tak sama. Kenalah datanglah sendiri untuk merasa. Yang pasti, seronok makan kat sini sebab rasa santai dan tenang je. Layanan pun sangat mesra dan bagus


Ruang Pameran dan JualanDah siap makan, bolehlah kita ke ruangan pameran & jualan ni..

Boleh belajar mengenai pelbagai jenis herba dan khasiatnya. Boleh terus beli produk berkaitan juga

Pelbagai rempah turut dijual. Mak Siti adalah jenama di bawah syarikat Nasuha. Saya suka guna rempah soto Mak Siti, walau masak sup pun saya akan letak sedikit rempah soto ni, rasa lebih sedap

--------------------------------------------------------Bagi yang nak merasa makan di restoran herba yang unik ni, bolehlah datang ke Restoran Herba Nasuha. Pakej Lawatan ke ladang herba pun ada tau, tapi kena buat temujanji awal. Untuk info lanjut, bolehlah layari Facebook : Nasuha Herbs.
NASUHA HERBS & SPICES FARMRESTORAN HERBA NASUHA
LOKASI :KM 19, Jalan Muar-Pagoh,Muar, Johor
(Tel. : 06-973 7231)
WAKTU OPERASI :Setiap Hari10.30 pagi - 6 petang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/02/restoran-herba-nasuha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Asam Pedas Di Restoran Asam Pedas Claypot Taman Kota Laksamana Melaka

Makan Malam Asam Pedas Di Restoran Asam Pedas Claypot Taman Kota Laksamana Melaka

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 1470 hits
restoran Asam Pedas Claypotramainya orang makan di Asam Pedas ClaypotMelaka memang terkenal dengan masakan asam pedas Di merata rata tempat diseluruh Melaka kebanyakannya menyediakan masakan asam pedas Macam di Kedah la gulai tu memang maka...
Gemuk Tak Nak Cream Pelanggan Kesal Kena Body Shaming Staff Restoran

Gemuk Tak Nak Cream Pelanggan Kesal Kena Body Shaming Staff Restoran

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 647 hits
Bekerja di barisan hadapan perlulah diingatkan untuk menjaga emosi dan sikap profesional pada tahap tinggi agar tidak menjejaskan perkhidmatan sesebuah syarikat itu Dalam kejadian yang berlaku pada awal Februari lalu pelanggan di sebuah res...
Inilah Malaysiaku Semua Pelanggan Bangun Bila Restoran Pasang Lagu Negaraku Respect

Inilah Malaysiaku Semua Pelanggan Bangun Bila Restoran Pasang Lagu Negaraku Respect

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 461 hits
small Cover image via Che Zulkefli Facebook small Cuba bayangkan tengah nak suap makanan dalam mulut tiba tiba lagu Negaraku berkumandang dalam kafe Tergamam tak Barangkali ini bukanlah situasi yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian ki...
Gara Gara Video Perempuan Pria Menari Bersama Manajer Restoran Ditangkap Di Iran

Gara Gara Video Perempuan Pria Menari Bersama Manajer Restoran Ditangkap Di Iran

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 252 hits
Pihak berwenang Iran menangkap seorang manajer restoran setelah sebuah video menampilkan laki laki dan perempuan menari bersama viral seperti dilaporkan kantor berita Tasnim pada Senin
Akibat Ikut Trend Staf Restoran Makanan Segera Diberhentikan Kerja

Akibat Ikut Trend Staf Restoran Makanan Segera Diberhentikan Kerja

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 383 hits
Memang ramai yang mengikut trend menulis mesej di atas kotak sampaikan ramai yang mengikutnya Ada yang buat disebabkan memang berniat nak sampaikan mesej yang berguna dan ada pula yang buat hanya sekadar ingin berhibur semata mata Baru baru...
Makan Di Restoran Pakcik Wong Ipoh

Makan Di Restoran Pakcik Wong Ipoh

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 1474 hits
Assalamualaikum SAMBUNGAN dari kisah hantar Iman balik ke Ipoh Selepas makan santai santai di Padang Ipoh kami terus balik ke hotel Sekarang ni tak larat dah nak pergi mall ke apa lepas makan balik hotel kalau lapar keluar balik hihi Jadi m...
Makan Nasi Beriani Di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby Taman Pertam Jaya Melaka

Makan Nasi Beriani Di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby Taman Pertam Jaya Melaka

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 1054 hits
Restoran Nasi Beriani Haji TambyRestoran Nasi Beriani haji Tamby ni terletak di Taman Pertam Jaya Melaka Nampak macam biasa biasa kan Tapi restoran ni pernah di terjah oleh team Jalan Jalan Cari Makan TV3 Jadi tak hairanlah kalau restoran n...
Puri5 Herba Kurus Ajaib

Puri5 Herba Kurus Ajaib

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 534 hits
Product Price 48 00 Product Qty Qty Add To Cart INFO KHASIAT RAMUAN PROKAS PURI5Prokas Puri5 merupakan produk yang digunakan secara tradisional untuk membantu proses penghadaman dan untuk kesihatan badan Antara kebaikan yang terdapat pada p...
Cara Taubat Nasuha

Cara Taubat Nasuha

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 311 hits
Bagaimana cara utk melakukan taubat nasuha Panduan ini akan membimbing anda melakukan taubat nasuha secara lengkap Apa yg istimewa Taubat nasuha utk setiap jenis dosa
When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Johor Wau Bulan Di Muzium Layang Layang Pasir Gudang

Resipi Sayur Lemak Putih Tauge

First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Anak Pisang Emas Selepas Sebulan Di Raised Bed