Restoran Anjur Pusat Hiburan Diserbu Polis Lahad Datu


RAMPAS: Polis rampas peralatan yang digunakan di pusat hiburan tersebut. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Polis serbu restoran dijadikan pusat hiburan LAHAD DATU: Sebuah restoran diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu selepas didapati menjadikan premis itu sebagai pusat hiburan, di sini pada Sabtu lalu.

Serbuan yang dilakukan menerusi Op Noda dan Op COVID-19 itu dijalankan selepas menerima aduan mengenai kegiatan itu.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata premis itu dikesan telah menganjurkan pusat hiburan dan didapati melanggar syarat lesen perniagaan.

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di bandar Lahad Datu yang menyalah guna lesen restoran. Pix ihsan PDRM
“Semasa serbuan dilakukan premis itu turut menerima ramai pengunjung dan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara pengunjung yang dikenakan kompaun kerana ingkar SOP PPN Fasa 4. Pix ihsan PDRM
“Selain itu, premis juga tidak mewajibkan pelanggan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan melengkapkan dos vaksin sebelum masuk,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam. Menurutnya, polis telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,500 terhadap tujuh pengunjung premis yang terdiri dua wanita dan lima lelaki berumur 24 hingga 40 tahun kerana melanggar SOP.



“Pasukan serbuan turut menahan dua lelaki warga asing berumur 32 dan 35 tahun yang merupakan penjaga premis kerana melanggar syarat lesen operasi dengan menjalankan aktiviti hiburan.

“Polis juga merampas enam peralatan yang digunakan di premis tersebut termasuk komputer, monitor dan pembesar suara,” katanya.

Katanya, polis kini dalam usaha mengesan pemilik premis berkenaan kerana melanggar syarat lesen perniagaan dan menganjurkan pusat hiburan.

Polis melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan yang menyalahgunaan lesen restoran. Pix ihsan PDRM
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat mengikut peraturan 17 pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2021,” katanya.


Rohan berkata IPD Lahad Datu terus komited memantau setiap individu, premis perniagaan dan seupamanya dalam memastikan penularan wabak COVID-19 di daerah ini terus terkawal.

“Polis juga akan mengadakan operasi secara berterusan supaya tiada pelanggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan awam,” katanya.

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/11/restoran-anjur-pusat-hiburan-diserbu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Diserbu Pekerja Pula Tiada

Restoran Diserbu Pekerja Pula Tiada

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 140 hits
Restoran diserbu pekerja pula tiada GEORGE TOWN Selain industri perhotelan di negeri ini yang berdepan dengan masalah kekurangan tenaga pekerja industri makanan khususnya di restoran restoran nasi kandar turut dibelenggu masalah sama sejak ...
Prn Melaka Ejen Tidak Di Halang Masuk Pusat Pengundian Awal Calon Ph Buat Laporan Polis

Prn Melaka Ejen Tidak Di Halang Masuk Pusat Pengundian Awal Calon Ph Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 257 hits
MASJID TANAH Gara gara ejennya tidak dibenarkan memasuki Pusat Pengundian Awal Pilihan Raya Negeri Melaka di Masjid Tanah calon Pakatan Harapan bagi N 04 Dewan Undangan Negeri Lendu Muhammad Asri Ibrahim membuat laporan polis pada Selasa Je...
Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 439 hits
Gara gara mengecam tindakan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza beriadah menggunakan basikal dan melalui laluan yang salah akhirnya individu ini terciduk kerana dikritik kembali oleh peminat penyanyi lagu Cindai itu Dakwa ind...
Agen Calon Ph Tidak Dbenar Masuk Pusat Mengundi Balai Polis Alor Gajah

Agen Calon Ph Tidak Dbenar Masuk Pusat Mengundi Balai Polis Alor Gajah

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 455 hits
Pengundian awal hari ini di DUN Lendu dicemari insiden agen calon Pakatan Harapan dihalang masuk oleh Ketua Tempat Mengundi biar pun telah menunjukkan dokumen dikehendaki Menurut Calon DUN Lendu Mohamad Asri Ibrahim tindakan tidak membenark...
Pengganas Lahad Datu Covid 19 Hanya Sandiwara Prn Sabah

Pengganas Lahad Datu Covid 19 Hanya Sandiwara Prn Sabah

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 191 hits
Kenyataan ahli politik Warisan ini sangat melampau Beliau mendakwa kononnya pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 hanya satu sandiwara Pihak keselamatan negara berperang dengan ayam dan anjing di kampung Lihat video di bawah Sepanjang per...
Terkini Insiden Lahad Datu Tamat Sidang Akhbar Kpn Pukul 5 Petang Ini

Terkini Insiden Lahad Datu Tamat Sidang Akhbar Kpn Pukul 5 Petang Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 187 hits
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina Raul Hernandez berkata pencerobohan sekumpulan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah tamat lapor akhbar The Philippine Inquirer Hernandez memberitahu satu sidang akhbar bahawa duta Malaysia Mohammad Z...
Growing Confidence In Poic Lahad Datu As Logistics Hub For East Coast

Growing Confidence In Poic Lahad Datu As Logistics Hub For East Coast

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 273 hits
Signing of purchase agreement at POIC Lahad Datu Seated from left Burhanuddin Pawerdi Manager of Syt LFK Transport Joey Yong Nyuk Ting Director of Syt LFK Transport Datuk Fredian Gan CEO of POIC Sabah Sdn Bhd and Lynette Hoo Deputy CEO of P...
Pencerobohan Lahad Datu Perang Psikologi Musuh

Pencerobohan Lahad Datu Perang Psikologi Musuh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 191 hits
Rentetan peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata dipercayai Askar diRaja Kesultanan Sulu banyak khabar khabar angin bertiup di laman sosial Facebook dan ada di antara kita mempercayai seratus peratus Dalam hal ini susah juga untuk memper...
Pemandu Maut Penumpang Parah Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Km 20 Jalan Lahad Datu Sandakan

Pemandu Maut Penumpang Parah Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Km 20 Jalan Lahad Datu Sandakan

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 248 hits
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Saga Lahad Datu Seorang pemandu maut manakala penumpangnya parah apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Kilometer 20 Jalan Lahad Datu Sa...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik