Resipi Sotong Masak Kicap Senang Sedap
Resipi sotong masak kicap ini bolehlah jadi pengganti sambal yang selalu kita masak bila terasa makan sotong.
Ya sotong pun boleh buat masak kicap yang sedap selain ayam dan juga daging. Lagi enak jika dimasukkan sekali dengan kentang dan dibuat kering. Boleh cuba sebagai lauk berbuka hari ini.
Cara buat sotong masak kicap sedap
Bahan-bahan
1/2 kg sotong -dibersihkan dan dipotong
2 biji ubi kentang -dibelah dan digoreng
2 sudu besar cili kering
Sedikit air asam jawa
1 kiub pati ayam
Sedikit kicap manis
Sedikit garam dan gula
Bahan lain
1 biji tomato
6 biji cili padi
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
Sedikit daun kari
Bahan ditumbuk/ dikisar
2 batang serai -diketuk
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 inci halia satu inci
Cara memasak
1. Tumis bahan ditumbuk bersama serai hingga kekuningan.
2. Masukkan sotong dan air asam jawa. Tunggu hingga kuah pekat.
3. Kemudian masukkan kentang, kicap manis, kiub pati ayam garam dab gula. Masak sehingga kering kuahnya.
4. Selepas kuah mengering boleh masukkan bahan-makan lain iaitu tomato, cili bawang besar dan daun kari. Kacau sebati. Masak seketika dan tutup api. Siap!
Tip sotong tak mengecut
Waktu beli kita pilih yang besar tapi bila masak sotong jadi kecut. Ini kejadian biasa bila menyediakan hidangan berasas sotong. Tapi sebenarnya ada saja cara untuk pastikan lauk ini tak mengecut selepas dimasak.
Caranya dengan menggunakan asam keping. Bersihkan sotong kemudian rebus dalam air selama 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping. Kemudian tos, hasilnya bila masak sotong tak hanyir, saiznya kekal tak mengecut. Takde lah masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecil je jadinya.
Kredit resipi & foto: Siti Fatimah
Baca Lagi: Asyik Masak Sambal Saja, Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang. Memang Menambah Nasi
from Rasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/03/resipi-sotong-masak-kicap-senang-sedap.html