Resipi Rendang Daging


 Ni buat rendang ni khas untuk buat bekalan berkelah ke Pantai Air Papan minggu lepas. Buat sekilo daging aje.  
Rendang daging ni,Kat rumah mentua resipinya ada sikit berbeza daripada yang telah MY pelajari dari mak MY di Raub. Tapi bahan dan konsep asasnya masih sama... beza sikit sikit aje. Masakan rendang ni memang renyah nak buat, tapi MY suka sebab tahan lama...Kalau dihangatkan banyak kali pun takpe... tetap sedap.
Dah la sedap, sesuai pula dinikmati dengan nasi, dengan ketupat, dengan lemang pulut, dengan nasi lemak, nasi minyak, kue kodok masin, lempeng, roti keping dan lain lain lagi. Jadi memang sesuai sangatlah kalau bawa rendang pergi berkelah..Tapi jangan la pedas pedas sangat...Karang asyik menziarahi cik tand aje pulak.Buat yang medium level aje cukuplah.

Bahan-bahan:
● 1 kg daging - potong kecil, basuh & Toskan.
kisar bahan bertanda * *● 4 labu Bawang merah - **● 1 labu bawang putih -**● 1 inci halia-**● 3 batang serai -**●20 tangkai lada kering - **
sangai  dan tumbuk halus : -● ketumbar, jintan manis dan jintan putih
Minyak untuk menumis,
●2 batang Serai - titik
●3 sudu Kerisik
●Santan dari 2 biji kepapa @ 2 kotak keciI santan
●Rempah tumis: 1 kulit kayumanis, 3 buah pelaga, 5 bunga Cengkih,dan 3 bunga lawang
●2 Keping asam keping,
●garam, gula, MSG Secukup nya

Cara- cara  memasak rendang:-
Mula- mula,sangai ketumbar, jintan manis, jintan putih, Kemudian tumbuk halus.
 Kisar bahan bertanda ** ...
Tumis rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah kepala berlaga dengan bahan kisar bawang serai halia.Dah naik bau, masuk cili kisar.Masuk sekali serai titik.Tumis sampai minyak timbul, tanda cili dah cukup masak.
Masukkan daging dan masak sampai air daging mengering.
Lepas air daging tu dah mengering, masukkan santan, masak sampai santan kering. 
Rasa daging, kalau belum empuk dagingnya, tambah air sikit lagi.Kalau nak cepat empuk, tutup kuali atau periuknya.Tapi kalau nak lebih cepat lagi empuk, pakai periuk tekanan Noxxa. 
Kalau daging tu macam dah nak empuk,Masukkan garam, ajinomoto kalau suka, dan asam keping.Bila dah agak kering kuah santan tu,Daging pun dah empuk, masukkan kerisik dan gulaLepas dah masuk kerisik dan gula, tak boleh tinggalKena kacau kacau,Kalau tak, nanti hangit.Godak godak,sampai betul betul kering atau kalau tak suka kering sangat pun takpe.
Kalau suka,Boleh letak daun kunyit sehelai.Daun kunyit tu..dibasuh bersih...Lipat memanjang atau gulung memanjang,Kemudian simpulkan.Masukkan dalam rendang...Barulah ada aroma rendang PahangTapi kalau tak suka, Tak payah letak pun takpe.
Tumis cili tu biar sampai timbul minyak nya. Orang kata pecah minyak. Itu tanda cili dah betul betul masak.Minyak nak kena cukup, kalau tak, memang tak boleh masak bawang dan cili kisar tu.
Ni proses nak mengeringkan santan. Masa beli, rasa macam besar aje kuali ni.Sekali buat masak..Takde la besar sangat.
Bila rendang dah masak,MY akan pungut serai, asam keping, kulit kayu manis, buah pelaga, kulit kayu manis dan semua rempah rempah tumis tu. Kalau dibiarkan dalam rendang lama-lama, nanti akan bagi rasa dan aroma yang berlebihan.Asam keping kalau biar lama lama dalam masakan, terlebih masam pula nanti. Jadi, bila dah masak, buang aje asam keping tu.
Masa MY belajar masak rendang dengan Mak kat Raub, serai semua blender sekali dengan halia, lengkuas, bawang bawang sekali. Tapi masak rendang dengan famili mertua, serai main titik titik pastu cempelung masuk kuali. Lagi satu, rendang kat Raub tak letak ketumbar dan jintan, tapi famili mentua letak ketumbar dan jintan.Apa lagi ye perbezaannya...
Oh ya..Mak MY letak daun kunyit, tapi family mentua tak pernah letak daun kunyit dalam rendang.Lain negeri, lain famili, lain lah resipinya... ye dakk?Yang lain semua sama aje... rasa pun takde la banyak beza. Sedap juga. 
Kalau raya, rendang ni memang hidangan wajib. Tapi kalau tak raya pun, boleh je masak rendang. Masa MY student dulu, tiap kali nak balik UTM Johor, mesti mak masakkan rendang daging sebagai bekal dari Raub. Aishh...Rindu zaman² muda remaja dulu...Zaman nak makan apa aje...mak masakkan.Sekarang, nak makan apa apa...Cari la resipi kat internet atau call mak kat kampung tanya cara masak. 
Okaylah..Selamat mencuba masak rendang daging






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2022/06/resipi-rendang-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kari Daging Pakistan Sayur Sawi Jadi Penyedap Rasa Lain Macam Sedapnya

Resipi Kari Daging Pakistan Sayur Sawi Jadi Penyedap Rasa Lain Macam Sedapnya

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 171 hits
Kari daging biasa mungkin sudah terbiasa Apa kata kali ini kita cuba resipi Kari Daging Pakistan pula Memang lain dari yang lain Paling unik pastinya penambahan sayur sawi yang diracik halus ke dalam kuah kari Memang lain dari yang lain Jom...
Resipi Kuetiau Celup Daging Homemade Ala Boat Noodles

Resipi Kuetiau Celup Daging Homemade Ala Boat Noodles

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 132 hits
Anda penggemar sajian Kuetiau Celup Daging Kuetiau Sup Daging seperti di restoran Boat Noodle Boleh cuba resipi perkonsian saudari Leeya Bridal Melaka ini Supnya sangat mudah disediakan dan tentunya anda boleh hasilkan sendiri di rumah tanp...
Resepi Rendang Tok Asli Perak

Resepi Rendang Tok Asli Perak

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 164 hits
RENDANG TOK ASLI PERAKBAHAN BAHAN 1 1 2 kg daging 3 liter santan1 biji kelapa parut sedikit isi kelapa 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam3 batang serai 1 batang kulit kayu manis4 biji bunga lawang10 biji bunga cengkih1 1 2 keping...
Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap Mudah

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 213 hits
Sedapnya Hokkaido Baked Cheese Tart ni Kalau dibeli harga agak mahal Jadi apa kata buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh Azizi Zamani Dapat hasilkan banyak dan memang puas makan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CARA BUAT H...
Resipi Tauhu Berlauk Paling Simple Tapi Sedap Kebabom Siap Sos Kicap Pedas

Resipi Tauhu Berlauk Paling Simple Tapi Sedap Kebabom Siap Sos Kicap Pedas

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 151 hits
Kita rasa susah tetapi nak buat Tauhu Berlauk sebenarnya cukup mudah Nak buat macam mana Resipi simple dan sedap ini anda kena cuba Memang simple perkongsian resipi dari ini Sedap pulak tu TAUHU BERLAUK Paling senang buat tapi paling malas ...
Eksplorasi Kedah Jack Sparrow Jadi Pilihan Daging Rusa Batas Ubi Deer Farm

Eksplorasi Kedah Jack Sparrow Jadi Pilihan Daging Rusa Batas Ubi Deer Farm

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 188 hits
Bagi siri terakhir jelajah Northern Region Fruits Galore anjuran Tourism Malaysia wilayah utara kali ini rakan setugas Haikal Raman membuat liputan pelancongan agro di Kedah Seperti yang kita tahu Kedah tidak kurang hebatnya dalam aktiviti ...
Mudah Sangat Masak Rendang Ayam Jawa Tak Sampai 1 Jam Dah Siap

Mudah Sangat Masak Rendang Ayam Jawa Tak Sampai 1 Jam Dah Siap

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 171 hits
Masakan rendang antara yang sering mendapat permintaan untuk dihidangkan sebagai lauk utama Namun tak semua cara masak rendang sama dan pastinya tekstur rendang pun berbeza beza Resipi Rendang Ayam Jawa yang dikongsi Aisyah Humaira ini sang...
Resipi Karipap Inti Bihun

Resipi Karipap Inti Bihun

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 372 hits
Resipi Karipap Inti Bihun Assalamualaikum salam sejahtera Hari ini Murni akan berkongsi salah satu resipi makanan yang popular di Sabah iaitu Karipap Inti Bihun yang lebih dikenali sebagai Pastil Bila Murni merantau di tempat orang teringin...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai