Resipi Korea Halal Gochujang Stew Daging



Tadi juju dah kongsikan entry resipi Korea halal klik Sundubu Jjigae, jadi entry seterusnya hari ini #juliamasak Gochujang Stew Daging. 
Baru taip pun dah meleleh air liur. Sedap bunyi daging tu sudah tentu. Ganding pula dalam stew gochujang lagi bertambah terangkat tau.
Dua kali masak masakan Korea, juju dapat rasakan pengalaman sangat berharga. Mudah sajian Korea sekarang di Malaysia sebab nak dapatkan sumber bahan halal Korea makin mudah. 
Dalam online banyak di jual, nanti akhir sekali juju share link dekat mana juju beli bahan tersebut okey.
Nampak bahan-bahannya, senang je jom cuba buat.
Gochujang Stew Daging Korea 
Bahannya:2 sudu besar pes Gochujang1 sudu kecil Gochugaru 1 sudu kecil sos ikan 
1 sudu besar minyak zaitun (menumis)1/2 biji bawang holland - hiris halus *2 biji bawang putih - hiris halus *1 biji tomato biji sederhana besar - racik halus *
1 set tofu telur atau tofu lembut1 sudu kecil biji bijanDaun bawang atau daun sup
Cendawan butang - belah 2Kubis panjang - hiris tebalAir setengah periukDaging 2 genggam tangan - rebus dulu buang air lemak daging, basuh dan hiris nipis.
Cara memasak:Tumis bahan bertanda *, selepas bawang kekuningan masukkan tomato. Bagi tomato tu garing sampai keluar air juicy dia sendiri. Api kecil ya.
Masukkan air, pes Gochujang dan Gochugaru serta daging. Biar mendidih dalam 5 minit.
Kemudian, masukkan ke semua sayuran dan bahan lain. Reneh dalam 5 ke 10 min gitu. Kubis panjang tak mudah hancur ya. Tu sebab boleh buat makan dua hari.
Siap, boleh dihidangkan dengan tabur biji bijan.Masuk hari kedua kami makan, lagi sedap sebab dah mesra kuah tu kan. 
Hidangkan dalam mangkuk. Kalau ada mangkuk hitam hot plate bowl ala Korea tu lagi cantik. 
Dah buat sekali mesti kau rasa nak buat lagi. Memang berbaloi belajar buat sekali.Rasa gabungan tofu lembut, daging lembut, kubis tu wallaaa sangat.
Walaupun tak ada kimchi, pandai-pandaila nak adjust ya.Sebab pes Gochujang tu dah sedia sedikit masam.So tak buh kimchi pun bagi aku okey je.
Tetap rasa Korea! Selamat mencuba versi menu sihat. -------------------------------------Beli bahan halal di ShopeeGochugaru - linkGochujang -  link 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.juliajohari.com/2021/06/resipi-korea-halal-gochujang-stew-daging.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WithJulia+(With+Julia...)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Nasi Daging Kurma Adabi Menu Jimat Masa Tumis Dan Biar Sampai Masak Je

Resipi Nasi Daging Kurma Adabi Menu Jimat Masa Tumis Dan Biar Sampai Masak Je

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 469 hits
Resipi yang mudah dan ringkas sememangnya amat membantu kita ketika musim PKP ini Mana tidaknya dengan hanya menyediakan menu mudah dapatlah menjimatkan masa masa untuk fokus kepada kelas online anak dan kerja kerja lain dirumah Bukan sekad...
Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah

The Colours Of Life Ps5 Tekken 8

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Bagaimana Warna Tipografi Pada Kotak Mempengaruhi Persepsi Pelanggan

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami

Menjelajahi Zon Kegelapan Laut Keajaiban Di Dalam 200 Meter

Ayu Raudhah Nafi Hamil Lagi Cukup Dah Tujuh Orang Ni

Senarai Model Motosikal Ev Ckd Dengan Rebat Rm2 400 Bah 1